Aisyah Sarah Raya kat Bintulu

Aisyah Sarah Raya kat Bintulu

Aisyah Sarah Raya kat Bintulu | Macam yang ciksun sebut dalam entri sebelumnya, 5 Syawal, adik ciksun yang duduk Shah Alam tu balik Bintulu untuk beraya dekat sini pulak. Kebetulan, kawannya ada majlis kahwin pada 6 Syawal, tapi rupanya majlis dibatalkan. Huhuhu. Moga Allah permudahkan urusan kawannya dengan keluarga.

Bila Aisyah Sarah nak datang, automatik lah rumah tu macam nak sambut 1 Syawal lagi sekali. Mamak siap mintak adik lelaki ciksun bakar lemang. Tapi pagi 4 Syawal tu ciksun dengan adik lelaki pergi cari barang kejap dekat pekan. Beli bekas Kek Lapis Sarawak, beli jajan buat tambah dalam balang raya, then mamak called suruh beli buluh lagi 4 batang sebab ada lagi baki beras pulutnya. Rupanya dia dah start bakar lemang kat rumah tu.

Ciksun pun pergi la ke Pasar Tamu Bintulu beli buluh. Ada banyak buluh dijual kat sini sebab biasanya kan masyarakat Iban suka buat Ayam Pansuh dalam buluh. Bila raya, berebut la buluh dengan orang Iban. Hahaha! Ok joking! Mana ada sampai berebut pun ๐Ÿ˜œ

Masa nak balik, ternampak pulak orang jual daun palas. Eh, beli lah satu, RM4 ajeee! Berangan ciksun nak menganyam ketupat daun palas dekat rumah. Balik rumah, tunjuk kat mamak. Eh, dia pun sama teruja. Siap mintak tolong ajar dia anyam. Nanti tahun depan dia nak jual ketupat daun palas je katanya, taknak buat kelupis dah ๐Ÿ˜‚

Aisyah Sarah Raya kat Bintulu

Nah hasil anyaman ciksun dengan mamak. Ciksun buat ketupat palas jantan semua, mamak tak reti lagi. Ala, ketupat palas betina pun bolehhhh! Sesambil adik ciksun bakar lemang, kitorang anyam ketupat palas tu. Beras pulut masak separuh masak dekat atas dapur dengan santan and garam sikit. Terus balut dengan daun palas petang tu jugak and kukus sejam. 

Buat jugak Chocolate Almond Cluster sebab barang-barang da siap beli sebelum balik Sarawak hari tu. Cuma tak sempat buat untuk 1 Syawal sebab papercup takde. Untuk Aisyah Sarah, baru lah sempat buat. Esok lak pepagi ciksun dah start masak Rendang Ayam, adik lelaki ciksun buat Kuah Kacang.

Aisyah Sarah Raya kat Bintulu

Aisyah Sarah Raya kat Bintulu

Aisyah Sarah Raya kat Bintulu

Alhamdulillah, ni lah menu 5 Syawal kami bersama Aisyah Sarah. Malam tu, bawak jugak menu-menu ni ke rumah Mak Ngah ciksun dekat Kampung Jepak. Kitorang berkumpul raya kat sana ramai-ramai. Tapi tak semua lah ada, Family Mak Usu tak dapat join, anaknya dengan isteri aje yang dapat datang. Itu pun lepas habis open house rumah isterinya. Benda last minute plan kan, takpe lah. Mana yang ada aje.

Aisyah Sarah Raya kat Bintulu

Aisyah Sarah Raya kat Bintulu

Aisyah Sarah Raya kat Bintulu

Aisyah Sarah Raya kat Bintulu

Aisyah Sarah Raya kat Bintulu

Tu lah antara gambar-gambar kenangan raya tahun ni dengan Aisyah Sarah. Moga tahun-tahun akan datang, suasana akan tetap meriah macam ni jika dipanjangkan umur kami semua. Ameen.

Post a Comment

7 Comments

  1. eh eh apa beza ketupat jantan ketupat betina ?? hehehe br tau ada jantina rupanya

    ReplyDelete
  2. Amboi, kemahen memasing ngan handbag ya.

    Arwah mak mertua akak dulu ajar buat ketupat jantan, tapi akak buat terjadi betina. Belajar dgn maid baru faham cemana nak pusing daun tu supaya jadi jantan. Ketupat betina masuk air katanya.. hihi.

    ReplyDelete
  3. Meriah nya foto-foto..! I like!

    ReplyDelete
  4. Sebab itulah Kak Mah pun suka beraya di Sarawak, meriah dengan kek lapis, hehehe

    ReplyDelete
  5. ha..yang ni tak terkejut ye. boleh buat persiapan rileks-rileks. hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com