Ticker

6/recent/ticker-posts

Misi Bantuan Mangsa Banjir Tourism Selangor

Misi Bantuan Mangsa Banjir Tourism Selangor #TOURISMSELANGORCARES | Pihak Tourism Selangor Salur Bantuan Kepada Mereka yang Terkesan Akibat Bencana Banjir di Negeri Selangor | Walaupun dah beberapa hari ni air bah dikatakan semakin surut, tetap ada bantuan dari pelbagai pihak bagi membantu meringankan beban mangsa banjir. Tak terkecuali, Tourism Selangor menerusi Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Tourism Selangor mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada 12 kakitangan Tourism Selangor serta orang awam yang terkesan dengan bencana banjir susulan hujan lebat tempoh hari. 

Misi Bantuan Mangsa Banjir Tourism Selangor
Pengagihan Bantuan oleh Pegawai Tourism Selangor kepada Mangsa Banjir di Daerah Hulu Langat

Seramai 20 orang kakitangan Tourism Selangor telah mengambil bahagian dalam misi bantuan banjir di Daerah yang terlibat di Negeri Selangor kali ini. Pelbagai bentuk bantuan telah diberikan kepada kakitangan Tourism Selangor yang terkesan dengan bencana banjir seperti bantuan kewangan sebanyak RM800, bakul makanan dan barang keperluan asas. Selain itu, pihak Tourism Selangor turut berkolaborasi dengan pihak Aliments dan telah mengagihkan 500 pek makanan daripada pek makanan ‘Kejap’ kepada mangsa banjir di Daerah Hulu Langat yang merangkumi kawasan Kampung Bukit Dukung, Kampung Sungai Sekamat, Kampung Sri Jambu dan Kampung Baru Batu.

Misi Bantuan Mangsa Banjir Tourism Selangor
Pengagihan Bantuan Berupa Makanan kepada Mangsa Banjir di Daerah Hulu Langat

Misi Bantuan Mangsa Banjir Tourism Selangor
Antara Bantuan Keperluan Asas yang Diagihkan Melalui Inisiatif Pihak Tourism Selangor pada Hari Selasa

Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor dalam sebuah kenyataan berkata; "Tourism Selangor amat prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia susulan bencana banjir yang melanda Negara, khususnya Negeri Selangor. Secara tidak langsung bencana banjir ini turut menjejaskan aktiviti pelancongan di Negeri ini namun saya berharap agar keadaan akan pulih seperti sedia kala dalam masa terdekat." 

Misi Bantuan Mangsa Banjir Tourism Selangor
Pemberian Barang Keperluan Asas kepada Kakitangan Tourism Selangor yang Terjejas dengan Bencana Banjir

Misi Bantuan Mangsa Banjir Tourism Selangor
Tuan Azrul Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor (tengah) Menziarahi Salah Seorang Kakitangan Tourism Selangor yang Terjejas Akibat Bencana Banjir 

Pihak Tourism Selangor ingin menasihati orang ramai agar mengambil air minuman dan makanan yang bersih untuk mengelakkan sebarang penyakit atau keracunan makanan. Selain itu, Tourism Selangor menyarankan semua pihak agar terus peka terhadap aspek keselamatan dan mengamalkan panduan keselamatan ketika banjir. Semoga diberi kesejahteraan kepada semua pihak yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.  

Poster Rasmi Panduan Keselamatan Ketika Banjir
Poster Rasmi Panduan Keselamatan Ketika Banjir

Untuk informasi lanjut tentang produk dan tarikan pelancongan Negeri Selangor serta Kempen Pusing Selangor Dulu; layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di www.selangor.travel

Post a Comment

5 Comments

  1. Bangga tengok sana sini dah ramai yang masuk membantu mangsa- mangsa banjir..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Ramai insan berhati mulia.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.banyak misi bantuan diberikan. Rakyat Malaysia memang prihatin.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah ramai yang membantu.Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.Syukur kerana ramai yang prihatin terhadap mereka yang terkena musibah ni kan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com