Kobis Dah Dituai, Buat Bihun Goreng Singapore

Kobis Dah Dituai, Buat Bihun Goreng Singapore

Kobis Dah Dituai, Buat Bihun Goreng Singapore | Hmmm, ciksun cuba ni update blog setiap hari, paling kurang satu entri. Tu pun, ciksun schedule awal-awal sebab takut tak dan nak update fresh from oven. Jadi kebanyakan entri dah ditaip sehari or dua hari lebih awal, bila ciksun ada masa free or kepala hotak da tepu study. Kali ni nak share hasil tuaian pokok kobis kat kebun mini ciksun.

Balik dari Sarawak hari tu, kebanyakan pokok sayur berlubang-lubang dimakan ulat bulu. Sian diorang, tak terjaga bila tukang kebun tak tengok berapa hari. Time tu, cuaca pulak memang panas terik berapa hari tak hujan. Ada pokok yang daunnya dah kering, cili terlebih masak and benyek kat pokok, anak pokok keladi albino pun kiok 😅

Takpe lah, nanti Allah gantikan dengan yang lain, insya'Allah. Bukan semua milik kita.

Disebabkan banyak daun dah berlubang dimakan ulat, ciksun buang daun-daun kobis tu selak-selak kot ada ulat bulu tertinggal lagi. Bila da buang daun belah bawah tu, rasa macam lambat pulak kobis tu nak membesar. Tekan-tekan tengah dia, da keras sikit. Ermmm boleh la ni tuai, malas nak tunggu lama-lama lagi. Hahahahah!

Kobis Dah Dituai, Buat Bihun Goreng Singapore

Maka, dituai lah kobis ciksun yang saiz comel lote tu. Tengok gambar tu, ada dalam segenggam je saiz dia. Simpan dalam peti ais sehari, esoknya ciksun da potong-potong masukkan dalam bihun goreng Singapore, menu makan tengahari hujung minggu yang lepas.

Kobis Dah Dituai, Buat Bihun Goreng Singapore

Pakai bahan apa ada je, cili kering da habis, sebab tu jadi Singapore bihunnya. Putih aje. Letak isi ayam, tauge kacang soya, carrot sikit, jadi lahhh. Boleh buat bekal untuk hantar ke dak Ibah kat sekolah dia. Ye, siap hantar ke sekolah, macam mak-mak hantar bekal kat anak-anak. Hahaha!

Kobis Dah Dituai, Buat Bihun Goreng Singapore

Kobis Dah Dituai, Buat Bihun Goreng Singapore

Sape-sape nak resepi, boleh rujuk aje dekat entri Bihun Goreng Singapore yang lepas.

Alhamdulillah, merasa jugak lah kobis ditanam sendiri. Syukur atas segala rezeki dariNya.


P/S: Hari ni ciksun ada exam online, doakan moga ciksun berjaya dengan cemerlang ya!

Post a Comment

10 Comments

  1. Kenapa bekal tu tak sampai sini ek?..
    All the best CikSunnnn... moga berjaya..

    ReplyDelete
  2. jimat duit belanja dapur..sayur kutip kat kbun jer..hihi

    ReplyDelete
  3. All the best utk exam Cik Sun hari ni. Exam online boleh tengok buku tak? hihi

    Dulu arwah mak usu akak yg suka masak bihun putih ni, dulu namanya bihun goreng lada hitam, sebab akan masukkan lada hitam, berangin2 la kalau makan gitu.

    ReplyDelete
  4. Cantik rupa kobis tu.
    Sedapnya bihun goreng Singapore.
    Moga Ciksun berjaya dengan cemerlang dlm online exam tu.

    ReplyDelete
  5. Faham sangat, seronok & syukur dapat tuai hasil tanaman sendiri ni...
    All the best Cik Sun, moga beroleh kecemerlangan dlm setiap usahanya aamin

    ReplyDelete
  6. biarlah kecil yang penting hati kita happy

    ReplyDelete
  7. lama tk mkn bihun spore..fav juga

    ReplyDelete
  8. Good luck cik Sun. Bestnya makan hasil tanaman sendiri. Semoga berjaya update blog at least sekali sehari

    ReplyDelete
  9. bestnya bleh tanam kobis sendiri...lagi best bila dah dapat hasilnya

    ReplyDelete
  10. Sedap ni makan kobis fresh. Buat ulam cicah sambal pun sodap!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com