Buffet Ramadhan 2022 - Citarasa Muhibbah @ Impiana Hotel Senai

Buffet Ramadhan 2022 - Citarasa Muhibbah @ Impiana Hotel Senai

Buffet Ramadhan 2022 - Citarasa Muhibbah @ Impiana Hotel Senai | Buat warga Kulai, Senai, Taman Universiti dan sekitarnya, yang rasa nak ke Johor Bahru tu jauh, boleh lah pergi berbuka puasa dekat Impiana Hotel Senai pulak bulan Ramadan nanti. Diorang pun ada buat jugak bufet Ramadan, dengan tema Citarasa Muhibbah di restoran The Tiffin. Lagi best, diorang siap ada pakej bilik istimewa sempena bulan Ramadan dari harga serendah RM200++!

Haaa, nanti ciksun cerita!

Bufet Ramadan 2022 - Citarasa Muhibbah @ Impiana Hotel Senai

Memula sekali, mesti la kita nak tau apa menu yang ada untuk berbuka kan? Kalau tempat lain ada Kambing Golek, Impiana Hotel Senai pulak ambil pendekatan berbeza dengan hidangan Ayam Pasu! Yesss, unik sekali jumpa Ayam Pasu dekat hotel. Pertama kali ciksun jumpa dalam hidangan hotel, sebelum ni pernah nampak orang jual kat tepi jalan, tu pun tak sempat lagi ciksun nak mencubanya.

Bufet Ramadan 2022 - Citarasa Muhibbah @ Impiana Hotel Senai

Nampak sedap tak? Ok, bukan dalam gambar aje nampak sedap ye, bila makan cicah sos BBQ pun memang sedap gilerrr! Ayamnya lembut sangat, kulit ayam pulak crispy. Aduhh teringat-ingat ciksun dengan rasanya, uols wajib cuba kalau berbuka kat sini nanti tau! Ape lagi menu yang sedap? Nah ciksun share antara menu yang ada.

Bufet Ramadan 2022 - Citarasa Muhibbah @ Impiana Hotel Senai

Bufet Ramadan 2022 - Citarasa Muhibbah @ Impiana Hotel Senai

Bufet Ramadan 2022 - Citarasa Muhibbah @ Impiana Hotel Senai

Bufet Ramadan 2022 - Citarasa Muhibbah @ Impiana Hotel Senai

Bufet Ramadan 2022 - Citarasa Muhibbah @ Impiana Hotel Senai

Bufet Ramadan 2022 - Citarasa Muhibbah @ Impiana Hotel Senai

Peminat kambing jangan risau, diorang ada jugak buat Kambing Bakar atas pan walaupun tak ada Kambing Golek. Rasanya pun tak kurang sedapnya, tambahan pulak dengan sos Lada Hitam atau sos BBQ diorang. Sos pun memainkan peranan dalam kesedapan juadah bakar-bakar tau! Jujur cakap, setakat ni sos Lada Hitam dan sos BBQ kat sini paling sedap! Daging bakar dihiris nipis-nipis, cicah dengan dua sos ni pun sedap oiii!

Banyak lagi gambar sebenarnya, uols boleh belek terus dekat page Facebook Sunah Sakura ya!



Berapa harga? Nah ciksun share details kat bawah.

Citarasa Muhibbah Buffet Dinner @ Impiana Hotel Senai
The Tiffin, Lobby Level
6 April - 30 April 2022

RM99 per Dewasa
RM40 per Kanak²

Early Bird (beli sebelum 3 April):
Beli 5 PERCUMA 1

Untuk tempahan & maklumat lanjut:
๐Ÿ“ž: +60 16-713 4590

Ok, ape pulak cerita pakej bilik istimewa sempena bulan Ramadan? Haaa, ni nak habaq! Diorang ada buat pakej khas untuk uols yang nak datang stay kat sini bulan puasa nanti, tak kira lah datang dengan kawan-kawan atau family, sebab business atau saja-saja nak relax berstaycation. Ciksun dah pernah stay kat sini, dalam Club Deluxe Room. Masya Allah memang best sangat bilik dia dan selesa!

Bufet Ramadan 2022 - Citarasa Muhibbah @ Impiana Hotel Senai

Bufet Ramadan 2022 - Citarasa Muhibbah @ Impiana Hotel Senai

Masuk aje bilik, tak tipu ek...ciksun rasa vibe 5 star hotel ๐Ÿ˜ Maybe sebab Club Deluxe kot. Kalau bilik lain pun rasa macam ni, memang wow giler lah. Sebab dari luar, hotel ni nampak biasa aje kan. Dah masuk bilik baru lah tau betapa nicenya bilik dia. Bathroom besar, takde bathtub, tapi ada shower yang canggih, kelengkapan lain dalam bilik cukup, iron dengan iron board pun dah sedia ada. Tak payah nak call receptionist.

Bufet Ramadan 2022 - Citarasa Muhibbah @ Impiana Hotel Senai

Bufet Ramadan 2022 - Citarasa Muhibbah @ Impiana Hotel Senai

Swimming pool dengan gym pun ada ye kat hotel ni, boleh lah mandi or bersenam lepas waktu berbuka kalau siang tu takut tak larat. Hahahaha! Untuk uols yang nak try stay kat sini bulan puasa nanti, nah ciksun kongsikan pakej yang Impiana Hotel Senai sediakan siap sahur dengan berbuka.

Pakej A - RM200++ | 2 April - 2 Mei 2022
▪️ 2H 1M - Deluxe Room
▪️ Bufet Sahur untuk 2 orang

Pakej B - RM288++ | 2 April - 2 Mei 2022
▪️ 2H 1M - Deluxe Room
▪️ Bufet Sahur untuk 1 orang
▪️ Bufet Ramadan untuk 1 orang
▪️ Add-on Bufet Ramadan pada harga RM99nett per Dewasa, RM40nett per Kanak-kanak

Bufet Ramadan 2022 - Citarasa Muhibbah @ Impiana Hotel Senai

Lain-lain promosi bilik:

Untuk tempahan atau pertanyaan:
๐Ÿ“ž: +60 16-775 0741
๐Ÿ“ฉ: ados.ihs@impiana.com

Post a Comment

2 Comments

  1. Nasib baik ayam pasu belakang rumah kita ada hehehehe.. kang petang nak belilah ...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com