Resepi Biskut Cornflakes Madu Mudah dan Sedap

Resepi Biskut Cornflakes Madu Mudah dan Sedap

Resepi Biskut Cornflakes Madu Mudah dan Sedap | Dah siap ke kuih raya uols? Ke ada yang baru nak start buat? Ciksun tahun ni sebenarnya takde plan nak buat kuih raya pun. Tapi malam tadi dak Nani buat biskut Cornflakes Madu, rasa macam balik kampung nanti nak buat jugak lah. Bukan ape, senang sangat nak buatnya, sedap pun sedap! Rangup dan tak terlalu manis.

Resepi Biskut Cornflakes Madu Mudah dan Sedap

Ciksun suruh Nani ikut resepi Che Nom, memang mudah sangat. Asalkan cukup bahan-bahan, insya'Allah sekejap aje buatnya. Satu adunan tu dapat dalam 100 lebih juga, jadi empat balang semuanya. Ciksun ingat nak bagi uncle jiran sebelah. Nanti nak minta tolong uncle tengok-tengokkan rumah dan siramkan pokok-pokok selama seminggu tinggalkan rumah. Risau fikir pasal pokok-pokok ni sebenarnya. Moga baik-baik aje la nanti.

Nah, ciksun share resepi biskut cornflakes madu yang kitorang buat semalam.

Bahan-Bahan:
5 cawan Cornflakes
1/4 cawan madu
1/4 cawan mentega
1 1/2 sudu besar gula kastor
ceri atau taburan manik, untuk hiasan (kitorang tak letak sebab takde)
paper cup, secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
  2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
  3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
  5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.
  6. Biarkan sejuk baru masukkan ke dalam bekas.
  7. Selamat mencuba!

Post a Comment

3 Comments

  1. nk buat cornflakes madu ni pun malas gilee rasanya tahun ni不不不不不不不

    ReplyDelete
  2. Mengancam betul kuih raya cornflakes madu CikSun. Kita tak buat kuih raya pun. huhu...

    ReplyDelete
  3. kuih paling senang tapi paling sedap. raya mana tahun ni cik Sun?

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com