8 Ramadhan Yang Lepas, Berbuka Puasa di Trinidad Suites Puteri Harbour

8 Ramadhan Yang Lepas, Berbuka Puasa di Trinidad Suites Puteri Harbour

8 Ramadhan Yang Lepas, Berbuka Puasa di Trinidad Suites Puteri Harbour | Assalamualaikum dan salam penghulu hari. Sebenarnya dah nak berehat dah dari blog ni buat sementara, tapi baru terfikir ada kenangan berbuka puasa dengan rakan pejabat di Trinidad Suites Puteri Harbour pada 8 Ramadhan yang lepas. Boleh lah ciksun share dekat sini kisah iftar kami, antara admin Cahaya Medini Enterprise dengan tenants dan keluarga.

Buffet Ramadhan 2022 di Trinidad Suites Puteri Harbour

Boss ciksun memilih untuk berbuka puasa di Trinidad Suites Puteri Harbour. Ni kali pertama ciksun ke sini setelah hotel ni dibuka dalam hujung tahun 2020. Uish, dah setahun lebih rupanya usia dia, tapi disebabkan PPN tahun lepas, rasa macam hotel ni baru sangat aje lagi. Sebelumnya adalah Somerset, kemudian diambil alih dan dijenamakan semula oleh pihak pengurusan yang baru.

Ciksun dengan dak intern and Suhanis gerak dari rumah dalam pukul 6 lebih. Terlambat sikit sebab Suhanis baru keluar dari ofis pukul 5.45 petang. Kalau lepas pukul 5, depan rumah ciksun ni memang bercinta la tunggu traffic light. Jammed orang balik dari kerja sebab hari Ahad. Baru nak naik Linkedua, boss dah call tanya dekat mana. Aiyokk! Tapi yang kelakornye, bila dah sampai, boss pun belum sampai. Kitorang yang sampai dulu. Hahaha!

Ambil voucher Ramadan buffet dia dekat receptionist kat lobi, then naik lift ke P level, atas sekali. Erm, P for Penthouse kot? Entah, hahahahah! Dekat P level tu letaknya Kembali Kitchen diorang. Sedikit tersorok dari keluar lift. Kembali Kitchen tu tak luas sangat, tapi cukup selesa dan menenangkan untuk bilangan pax yang sedikit. Kitorang saje dah 40 pax. Then ade satu meja aje family lain. Kitorang aje lah yang berbuka pada hari kejadian.

Buffet Ramadhan 2022 di Trinidad Suites Puteri Harbour

Difahamkan, kat sini konsep iftar dia adalah semi buffet. Menu-menu utama akan dihidangkan ke meja, then menu-menu sampingan dihidangkan secara buffet. Diorang namakan semi buffet Ramadan ni sebagai Set Santapan Warisan. Hujung minggu aje diorang buka untuk tempahan, dan setiap minggu set menunya berbeza. Tapi pada waktu kitorang pergi tu, dia buat full buffet pulak. Mungkin sebab dah kira macam private event kitorang saje agaknya. Jadi diorang buat full buffet terus.

Nak tengok tak makanan yang ada? Jommm!

Buffet Ramadhan 2022 di Trinidad Suites Puteri Harbour

Buffet Ramadhan 2022 di Trinidad Suites Puteri Harbour

Buffet Ramadhan 2022 di Trinidad Suites Puteri Harbour

Buffet Ramadhan 2022 di Trinidad Suites Puteri Harbour

Ciksun ambik Kuetiau Goreng, Ikan Siakap Masam Manis, Ayam Panggang Percik, dengan Sotong masak ape tak sure. Sepatutnya dalam menu ada Udang Masak Lemak Nenas tapi mungkin stok udang takde, ditukar kepada menu sotong. Bubur Lambuk pun ciksun ambik, sedappp. And ada Pasta live cooking stall dengan dua pilihan sos. Ciksun try Marinara, Suhanis pilih Aglio Olio. Ciksun suka yang Marinara sebab rasa tomato masam-masam manis gitu.

Selain tu ada jugak aneka Kerabu, Ikan Masin, Ulam-ulaman dan Sambal Belacan, Kuih-muih Tradisional, Sup Ayam dengan Roti Perancis, Mee Rebus, dan buah-buahan. Air pulak ada sirap bandung, air lemon, kopi dan teh panas, juga air kosong. Kalau habis air dalam balang tu, dia tukar air baru.

buffet ramadhan 2022 trinidad suites puteri harbour

buffet ramadhan 2022 trinidad suites puteri harbour

buffet ramadhan 2022 trinidad suites puteri harbour

Alhamdulillah, bagi ciksun ok lah makanan kat sini dengan harganya yang sangat berpatutan. Surau disediakan di tingkat 4, satu suite dikosongkan untuk surau lelaki dan perempuan. Nak ke surau tu menapak sikit lah dari Kembali Kitchen, turun ke tingkat 4 naik lif. Oh washroom ada 1 aje depan Kembali Kitchen tu, shared washroom lelaki perempuan dan OKU. Ciksun tak sure kalau ada lagi washroom lain berdekatan. Tapi dalam suite yang dijadikan surau tu ada toilet.

buffet ramadhan 2022 trinidad suites puteri harbour

buffet ramadhan 2022 trinidad suites puteri harbour

buffet ramadhan 2022 trinidad suites puteri harbour

Lepas berbuka puasa, ambil gambar dengan rakan-rakan office. Riuh restoran dibuatnya. Family lain da balik, tinggal kitorang aje. Ape lagi, kan? Hahaha!

Kalau uols nak berbuka kat sini dengan family or kawan-kawan, boleh terus contact diorang, ok!

Set Santapan Warisan @ Trinidad Suites Puteri Harbour
Kembali Kitchen, Level P

💰 RM49/net (dewasa) |  RM29/net (kanak-kanak 6 tahun ke atas)

Post a Comment

2 Comments

  1. Kita pun blm sempat lagi nak berbuka kat otel hehehe.. Tunggu gaji la klu ada rezeki makan bufet otel thn ni haha

    ReplyDelete
  2. Wow.. macam private event.. best gak berbuka dengan rakan sekerja.. Terbaiklah!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com