Ticker

6/recent/ticker-posts

Menu Berbuka 10 Ramadan, Bihun Sup dengan Bergedil

Menu Berbuka 10 Ramadan, Bihun Sup dengan Bergedil | Salam 11 Ramadan 1443H, akhirnya kita dah masuk ke fasa kedua bulan Ramadan. Alhamdulillah atas nikmat usia dan nikmat sihat yang berpanjangan. Semoga sahabat-sahabat pembaca semua pun diberi kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah dalam bulan mulia ni. Insya'Allah.

Semalam, hari pertama ciksun berbuka puasa kat rumah selepas 1 Ramadan. Dari 2 Ramadan sampai ke 9 Ramadan, rezeki ciksun berbuka puasa dekat luar aje. Sampai rindu nak berbuka dekat rumah sendiri, makan masakan sendiri. Niat nak start healthy meal pun terbantut walaupun takde la makan banyak sangat bila berbuka puasa dekat luar. Tetap ambil portion ikut saiz perut.

Ciksun just nak share menu berbuka semalam aje ni. Tapi takde resepi lah, sebab bukan ciksun yang masak. Housemate ciksun yang teringin Bihun Sup, dia nak masak untuk semua makan sama-sama. Makan sorang-sorang tak best katanya. Hahaha. Alahai, dari 2 Ramadan dia da start masak menu diri sendiri saja, rindu la tu agaknya nak makan berjemaah.

Menu Berbuka 10 Ramadan, Bihun Sup dengan Bergedil

Bihun Sup Usyajah Ibah bersama Bergedil. Bergedil tu ciksun tolong gentel dan gorengkan. First time tolong gentel, dan goreng, ala tak padat sangat hasilnya. Api pun kena besar sebenarnya, ciksun memula tu gun api sederhana aje. Dia jadi serap minyak sikit. Yang second batch, api besar sebab dah azan Maghrib, so kena cepat-cepat siap hahahaha!

Menu Berbuka 10 Ramadan, Bihun Sup dengan Bergedil

Dah siap semua, pergi solat dulu memasing sebab da lepas waktu berbuka. Then baru lah berkumpul balik makan depan TV. Alah tiga orang aje pun kitorang berbuka, Ibah, Nani, ciksun. Nada berbuka dekat luar, ade program office, sampai hari Khamis. Mira dekat kampung, Simpang Renggam, tolong ayahnya jual murtabak di bazar Ramadan.

Alhamdulillah, ni jugak menu sahur kami pagi tadi sebab banyak Ibah masak. Tu pun ada lagi atas dapur baki sup nya.

Petang ni dia nak masak Mee Goreng pulak. Bila ciksun nak masak menu sihat ni 😂

Post a Comment

6 Comments

  1. Huiii...sedapnya.....ni kalau dapat kak akak memang bertambah- tambah la ni...

    ReplyDelete
  2. perghh ni klu dapat makan panas2 pastu letak cili kicap.. perghh mmg power ar bertambah kita makan :D

    ReplyDelete
  3. Sedapnya dapat hirup kuah sup tu..

    ReplyDelete
  4. Buka puasa dengan sup begini memang menambahkan dua mangkuk. Sedap tu, lagilah ada pegedil!

    ReplyDelete
  5. okay nak buat begedil la utk berbuka nanti .hehehhee.. maceh bagi idea

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com