Buffet Ramadhan 2022 - Fiesta Flavours Buffet di Feast Eco Galleria

Buffet Ramadhan 2022 - Fiesta Flavours Buffet di Feast Eco Galleria

Buffet Ramadhan 2022 - Fiesta Flavours Buffet di Feast Eco Galleria | Kalau sebelum-sebelum ni ciksun kongsi bufet Ramadan dekat hotel-hotel aje, haa kali ni ciksun nak share bufet dekat restoran pulak. Nama "Feast" mungkin sedikit asing bagi sesetengah orang sebab restoran ni baru aje bukak dalam tiga bulan lepas dekat Eco Galleria, Nusajaya, Johor.

Buffet Ramadhan 2022 - Fiesta Flavours Buffet di Feast Eco Galleria

Feast menyediakan menu-menu fusion yang sangat istimewa. Gabungan antara masakan tempatan dan masakan Barat banyak diterapkan dalam menu diorang. Sebelum bulan puasa lagi, ciksun pernah datang ke sini makan tengahari dengan housemates. Teruja masing-masing bila try Pappardelle Lamb-orghini dan Lamb Rendang Pizza.

Feast Eco Galleria

Eh sedap betul bila masakan Barat di-Melayu-kan! Haha! Uols kena cuba tau kalo datang makan kat sini, very recommended! But sebenarnya ciksun nak share tentang bufet Ramadan diorang. Ye, Feast pun ada buat bufet Ramadan jugak, dengan tema Fiesta Flavours Buffet. Dengan harga launching promo RM78+ untuk dewasa (NP: RM98+) dan RM29+ untuk kanak-kanak, uols boleh cuba beberapa menu diorang pada waktu berbuka puasa.

Apa yang ada dalam bufet ni? Hidangan tanpa had Kaki Kambing Bakar, Ayam Cajun Bakar, Bubur Lambuk Pekan Nenas, Ayam Masak Lemak Cili Api, Sotong Goreng Berempah, Ikan Masak Masam Manis, Daging Bakar Sambal Kerisik, Sup Ayam dan Daging, Sayur Campur Goreng dan Pasta Carbonara dari live cooking stall. My first choice adalah Daging Bakar Sambal Kerisik tu, memula ciksun ingatkan kuah percik tau! 

Buffet Ramadhan 2022 - Fiesta Flavours Buffet di Feast Eco Galleria

Buffet Ramadhan 2022 - Fiesta Flavours Buffet di Feast Eco Galleria


Buffet Ramadhan 2022 - Fiesta Flavours Buffet di Feast Eco Galleria

Buffet Ramadhan 2022 - Fiesta Flavours Buffet di Feast Eco Galleria

Buffet Ramadhan 2022 - Fiesta Flavours Buffet di Feast Eco Galleria

Bila staff dia bagitau tu Sambal Kerisik, wahhh patut lah sedap! Memang berasa kerisiknya. Daging pun lembut aje tak liat. Ayam Masak Lemak Cili Api tu adalah menu signature dan best seller diorang. Pendek kata, kalo orang datang makan kat sini, itu antara menu yang selalu orang order. Carbonara Pasta dia tak boleh nak cakap apa dah lah, memang sedap sangat 😂

Buffet Ramadhan 2022 - Fiesta Flavours Buffet di Feast Eco Galleria

Buffet Ramadhan 2022 - Fiesta Flavours Buffet di Feast Eco Galleria

Buffet Ramadhan 2022 - Fiesta Flavours Buffet di Feast Eco Galleria

Buffet Ramadhan 2022 - Fiesta Flavours Buffet di Feast Eco Galleria

Untuk membuka selera, jangan lupa mencuba aneka Kerabu dengan Sambal Belacan, kuih-muih tradisional, kek dan pastri, juga buah-buahan potong. Seketul ciksun, benda membuka selera juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut, begitu juga sebaliknya. Sebab tu, kek dan kuih-muih dimakan sebelum menu utama kalo bulan puasa macam ni. Haha!

Buffet Ramadhan 2022 - Fiesta Flavours Buffet di Feast Eco Galleria

Sedap gilooo haa Biscoff Cheese Tart dia! Kak Ajan sampai amek kali kedua hahaha! Cream Puff pun ikhlas, kuih-muih sedap-sedap. Oh, untuk pilihan minuman, ada Nescafe Tarik, Sirap Bandung dan Sirap Limau Selasih. Kalau nak air sejuk, boleh request dekat waiter.

Ok lah, nah ciksun kongsikan detail bufet ni untuk uols yang berminat nak berbuka dekat sini.



FIESTA FLAVOURS BUFFET @ Feast Eco Galleria
5 April - 2 Mei 2022
6.30pm - 9.30pm | Setiap hari

Launching promo ‼️
RM 78+ per Dewasa (NP: RM98+)
RM 29+ per Kanak-kanak

Untuk tempahan dan pertanyaan:

*Ada surau berdekatan
*Ada choice ala carte juga, but I strongly recommended uols try the buffet sebab lagi banyak pilihan boleh cuba ❤️

Post a Comment

3 Comments

  1. Assalamualaikum,

    Lama tak singgah sini,waww Alhamdulillas sedapnya, rasa nak terjah kesana, nak berbuka yang sedap-sedap tu In Shaa Allah.

    ReplyDelete
  2. Suasana keliling dia yang buat masa makan rasa tenang jaaa kan...

    ReplyDelete
  3. Harga gitu kalau sedap sedap menu, memang berbaloi laa.... hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com