Berbuka Puasa di Dayang Sarawak Corner, Bandar Permaisuri

Berbuka Puasa di Dayang Sarawak Corner, Bandar Permaisuri

Berbuka Puasa di Dayang Sarawak Corner, Bandar Permaisuri | Alhamdulillah, berkesempatan berbuka puasa dengan menu-menu Sarawak di Dayang Sarawak Corner, Bandar Permaisuri, balik dari Kedah hari tu. Alang-alang nak hantar anak boss balik ke kampus, suami cari tempat berbuka puasa dekat area UKM Cheras tu aje. Kitorang sampai pun dah nak dekat waktu berbuka, sempat la ciksun ambil gambar beberapa menu Sarawak yang ada waktu tu.

Berbuka Puasa di Dayang Sarawak Corner, Bandar Permaisuri

Duduk-duduk aje terus nampak linut. Waaaa, terus ambil letak atas meja hahaha. Suami pun ambil juga. Terus letak sambal linut sekali. Umai Udang, Ayam Pansuh, Bubur Pedas, Mee Kolok, Laksa Sarawak, Kek Lapis Sarawak semua ada. Ciksun suka Mee Kolok dia, sedappp! Laksa Sarawak pun not bad, cuma rasa rempahnya agak kuat.

Berbuka Puasa di Dayang Sarawak Corner, Bandar Permaisuri

Berbuka Puasa di Dayang Sarawak Corner, Bandar Permaisuri

Berbuka Puasa di Dayang Sarawak Corner, Bandar Permaisuri

Berbuka Puasa di Dayang Sarawak Corner, Bandar Permaisuri

Berbuka Puasa di Dayang Sarawak Corner, Bandar Permaisuri

And yang menariknya menu udang kat sini sampai empat jenis! Ada Udang Masak Lemak, Udang Butermilk, Sambal Udang, dan Kari Udang. Fuhhh, agaknya orang Sarawak memang suka makan udang ye? Tapi serius memang sedap sangat lauk-lauk udang dia dan segala menu lain yang ada. Kena la dengan citarasa anak Sarawak kannn!

Cuma linut tu agak cair la bagi ciksun. Nak kaut pakai sudu pun susah, apatah lagi kalau gulung dengan sepit kayu. And sambal linut dia pun tak macam yang mamak biasa buat. Mungkin ni gaya diorang selalu makan kottt. Sebab Sarawak kan banyak bahagian, masing-masing ada gaya masakannya tersendiri. Anak boss ciksun first time makan linut tu, dia cakap sedap. Sampai habis semangkuk dia sorang makan. Haha!

Berbuka Puasa di Dayang Sarawak Corner, Bandar Permaisuri

Berbuka Puasa di Dayang Sarawak Corner, Bandar Permaisuri

Berbuka Puasa di Dayang Sarawak Corner, Bandar Permaisuri

Harga buffet ni seorang dewasa RM49.90 je kalo tak silap. And hari ni last day diorang buat. Memang berbaloi-baloi lah dengan jumlah menu yang ada. Kambing Bakar, Sup Ayam, Murtabak, Nasi Goreng pun ada haaa. Suami cakap Nasi Goreng dia sedap, ciksun pun bangun la nak gi ambik tapi time tu da nak dekat kul 8 kot. Eh, dah habisss, takde refill 😂

Alhamdulillah, terima kasih suami, belanja semua!

Post a Comment

4 Comments

  1. Teringin nak makan linut tu, nampak macam sedap nau lepas letak lauk2.

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya sungkey di Dayang Sarawak Corner. Selamat Hari Raya Ciksun sekeluarga. Balit Bintulu sik tahun tok?

    ReplyDelete
  3. betul sedaplah tu kalau anak Sarawak pun approve. hehe. saya pernah jugak makan Dayang Sarawak Corner ni di Ampang. memang sedap

    ReplyDelete
  4. Ohh Kat Cheras pun ada UKM, Ingatkan Bangi je ada. Seronok CikSun berbuka kat sini dapat makan makanan negeri CikSun.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com