Ticker

6/recent/ticker-posts

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley SouthkeyRekaan perlindungan inovatif yang memenuhi keperluan setiap kanak-kanak | Chicco Malaysia yang melancarkan Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di majlis pembukaan cawangan baru mereka di Mid Valley Southkey, Johor Bahru adalah bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa agar lebih mengutamakan keselamatan anak-anak, terutamanya bayi yang baru lahir.

Chicco Mid Valley Southkey

Diasaskan pada 1958 oleh Pietro Catelli dengan visi mencipta jenama khusus untuk penjagaan bayi, Chicco menempatkan rangkaian produk yang komprehensif dari peringkat bayi hingga 36 bulan, secara langsung menjadikan beliau perintis dalam industri.

Jenama ini mendapat sambutan hangat di kalangan ibu bapa dan terus meneraju pasaran Italy dengan pantas sekaligus ke peringkat antarabangsa. Chicco telah beroperasi selama lebih 60 tahun dan kini boleh didapati di 120 negara, termasuk Malaysia.

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey

Pelan ini memberi perlindungan ke atas semua rangkaian produk kerusi kereta kanak-kanak ChiccoCare yang dibeli di cawangan asal, peruncit sah serta belian atas talian. Kerusi keselamatan kereta kanak-kanak Chicco layak mendapatkan pertukaran 1 dengan 1 sekiranya berlaku kemalangan dalam tempoh sepuluh tahun selepas pembelian. Manakala, kerusi kereta Chicco yang terjejas akibat banjir layak mendapat diskaun sebanyak 20%.

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat merupakan antara yang hadir ke majlis pelancaran rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta ChiccoCare serta pembukaan cawangan baru Chicco di Mid Valley Southkey. Acara itu turut dilancarkan dengan penampilan ahli perniagaan dan YouTuber tempatan, Inthira Kalanjiam.

Selebriti Ayda Jebat yang merupakan pengguna setia Chicco sejak 2021 berkata, "Saya sangat yakin dengan produk Chicco. Selain membantu saya dalam kesibukan pekerjaan semenjak saya melahirkan pada tahun lepas, kerusi kereta Chicco juga memberi kemudahan dalam kehidupan harian saya. Jadi, apabila Chicco melancarkan pelan perlindungan ini, saya dan terutamanya para ibu, rasa terjamin tentang keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kami."

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey

"Sebagai perintis dalam sektor produk bayi, kami komited dalam menyediakan peralatan terbaik untuk keluarga di Malaysia supaya anak-anak mereka dapat membesar dengan selamat.", kata Alex Chan, Pengarah Urusan Sunup Healthcare Sdn. Bhd., selaku pemilik Chicco Malaysia.

"Pasukan kami juga peka terhadap hakikat bahawa dalam masa yang sukar ini, kami tidak mahu membebankan keluarga dari segi kewangan. Justeru itu, pelan perlindungan ini memberi kemudahan dan keutamaan kepada ibu bapa di Malaysia serta keselamatan anak-anak mereka terjaga," katanya.

Beliau juga menekankan kepentingan ibu bapa memilih kerusi kereta yang sesuai untuk anak-anak mereka berdasarkan saiz, umur dan keperluan mereka.

Melindungi Generasi Seterusnya Adalah Tanggungjawab Kita
Menurut kajian, lebih separuh daripada kanak-kanak di Malaysia tidak dilindungi semasa dalam perjalanan dan lebih daripada 82% kes, kerusi keselamatan kanak-kanak tidak dipasang dengan betul.

Selain itu, kerusi keselamatan kanak-kanak yang dipasang menghadap belakang dapat mengurangkan risiko kecederaan ketara sebanyak kira-kira 90% manakala pandangan hadapan mengurangkan risiko kematian dan kecederaan sebanyak kira-kira 71% berbanding dengan kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya di atas jalanraya.

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey

Tanggungjawab ibu bapa turut memainkan peranan dimana mereka perlu memastikan tidak menggunakan semula kerusi keselamatan kanak-kanak yang rosak atau terpakai, serta kerusi kereta yang telah terlibat dalam kemalangan.

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey

Pelan Perlindungan Untuk Anak Anda
Majoriti pelanggaran yang berlaku adalah dari bahagian hadapan, yang menjadikan tempat duduk belakang tempat paling selamat untuk memasang kerusi kereta kanak-kanak. Kemalangan yang melibatkan anak kecil sangat membimbangkan para ibu bapa. Memandangkan kerusi kereta keselamatan kanak-kanak telah diwajibkan pada 2020 oleh menteri pengangkutan, Chicco memberikan keselesaan kepada ibu bapa dengan adanya Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare.

Jaminan Untuk Ibu Bapa Melancong Bersama Anak-Anak
Berkenaan dengan Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare, ibu bapa harus ambil perhatian bahawa pelan perlindungan adalah tidak sah untuk kerusi kereta Chicco terpakai kerana pihak Chicco tidak diberikan maklumat mengenai sebarang kejadian yang berlaku sebelumnya.

Dengan Chicco, keselamatan anak anda terjamin pada setiap masa dengan penggantian kerusi kanak-kanak yang rosak akibat kemalangan atau bencana. Chicco memahami ibu bapa dan anak-anak merupakan harta paling berharga. Oleh itu, keutamaan keselamatan mengatasi segala-galanya.

ChiccoCare Car Seat

Kerusi kereta Chicco memberikan keyakinan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka berada di tempat duduk paling selamat dan terbaik. Jenama ini bukan sahaja menawarkan tempat duduk berkualiti, tetapi ia juga memberi jaminan tambahan dengan menawarkan pelan perlindungan yang akan memastikan kanak-kanak selamat dan terjamin di tempat duduk kereta yang sesuai dengan umur mereka.

Kerusi kereta kanak-kanak Chicco adalah lebih dari sekadar tempat duduk kerana ia direka dengan reka bentuk yang inovatif dan diuji bagi mengelakkan kecederaan dan menyelamatkan nyawa sekiranya berlaku pelanggaran. Jika tempat duduk kereta terlibat dalam kemalangan, Chicco mengesyorkan untuk menggantikannya tanpa mengira tahap kerosakan akibat kemalangan.

Untuk semua pembeli kerusi kereta kanak-kanak Chicco sejak 2018 yang memiliki bukti resit pembelian, anda boleh mendaftar untuk Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare disini. Seluruh barisan produk Chicco boleh didapati di cawangan Chicco di aras LG 029 dan 030 di The Mall, Mid Valley Southkey.


Rujukan:
A Study on the Use and Misuse of Child Restraint System (CRS) in Malaysia
Journal of the Society of Automotive Engineers Malaysia (JSAEM), Volume 2, Issue 1, pp 5-13, January 2018
Durbin D.R. 2011. Technical Report-Child Passenger Safety. Pediatrics 127: e1050-e1066

Post a Comment

3 Comments

  1. Tenguk cucu2 wak pun pakai kerusi kereta kanak2 bila balik kampung
    Dua anak dah penuh satu kereta

    ReplyDelete
  2. Dah usha gak untuk hadiahkan cucu hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com