Ticker

6/recent/ticker-posts

Masjid Albukhary Alor Setar, Kedah

Masjid Albukhary Alor Setar, Kedah | Salam Jumaat, salam penghulu hari. Dah masuk weekend kat Johor dan negeri-negeri yang bercuti Jumaat Sabtu. Apa la agaknya hasil kajian semula cuti hujung minggu negeri Johor ni nanti ya? Adakah akan stay Jumaat Sabtu atau akan bertukar semula kepada Sabtu Ahad? Kalau lah jadi Jumaat - Ahad, best jugak kan. Haha! 4 hari je kerja, Isnin - Khamis, 3 hari cuti 🤭 Kita tunggu je la hasil kajiannya nanti macam mana ek.

Masjid Albukhary Alor Setar, Kedah

Masa round Alor Setar hari tu, kitorang sempat juga singgah Masjid Albukhary Alor Setar dekat Jalan Langgar ni. Memang masukkan dalam itinerary untuk solat Zohor/Asar. Masjidnya masih nampak baru dan cantik. Warna biru dengan putih, nampak suci dan fresh. Di perkarangan masjid pulak ada pokok-pokok kurma. Depan pintu utama masjid ada kolam memanjang yang buat masjid nampak macam Taj Mahal. Sangat-sangat cantik kalau ambil gambar.

Masjid Albukhary Alor Setar, Kedah

Masjid ni dibina sepenuhnya oleh Yayasan Albukhary. Majlis pecah tanah telah dilakukan pada 15 Januari 1999 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembinaan bermula pada Mac 2000. Perasmian masjid ini disempunakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 22 November 2001 bersamaan 6 Ramadhan 1422H. Masjid ini ditadbir oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Albukhary seramai 13 orang yang terdiri dari gabungan tiga pihak iaitu pihak Yayasan Albukhary, Jawatankuasa Kariah Alor Malai dan Pegawai Masjid.

Masjid Albukhary Alor Setar, Kedah

Masjid Albukhary Alor Setar, Kedah

Masjid Albukhary Alor Setar, Kedah

Masjid Albukhary Alor Setar, Kedah

KEMUDAHAN / FASILITI
Masjid ini mempunyai keluasan 4.96 ekar dan dilengkapi dengan kemudahan berikut:
  1. Ruang solat yang dapat menampung seramai 15,000 orang dalam satu satu masa.
  2. 8 buah bilik pengajian.
  3. 5 bilik wuduk lelaki dan wanita (tapi masa kitorang pergi bilik wuduk wanita tengah renovate).
  4. Bilik pengurusan jenazah.
  5. Bilik imam.
  6. Bilik mesyuarat.
  7. Pejabat pengurusan.
  8. Kemudahan untuk orang yang kurang upaya seperti tandas khas dan 2 unit lif.

Masjid Albukhary Alor Setar, Kedah

Masjid Albukhary Alor Setar, Kedah

Masjid Albukhary Alor Setar, Kedah

Masjid Albukhary Alor Setar, Kedah

SENIBINA MASJID

1) Mihrab: Mihrab merupakan salah satu ciri utama sesebuah masjid. Senibina mihrab masjid ini dirujuk kepada senibina zaman silam yang terdapat di Khanaqah (Makam) Sheikh Abdul Samad yang dibina di Natanz Iran dalam tahun 1306 (706H) dizaman IL-Khanid.

2) Menara: Rekabentuk menara berdasarkan senibina menara Masjid Nabawi di Madinah dengan ketinggian 47.92 meter dari paras tanah.

3) Mimbar: Senibina mimbarnya diambil daripada replika mimbar yang terdapat di Masjid Qiblatain Madinah dan Mimbar Mamluk di Masjid Qaitbay, Kaherah Mesir. Mimbar ini diperbuat daripada kayu jenis Burma Teak.

4) Kubah: Masjid ini mempunyai 7 buah kubah termasuk kubah utama. Kubah utama terletak ditengah-tengah ruang solat utama dengan saiz 14 meter garis pusat.  Sekeliling luar kubah ini dihiasi dengan ayat suci Al Quran dari surah Alhadid ayat 1-8. Manakala dalamnya pula dihiasi dengan kalimah Asma Ulhusna.

5) Dataran: Senibina dataran khususnya kolam dan laluan air yang berbentuk geometri adalah berdasarkan senibina yang terdapat pada Makam Imam Albukhary di Samarkhand, Uzbekistan.

Memang indah masjid ni. Kalau korang ke Alor Setar, jangan lupa singgah ya!

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com