Eh, Sedapnya Nasi Ayam Kee Chup, Johor Bahru!

Eh, Sedapnya Nasi Ayam Kee Chup, Johor Bahru!

Eh, Sedapnya Nasi Ayam Kee Chup, Johor Bahru! | Ye, tak sangka pulak sedap. Housemate ciksun yang ajak lunch kat sini. Ciksun on aje, tanpa high expectation. Ye lah, nasi ayam je kot? Rasa nasi ayam je la kan? Tapi tak sangka, bila da masuk dalam mulut, eh sedap jugak Nasi Ayam Kee Chup ni!

Eh, Sedapnya Nasi Ayam Kee Chup, Johor Bahru!

Tengok tu, menggoda tak? Bukan yang nampak bahu kat belakang tu tau. Tapi nasi ayam tu. Hahaha! Ayam 1/4 bahagian peha. Eh, makan pulak ciksun bahagian peha ni? Hakikatnya ciksun dan housemate tu dedua jenis tak makan peha ayam. Tapi sebab da sampai sini, ok proceed je la peha ayam, mana tahu ok je kan.

Eh, Sedapnya Nasi Ayam Kee Chup, Johor Bahru!

Memang ok sangat, takde "rasa ayam" yang golongan tak-suka-peha-ayam tak suka tu. Hahaha! Ayam dia memang besar dan puas hati makan dengan portion nasi yang sama besarnya. Biasanya nasi ayam gini, nasinya mesti sikit aje. Kat sini, berlambak jugak lerrr. Sup, sambal dan kuah kicap boleh refill ambil sendiri.

Eh, Sedapnya Nasi Ayam Kee Chup, Johor Bahru!

Bagi ciksun memang kena dengan citarasa ciksun lah, boleh ajak kawan-kawan or family datang makan kat sini jugak pada masa akan datang. Cuma nak parking tu susah sikit la sini sebab kedainya betul-betul tepi jalan utama depan Persada Johor tu.

Eh, Sedapnya Nasi Ayam Kee Chup, Johor Bahru!

Eh, Sedapnya Nasi Ayam Kee Chup, Johor Bahru!

Eh, Sedapnya Nasi Ayam Kee Chup, Johor Bahru!

Kedainya pun simple aje, dalam kedai ada vibe antik sikit sebab banyak hiasan-hiasan lama kat dinding. Dia punya menu dan harga pun simple aje, direct to the point. Haha. Ok lah, uols nak datang makan sini boleh waze aje tau! Kalau duduk area JB, boleh Foodpanda or GrabFood aje!

Eh, Sedapnya Nasi Ayam Kee Chup, Johor Bahru!

Nasi Ayam Kee Chup
24A, Jalan Dato Dalam, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
NO PORK, NO LARD

Waktu perniagaan:
Rabu - Isnin | 11 am - 4 pm
Selasa TUTUP


No. Tel: 019 669 2133

Post a Comment

3 Comments

  1. dah lama nak try makan kat sini tapi tu lah tak try try lagi . bahahhahaa.

    ReplyDelete
  2. makanan lebih menyelerakam..

    tapi rasa cuak walaupun ada notis no fork hehehe

    ReplyDelete
  3. Tengok ayam tu pun dah nampak sedap. Mungkin perapan dia dengan kicap tu buat tambah sedap kan. Dari tak suka paha terus suka.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com