Lunch Sambil Tengok Live Band di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Lunch Sambil Tengok Live Band di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Lunch di Hard Rock Cafe Puteri Harbour | Hari Rabu yang lepas, ciksun lunch dekat Hard Rock Cafe Puteri Harbour yang baru aje dibuka hujung bulan Disember tahun lepas. Ikutkan bulan Disember tu dah plan dah nak lunch dekat sana dengan kawan-kawan media sekitar JB, tapi terpaksa postpone sampai bulan Januari. Akhirnya, balik dari Sarawak hari tu, berpeluang jugak ciksun jejak kaki kat sini.

Lunch Sambil Tengok Live Band di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Hard Rock Cafe Puteri Harbour (HRCPH) ni letaknya di bangunan yang sama dengan Pinetree Marina Resort & Fraser Place Puteri Harbour. Parking dekat basement yang sama dengan dua hotel ni, kemudian menapak masuk entrance Pinetree Marina Resort. Turun guna eskalator belakang kaunter Grab & Go ke level B2. Dari eskalator dah nampak monumen gitar besar tetengah hall depan pintu masuk HRCPH.

Lunch Sambil Tengok Live Band di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Kalau uols nak tau, HRCPH ni merupakan cawangan Hard Rock Cafe yang keempat di Malaysia selain di negeri Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka. Restoran dan bar kontemporari ni adalah yang pertama seumpamanya dengan gaya reka bentuk dalaman yang moden serta menampilkan susunan berkelas tinggi, mewah dan tersusun rapi - dengan tempat-tempat menarik untuk peminat.

Lunch Sambil Tengok Live Band di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Masuk aje ke pintu depan HRCPH, ciksun terus nampak Hard Rock Shop yang sememangnya sangat popular di kalangan para peminat Hard Rock. Pelbagai rekaan pakaian termasuk t-shirt dengan tarikan khas cawangan Puteri Harbour ada dekat sini. Ciksun paling suka dengan sweatshirt kaler army green dan sweater dia, tapi fikir punya fikir entah bila ciksun nak pakai, sebab sekarang ni musim panas kan. Nanti insya'Allah ciksun nak datang lagi and grab jugak sweatshirt tu bila jejak pertengahan tahun. Haa nkoo ada impian tu? Takde? Lemahhhh! ๐Ÿ˜

Lunch Sambil Tengok Live Band di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Cafe seluas 557-meter persegi ni boleh memuatkan sehingga 238 orang tetamu yang terdiri daripada ruang makan luar dan dua tingkat dibahagian dalam kafe berserta pentas untuk hiburan secara langsung. Ruang makan utama dan ruang makan peribadi di tingkat atas boleh memuatkan seramai 100 orang tetamu. Para tetamu juga boleh menikmati hiburan muzik secara langsung dari ruang makan dalaman yang terletak di aras bawah. Konsep ruang makan ‘Alfresco’ yang menghadap ke pelabuhan yang menawan disertai dengan pemandangan matahari terbenam yang indah merupakan keistimewaan kafe.

Lunch Sambil Tengok Live Band di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Lunch Sambil Tengok Live Band di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Lunch Sambil Tengok Live Band di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Para tetamu di Hard Rock Cafe boleh berjalan di sepanjang ruangan dinding memorabilia, yang memaparkan serangkaian memorabilia dari pemuzik legenda dari seluruh dunia. Selama bertahun-tahun, dinding memorabilia telah menjadi ciri khas bagi Hard Rock Cafรฉ meraikan kepingan unik yang disumbangkan oleh atau dibeli dari bintang rock popular dari era yang berbeza selama bertahun-tahun.

Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, para tetamu disajikan dengan pelbagai pilihan rasa asli dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan segar. Hard Rock Cafรฉ menampilkan ‘Original Legendary® Burger’, siri ‘Signature Steak Burgers’, ‘Specialty Entrรฉe’, ‘Bar Bites’ dan pelbagai pilihan salad, sandwich, pencuci mulut, serta aneka minuman yang menyegarkan.

Lunch Sambil Tengok Live Band di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Lunch Sambil Tengok Live Band di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Lunch Sambil Tengok Live Band di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Lunch Sambil Tengok Live Band di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Paling menarik perhatian, 24-Karat Gold Leaf Steak Burger yang daging steaknya dilapisi helaian nipis emas sebenar. Harga set ni RM169.00, hokayyy ๐Ÿ˜‚ Disebabkan ciksun duduk berempat, jadi lebih sesuai untuk makan All American Slider yang comel lotey dan sodappp jugak dalam gambar kat bawah nun (RM65). Ciksun cuba juga beberapa makanan lain masa lunch hari tu, ciksun suka Twisted Mac, Chicken & Cheese dia, ada orang mungkin tak berapa gemar dan rasa muak kalau tak berapa suka keju.

Lunch Sambil Tengok Live Band di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Lunch Sambil Tengok Live Band di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Lunch Sambil Tengok Live Band di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Makan sambil tengok live band yang hebat. Time ni pergi sebab private event, jadi ada live band waktu siang khas untuk event tu. Kalau bukan private event, diorang punya live band setiap hari Selasa sampai Ahad, pukul 8 malam hingga 12 tengah malam. So, make sure uols set waktu yang sesuai nak pergi kalau nak makan malam sambil tengok live band ya!

Lagi gambar-gambar sekitar cafe dan menu sedap-sedap, tengok kat page FB Sunah Sakura ๐Ÿ‘‡



Ok, dah bertambah lagi pilihan tempat makan best kat JB ni kan? Apa tunggu lagi, ajak la kengkawan and family datang lepak kat sini!

Lunch Sambil Tengok Live Band di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

⏰: 12pm-12am daily
๐Ÿ“ž: +607-276 9999
๐ŸŽธ: Live band - Tues to Sun, 8pm to 12am
๐Ÿ“: Lot 2-B2, Residensi & Hotel Marina, Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, Iskandar Puteri
๐Ÿš—: Parking spaces - Pinetree Marina Resort

Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com