Menu Terkejut 1 Syawal Kami

Menu Terkejut 1 Syawal Kami

Menu Terkejut 1 Syawal Kami | Assalamualaikum semua. Salam berapa Syawal? Dah lost track bila 1 Syawal mengejut ni. Kena check balik kalendar, dah 8 Syawal rupanya. Seminggu dah tak update blog. Cuti terus ciksun kat kampung. Bawak aje laptop balik, tapi serius langsung tak bukak pun. Patutnya tak payah bawak balik hari tu, buat berat beg aje 😝

Menu Terkejut 1 Syawal Kami

Hari ni baru nak share menu 1 Syawal kitorang. Disebabkan raya terkejut, satu Malaysia kena scam, malam 1 Syawal tu lah semua sibuk macam lipas kudung setelkan apa yang patut. Dijadikan cerita, ciksun dengan adik lelaki ciksun pergi ambil suami ciksun kat airport lepas berbuka puasa 29 Ramadan tu. On the way balik dari airport, adik ipar ciksun update, esok raya!!! Allahu!

Menu Terkejut 1 Syawal Kami

Banyak benda belum setel, mamak la paling down sebab tempahan kelupis banyak gila nak disiapkan. Ada yang nak ambil malam raya, memang bertukang kat dapur la masing-masing. Malam tu, adik lelaki ciksun dengan isteri terus pergi rumah mak mertua dia sebab kat sana takde perempuan nak tolong mak mertua dia memasak. Tinggal la ciksun, adik bongsu, dengan suami ciksun kat rumah. 

Suami ciksun tolong sekejap hampar karpet dan kemas ruang tamu. Dalam pukul 10 lebih, ciksun pergi dapur kejap. Pergi depan balik nak sambung kemas ruang tamu, suami ciksun da hilang hahahah! Dia da masuk tidur. Tinggal la ciksun dengan adik bongsu mengemas, buat kerja-kerja yang lelaki kena buat. Memang berkicap macam haperr.

Setel kemas ruang tamu (dengan alas meja raya nya tak sempat beli baru), ciksun pergi ke dapur pulak untuk memasak. Memang rutin raya family ciksun tiap tahun, menu 1 Syawal dimasak malam raya. Tapi sebab raya terkejut, banyak juga bahan-bahan yang tak ada. Kerisik pun tak ada nak buat rendang. Ciksun gitau mamak, buat ungkep je lah. Tak payah kerisik, tak payah santan. Ok, onzz!

Menu Terkejut 1 Syawal Kami

Pukul 3.30 pagi kot, baru Ungkep Ayam siap. Waktu tu, adik lelaki ciksun dah balik semula ke sini. Adik ipar cakap, da siap tiga menu diorang kat sana. Wahh, kita baru satu menu aje. Hahaha! Aduii! Mamak memang tak bangun dah dari kerusi dia duk membalut kelupis. Adik bongsu ciksun tolong ciksun kat dapur, sambil ciksun memasak, dia clearkan sinki. Hari yang sama jugak, belah siang tadi dia siap buat 3 biji kek kukus. Ciksun tolong dia bakar 1 kek lapis sebelum berbuka puasa petang semalamnya.

Menu Terkejut 1 Syawal Kami

Ikutkan, plan asal, esoknya nak bakar lemang. Tapi dah raya pulak, jadi memang tak bakar dah lah lemangnya. Balik dari airport tadi tu, terus pergi lorong 3 kampung ciksun, ada orang kampung jual lemang. Suami beli 3 batang, 1 perisa pandan, 2 yang biasa. Saja nak rasa yang pandan tu. Tapi takde la rasa sangat pandannya. Haha!

Menu Terkejut 1 Syawal Kami

Pukul 4 pagi, tiberrr adik lelaki ciksun request Kuah Kacang. Mak oiii, time ni lerr nkoo nak Kuah Kacang ekk. Dah la Kuah Kacang Sarawak ni kena ada isi ayam atau daging dalam dia. Time tu jugak la baru nak keluarkan ayam dari freezer. Memang beku lagi lah. Mamak suruh ciksun ajar adik lelaki buat sendiri, so ciksun suruh dia prepare bahan-bahan sesiap. Nanti ayam da lembut sikit, boleh lah terus masak. Tapi pukul 4.30 gitu masih belum lerai ayamnya. Ciksun pun masuk bilik, hasratnya nak tidur kejap. Dah penat sangat dari awal pagi gerak dari JB, tak tidur langsung.

Pukul 6 gitu alarm ciksun berbunyi, tapi ciksun sambung tido sampai 6.44 pagi. Kah kah! Bangun aje, tengok-tengok dah siapppp Kuah Kacang adik. Haha! Mamak ajar dia sebab kelupis mamak da siap pukul 6 pagi tu. Perghh, memang tak tido langsung mamak ciksun. Aduii, risau dibuatnya. Mamak kan ada darah tinggi.

Menu Terkejut 1 Syawal Kami

Alhamdulillah, ni lah menu terkejut 1 Syawal kitorang. Simple aje, takde menu berat-berat. Solat raya pun tak sempat pergi memasing. Dalam kul berapa tah, mak usu dengan keluarga dah datang beraya. Macam lipas kudung lagi dekat dapur potong kek dan hidangkan juadah hari raya untuk tetamu. Lepas diorang balik, kitorang gi beraya rumah nek usu dan sedara mara belah sana pulak.

Balik dari sana, baru lah mamak boleh rehat. Fuhhh. Dahsyat betholll penangan raya terkejut kali ni ekk!


P/S: Balik dari rumah nek usu gak, baru pergi beli alas meja baru. Hahaha!!!!

Post a Comment

5 Comments

  1. Tekejut beno kan.. aku langsung tak tidur dari petang sebelum sampai esoknya...
    Camne laa orang dh bayo buffet tu ekk?.. yang amik order malam raya lagi, fening mikir hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade kawan ain siap booking last day buffet ramadhan.hahahhaha...satu keluarga kot sekali dengan mak mertua termenungg katanyaa...

      Delete
  2. perghhh sempat juga siapkan menu raya ye...! mmg semua pun kelam kabut kan hehehe :p pengajaran lepas ni, jgn plan last minit

    ReplyDelete
  3. Terer tu tak tido semalaman. Saya baca entry ciksun ni pun boleh rasa penatnya. Hehe. Nasib baik sempat juga suami ciksun raya sekali

    ReplyDelete
  4. hebat betul xtido semalaman..kalo sy mmg mood xcntik dh raya tu kalo xtido.. haha..
    tp alhamdulillah.. ada jgk menu raya utk di hidang pg raya..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com