Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Camping di H&N Campsite, Port Dickson

Pengalaman Camping di H&N Campsite, Port Dickson | Ini lah kisah ciksun ke Shah Alam minggu lepas. Last minute ciksun join suami camping dengan kawan-kawan dia dekat H&N Campsite, Port Dickson, Negeri Sembilan. Plan utamanya, hari Sabtu 11 Disember ada meet up team kerja suami dekat Subang Bestari. Then, suami bagitau kalo datang meeting tu, boleh la join camping sekali petang tu.

Ehhh, teruja sungguh ciksun sebab tak pernah camping tepi laut seumur hidup ni. Dulu masa sekolah, camping nya dekat padang sekolah. Eh, time tulis ni tiberr teringat ciksun pernah camping tepi laut masa degree dulu. Ahahaha! Rupanya ciksun ada camping tepi pantai Teluk Gorek masa join ko-kurikulum kayak. Kenapa boleh tak ingat ek? 😅

Tapi semua tu pun dah berlaku lebih 10 tahun yang lepas.

Jadi, boleh lah kira kali pertama camping tepi laut selepas 10 tahun kan? 🤭

Disebabkan ni plan asal suami dan kawan-kawan, ciksun jadi follower je. Tak terlibat secara langsung pun dalam preparation apa-apa. Tapi suami ada share la benda-benda yang wajib bawa kalau nak pergi camping. Dalam list tu ada sleeping bag jugak, tapi ciksun tak bawak pun. Tak tanya jugak kat suami, kena bawak ke ape. Ye lah, menonong aje ikut ni. Kalau takde, ciksun tak kisah. Nama pun camping kan, tido ala kadar pun ok je. Tapi bila da sampai Shah Alam, eh tiberrr dia da belikan untuk kita. Haha. Alhamdulillah.

Kitorang sampai campsite tu dah petang. Khemah-khemah lain dah penuh terpacak. Ada yang sampai dari hari Jumaat lagi. Kat sini, kita tak boleh nak book tapak mana kita nak. Siapa cepat, dia dapat. Masa kawan-kawan suami da sampai, ada lagi tapak-tapak tepi yang kosong tapi tak terkumpul satu tempat. Tak nak berpecah, jadinya kitorang duduk la tetengah. Orang masuk, orang pergi toilet, orang pergi cuci pinggan, memang kena lalu khemah kitorang, tengok kitorang buat ape. Ahahaha!

Pengalaman Camping di H&N Campsite, Port Dickson

Pengalaman Camping di H&N Campsite, Port Dickson

Pengalaman Camping di H&N Campsite, Port Dickson

Takpe lah, tetengah pun ok je, still tepi laut lagi. Cuma campsite dia ni kira macam kat bahagian tanjung. Jadi takde la khemah kita tu duduk kat pantai. But still kita boleh turun ke pantai nak mandi laut, sebelah aje. Ada tangga dari campsite tu untuk turun ke pantai. And kalau nak tengok matahari terbenam, kena amek tapak yang paling hujung menghadap laut. Cantik sangat view sunset, best kalo dapat menikmati air kopi sambil tengok.

Pengalaman Camping di H&N Campsite, Port Dickson

Itu semua angan-angan sebab masa matahari terbenam, kitorang sibuk panggang ayam, daging dan sosej untuk makan malam. Hahaha! Ayam dah perap awal-awal, tinggal bakar aje. Lepas Asar, dak Amad dah start buat api untuk jadikan arang. Tempat panggang pun baru beli, cantik elok lagi. Guna fire starter dengan gas torch sekali. Pakai gas torch memang cepat je api naik. Senang kerja.

Ciksun tolong suami bakar-bakar sementara yang lain keluar beli barang-barang keperluan lain. Ikutkan, serai pun takde untuk kita sapu-sapu minyak atas ayam dan daging tu. Tapi belasah je lah lipat aluminium foil untuk kaut minyak and sos perapan. Haha! Kalo tunggu serai, kang sampai lepas Maghrib pun tak siap ayam tu 😝

Pengalaman Camping di H&N Campsite, Port Dickson

Disebabkan da ada pengalaman bakar daging dan peminat daging, ciksun make sure daging kitorang tak terlebih bakar. Kalo lama sangat bakar, nanti daging jadi liat. Tak best makan. Dagingnya pun ciksun cucuk dekat besi skewer bila sosej semua da siap bakar. Alhamdulillah, juicy sungguh daging kitorang malam tu. Terima kasih kepada penaja skewer hahahah! Hihu!

Pengalaman Camping di H&N Campsite, Port Dickson

Pengalaman Camping di H&N Campsite, Port Dickson

Simple simple je menu kitorang. Ada jugak roti jala dengan kari ayam yang Rizz bawak khas untuk celebrate birthday dak Amad. Cantik roti nya, sedap jugak kuah kari tu sampai jadi bualan hingga esoknya. Bila dah camping gini, kadang tak perasan waktu da berlalu berapa jam. Mandi pun da pukul 10 malam. Sini ada disediakan toilet dan shower untuk pengunjung yang camping. So, jangan risau pasal tandas. Cuma waktu peak, memang berbaris jugak lah. Sebab tu mandi pun pukul 10, masa orang lain dah nak tido semua. Haha! 

Pengalaman Camping di H&N Campsite, Port Dickson

Surau takde kat sini, jadi prepare je tikar or solat je dalam khemah masing-masing. Kitorang buat satu khemah paling besar khas untuk solat. Khemah besar tu sewa dengan pihak campsite jugak, kalo sewa tapak sekali khemah, RM90. Kalau sewa tapak saje, RM45 untuk satu tapak khemah tak kira lah khemah uols tu besar ke kecik. Berbaloi-baloi kan?

Pengalaman Camping di H&N Campsite, Port Dickson

Malam tu tido takde la nyenyak sangat, sebab dalam khemah kan panas. Kita pulak duduk tengah-tengah, nak bukak sikit tutup khemah, nanti orang lalu lalang nampak pulak. Haha! So, jangan tak tau, suami siap bawak kipas untuk pasang dalam khemah 🤣 

Esok paginya, seawal Subuh lagi semua dah bangun. Lepas matahari naik, Ejoy terus buat sarapan nasi goreng guna nasi semalam. Panaskan baki ayam, sosej dan daging. Sarapan simple aje, lepas tu lepak-lepak, pergi pantai, masuk laut kejap. Balik dari pantai, duduk santai sementara tunggu toilet kosong. Masa ni la sesuatu kejadian berlaku, tapi tak nak cerita kat sini dulu. Nanti kita cerita next entry kalo rasa nak share ek!

Pengalaman Camping di H&N Campsite, Port Dickson

Kat campsite ni, kena checkout pukul 12.30 tengahari. Tapi kalo hari checkout tu tak ramai orang nak check in, owner dia bagi kelonggaran untuk checkout petang. So, santai-santai aje lah. Kitorang kemas-kemas khemah semua, dalam pukul 1 jugak la gerak. Pergi cari makan tengahari pulak.

Bagi ciksun memang best la pengalaman camping kat sini untuk first time setelah sekian lama tak buat aktiviti camni. Next time nak juga cari kawasan yang betul-betul tepi pantai pulak. Kalau tak dapat camping, at least nak jugak cuti-cuti sambil hirup angin laut macam dekat Dhe Rhu Beach Resort. Eh, spesifiknya, macam dah ada dalam plan pulak ek? Suami baca ke tak baca ni? 😆

Pengalaman Camping di H&N Campsite, Port Dickson

Ye lerr, hujung-hujung tahun gini makin rancakkkk pulak hotel promo sana-sini. Tapi kena riki betul-betul sebab hujung tahun gini kan banyak banjir berlaku. So, kena tengok weather forecast semua awal-awal, rancang percutian dengan bijaksana. Haa gituh.

Uols, ada plan bercuti ke mana dalam berapa hari lagi nak habis 2021 ni?

Post a Comment

5 Comments

  1. Bestnya camping...adik akak selalu pi camping..akak ngan Dania blom ada Khemah...nanti la nak beli and boleh join diaorang

    ReplyDelete
  2. dah lama juga x main camping2 camni....!!
    Dah 2 tahun niat sejak pkp aritu tp blm kesampaian lagi ahhah...
    klu camping ngan geng2 mmg syiok kan :)

    ReplyDelete
  3. bestnya ciksun. lama sangat tak camping. ni kalau ajak anak-anak saudara mesti onz punya. oh, tapak kena sewa ye. oklah tu. mana ada benda percuma di dunia ni kan. tapi tulah, takde khemah.

    ReplyDelete
  4. seronok camping...tkpernh merasa lagi..dlu2 camping time skolah ada la..menu pn meriah tu

    ReplyDelete
  5. Seronoknya bercamping ramai ramai. Bila dah berjumpa bersembang semua memang tak ingat masa. Paling best part makan makan lah :)

    Rasanya baru lepas cuti. Tak cuti dah lah sebab risau jugak hujan dan banjir tu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com