Ticker

6/recent/ticker-posts

Masjid Zahir Alor Setar, Kedah

Masjid Zahir Alor Setar, Kedah | Masa jalan-jalan ke Alor Setar hari tu, selain daripada singgah solat kat Masjid Albukhary, sebelah malamnya kitorang singgah solat dekat Masjid Zahir pulak. Ikutkan siangnya pun dah lalu berulang kali depan masjid ni sebab lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. 

Dari jauh memang boleh terus nampak Masjid Diraja ni sebab kubahnya yang berwarna hitam. Juga dikenali sebagai Masjid Zahrah, Masjid Negeri Kedah ni ada satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam. Waktu siang pun dah nampak cantik, apatah lagi bila waktu malam.

Masjid Zahir Alor Setar, Kedah

Sejarah Nama

Terdapat suatu keunikan mengenai asal usul nama masjid ni. Diberi nama Masjid Zahir semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Syah dan Tunku Mahmud pada Ttahun 1915M. Menurut Arabic – English Dictionary, Zahhar bermaksud penjual bunga, Zahirun ialah bekas bunga, Azhara berbunga dan Zahra’u bererti berkilau-kilauan atau bersinar.

Dari pengertian yang diberikan boleh dibuat kesimpulan bahawa perkataan ‘Zahir’ terbit daripada perkataan-perkataan di atas yang melambangkan bunga sebagai suatu yang cantik. Di antara zahir dan Azhar mempunyai talian yang membawa maksud ‘Putih’ iaitu kebersihan atau kesucian.

Masjid Zahir Alor Setar, Kedah

Masjid Zahir Alor Setar, Kedah

Sejarah Pembinaan

Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya ialah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah daripada serangan Siam (1821). Reka bentuk masjid ini diilhamkan daripada Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

Masjid Zahir Alor Setar, Kedah

Masjid Zahir Alor Setar, Kedah

Masjid Zahir Alor Setar, Kedah

Senibina Bangunan

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Solat) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun.

Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak. Bangunan ini juga terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.

Tidak jauh dari Masjid Zahir terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, Rumah Merdeka, dan Menara Alor Setar.

Masjid Zahir Alor Setar, Kedah

Masjid Zahir Alor Setar, Kedah

Masjid Zahir Alor Setar, Kedah

Masjid Zahir Alor Setar, Kedah

Masjid Zahir Negeri Kedah Darul Aman
Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah

Rujukan: 

Post a Comment

7 Comments

  1. Cantik masjidnya. Suka pulak PC tengok.

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar! Cantiknya masjid!

    ReplyDelete
  3. Pernah singgah sini sekali masa ke Alor Setar dulu. Nice, Besar masjid dan cantik

    ReplyDelete
  4. Subhanallah cantiknya. Pandai cik sun ambil gambar. Tak sampai lagi sini

    ReplyDelete
  5. Subhanallah cantiknya. Pandai cik sun ambil gambar. Saya belum sampai masjid ni lagi

    ReplyDelete
  6. Cantik mesjidnya, malam bercahaya...

    ReplyDelete
  7. Cantik, kan masjid ni. Rindu pulak dengan Loq Staq.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com