Alhamdulillah, Ciksun Dah Lulus Exam!

Alhamdulillah, Ciksun Dah Lulus Exam!

Alhamdulillah, Ciksun Dah Lulus Exam! | Alhamdulillah, ciksun happy korang!! Tadi pagi pukul 10.30, ciksun ada online exam takaful under Malaysian Takaful Association. Sebelum exam, dalam dua tiga hari ni ciksun study nota-nota khusus yang suami bagi, then belek sample question. Pening dan juling juga la biji mata ni nak memahamkan ayat-ayat orang takaful. Hahaha!

Awal pagi tadi sempat lagi pergi office, print slip exam, walaupun takde la diperlukan sangat masa exam tu. Dia just as rujukan untuk kita isi registration ID masa nak login exam portal. Then, balik rumah singgah 7 Eleven Taman Teratai, beli roti buat isi perut. Terbeli jugak la aiskrim Cornetto. Balik rumah, jam dah pukul 9.20 gitu. Breakfast kejap, jemur kain kejap, then naik atas, masuk bilik Ibah sebab bilik dia lagi sesuai sebagai environment exam. Cikguuuu katakan!

Jawab Exam Takaful Malaysia

Pukul 10 pagi, kena login zoom guna telefon, laptop pulak depan ciksun untuk jawab soalan exam. Wajib posisi gitu ye, supaya examiner boleh nampak kita sepanjang exam berlangsung. Masa ni sesape yang buat kat office tu, kena pastikan ejen-ejen lain takde berdekatan. Kalau buat kat rumah, make sure takde family members langsung kat tepi. Suara pun tak boleh mute, kena patuhi semua tu. Kalau tak, nanti examiner akan keluarkan kita dari exam dan gantung untuk ambil exam selama 5 tahun.

Sebelum exam start, examiner akan panggil nama seorang demi seorang, minta tunjukkan IC, sebut nama dan nombor IC, dan tanya nama agensi takaful kita. Kalau ada 20 orang, haa tunggu la sorang demi sorang. Belum termasuk yang tak dengar cakap, tak ikut posisi kamera handphone yang sepatutnya. Tergelak-gelak jugak ciksun dengar examiner mengucap "Subhanallah, Allahuakbar," sebab ada peserta exam yang tak betulkan kedudukan kamera seperti diminta ๐Ÿ˜‚

Yang kelakornye, masa ciksun tengah sibuk kena inspection tu, boleh pulak si Lugia, kucing ciksun, sibuk nak bawak masuk anak dia ke dalam bilik Ibah. Adehhh, sampai ditolak-tolaknya pintu, lepas tu tersepit apa tah kat pintu tu sampai ngiau-ngiau. Kauuuu ni punnnnnnn, kakak nak exam ni oii! Hahaha! Memang ciksun abaikan aje dia, lepas tu dia terlepas sendiri gak. Dengan ekor dia kembang. Agaknya kepala dia yang tersekat kat pintu waktu tu ๐Ÿคฃ

Pukul 10.30, ciksun start jawab soalan. Tu diaa, jawapan sangat mengelirukan ye. Soalannya ABCD, tapi kalau tak study betul-betul sampai faham, memang konfius jugak nak jawab mana satu. Hampir-hampir sama aje semuanya. Time ni, read between the lines skill tu perlu. Bahahaha! Memandai je ciksun. Mana part yang rasa tak boleh sangat tu, perlukan skill menghentam kromo pulak. Wakakaka!

30 minit sebelum waktu tamat, baru ciksun siap. Time ni bergilir-gilir jugak tunggu seorang demi seorang, examiner inspect desktop memasing dan taskbar. Tak boleh ada aplikasi lain dibukak masa exam. Exam pun direkod untuk dilihat semula bebila masa kalau ada kemusykilan dari pihak MTA nanti. Ciksun ingat lagi, ada seorang yang siap paling awal, examiner tu memang soal betul-betul, berapa soalan awak jawab, kenapa awak cepat sangat, semua dia periksa. Takut ada kes penipuan dan peniruan kannn.

Alhamdulillah, ciksun dah lulus. Susah ke exam ni? Tak susah kalau uols spend masa betul-betul study nota yang ada. Kalau macam ciksun last minute sangat study, ermmm boleh la lepas suam-suam kuku ๐Ÿ˜…

Jangan jadi macam ciksun tau, terkulat-kulat jugak nak menjawab. Huhu. Sila study lebih awal!

Okehh, terima kasih semua yang mendoakan ciksun!

Post a Comment

15 Comments

  1. Wah, syukur Alhamdulillahhh!
    Aku dah lama tak amek amek exam bagai ni.. Good Luck ya!

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. tahniah, Cik Sun. Dah terjawablah soalan akak tadi, exam boleh tengok buku tak? Hihi.

    Tapi, kenapa paparan blogger yang keluar kat laptop tu?? Btw, baju, tudung ngan laptop, sedondon ko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni da habis exam, baru amek gambo..hahaha..masa exam, takleh amek gambo ๐Ÿคญ

      Delete
    2. kita pun baru tegur .. ni exam blogger ke exam takaful...sekali kak seri dah nampak dulu . BAHAHAHAHHAHA . by the wayy ,, kemain matching tudung dengan baju ngan laptop ehkk.. sweet sangat ~~

      Delete
    3. ohhh tu belum tengok calculator lagi...calculator pun pink yeee...hahahahhaha

      Delete
  3. Alhamdulilah, tahniah CikSun... sila belanja kopi hahahaha

    ReplyDelete
  4. tahniah cik Sun. so panjang lah langkah dlm bidang takaful leka tok

    ReplyDelete
  5. last exam masa kursus tahun 2020 rasanya...

    ReplyDelete
  6. tahniahnyer ciksun.. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    wak pun baru je amek exam safety beberapa mingu lepas sbb nk gi offshore nih.. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
    lagi sadis sbb kena lulus 100%
    kali kelima baru berjaya

    ReplyDelete
  7. Mencabar nak exam online ni. Banyak gangguan pun satu hal jugak. buat drama pulak kucing tu. hihi..
    Tahniah dah berjaya lulus exam :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com