Ticker

6/recent/ticker-posts

Shopping Ramadan

Shopping Ramadan | Hari ni pagi-pagi dah keluar ke pasar dengan housemates ciksun. Esok kan dah puasa. Makanya, hari ni kitorang keluar beli barang-barang basah untuk dijadikan lauk berbuka dalam seminggu nanti. Memang ramai sungguh pengunjung dekat Pasar Awam Taman Universiti, Skudai. Agaknya semua pun sibuk buat persiapan saat akhir untuk sambut Ramadan.

Shopping Ramadan

Sampai-sampai aje, kitorang terus cari ikan, ayam, dan daging. Bukannya tak ada jual dekat Maslee Express depan rumah, tapi sekali-sekala nak juga beli lauk basah ni dekat pasar sebab lauknya lagi segar daripada dekat supermarket. Ciksun beli daging sekilo, boleh lah buat mee goreng or bihun goreng daging hujung minggu depan. Sekilo tadi dalam RM20 harganya.

Shopping Ramadan

Nani beli ayam dua ekor, seekor dia nak bawak balik kampung. Sekilo dalam RM8 - 9, besar juga ayamnya. Ada banyak gerai ayam dekat sini, tapi pakcik gerai dalam gambar bawah ni, ayamnya pukul 9 tu pun da habis haaa. Dahsyattt! Tapi pakcik ni baik hati, dia tolong gerai sebelah potong-potong ayam yang pelanggan gerai sebelah beli. Agaknya kalau kitorang lambat sikit tadi, mesti gerai sebelah tu pun da habis ayamnya.

Shopping Ramadan

But jangan risau, diorang bukak aje hari-hari, nak datang esok pagi pun boleh aje. Cuma ye lah, 1 Ramadan kan cuti kat Johor ni, orang Johor ni nak duduk rumah aje gamaknye, taknak keluar membeli-belah hari pertama puasa. Hahaha! Ibah pulak beli ikan siakap seekor dengan ikan talapia dua ekor. Tu dia da request potong dua sesiap, dia nak buat menu berbuka sehari sepotong ikan goreng tu, katanya.

Ciksun ni tak fikir lagi menu berbuka sebab hari kedua sampai kelima nanti ada lagi review berbuka puasa dekat hotel. Insya'Allah start minggu depan baru lah kena fikir nak berbuka puasa apa. Sebelum balik, kitorang ingat nak sarapan dekat gerai makan situ tapi meja penuh pulak. So, bungkus bawak balik rumah aje.

Shopping Ramadan

Sarapan kat rumah, keluar balik pergi Maslee Express depan rumah ni, beli barang-barang dapur kering pulak. Ciksun beli bihun, wrap, salad, telur, untuk jadi menu berbuka ciksun. Nanti minggu depan boleh beli pulak ayam ke ikan ke. Kitorang ni weekdays semua bekerja, jadi memang masak menu berbuka sendiri-sendiri aje lah. Hujung minggu aje baru dapat masak untuk semua.

Uols dah plan ke menu berbuka puasa untuk esok?

Ke dah ada senarai menu sebulan? 😆

Post a Comment

1 Comments

  1. hehehe senarai menu berbuka dah siap2 senang nak rotate hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com