Penang Trip 2022 - Naik Penang Hill Funicular Train

Penang Trip 2022 - Naik Penang Hill Funicular Train

Penang Trip 2022 - Naik Penang Hill Funicular Train | Ok, baru nak masuk kisah bercuti kat Penang cuti agong hari tu. Lepas aje housemates ciksun ambik dekat jeti feri Georgetown, kitorang terus pecut ke Penang Hill. Takde la pecut sangat pun sebab Penang jammed gilerrr waktu cuti sekolah. Dah la destinasi awal tu kitorang tersilap, pergi dekat kawasan jip naik pulak. Rupanya Nada just search Penang Hill aje. Then ciksun pun waze Penang Hill Lower Station. Baru lah betul destinasi dia. Nak sampai situ pun sesak sungguh jalan, alhamdulillah jumpa parking yang dekat atas bukit, betul-betul tepi pintu masuk dari atas bukit.

Penang Trip 2022 - Naik Penang Hill Funicular Train

Cumanya, kitorang sampai tu dalam pukul 1 lebih. Beli tiket time ni, naiknya pukul 4 petang nanti. Bak kata Ibah, beli tiket waktu Zohor, naik train lepas Asar, bayangkan lah balik ke bawah sini semula nanti waktu apa pulak. Yang penting tak sampai waktu Subuh lah. Hahaha! Memang ramai sungguh ye manusia. Macam sardin dah kat ruang legar kaunter tiket tu. Berlapis-lapis manusia macam tak pernah ada COVID-19 di muka bumi ๐Ÿ˜†

Disebabkan waktu menunggu 3 jam, kitorang decide nak lunch dulu. Satu-satunya tempat yang convenient nak makan tengahari kat atas tu adalah A&W. Yessss, kena beratuq lagi. Pakat beratuq la semua, masa banyak habis beratuq ja kat Penang ni. Nasib baik tak pi makan Nasi Kandaq Beratuq ๐Ÿคฃ

Penang Trip 2022 - Naik Penang Hill Funicular Train

Alhamdulillah, dapat meja untuk duduk makan. Kongsi dengan family pelancong dari Thailand. Lepas makan tengahari, kitorang sempat pulak masuk Penang Hill Merchandise Store dia. Beli sunglasses masing-masing. Kemain yee. Hahaha! Dah memborong cermin mata, kitorang gi keluar tunggu dekat ruang legar. Ada kerusi-kerusi kat situ, tapi memang penuh sungguh ye. Bergilir lah tunggu turn nak duduk, sambil pergi bilik air membuang apa yang patut. Masa ni dah pukul 3 lebih. Nombor giliran untuk berlepas naik train terpapar dekat skrin sekitar ruang legar tu. Jadi, kita kena alert aje.

Penang Trip 2022 - Naik Penang Hill Funicular Train

Tiba masa turn batch kitorang, pergi la join beratuq nak masuk balai berlepas. Dalam pukul 3.30 gitu tak silap. Sejam jugak kitorang berbaris ikut giliran nak naik train dalam tu. Tengah-tengah menunggu tu berapa kali dah yang Fast Lane masuk. Ye, kalau korang beli tiket Fast Lane (RM40 per Dewasa, RM20 per Kanak-kanak), korang boleh naik train bila-bila masa aje korang sampai asalkan train belum penuh masa korang masuk tu. Biasanya orang beli tiket Fast Lane ni online, kalo walk in selalu je da sold out. So, kalo korang nak jimat masa tapi tak kisah habiskan duit, boleh la beli tiket Fast Lane online.

Harga pergi balik Normal Lane untuk Dewasa adalah RM12, manakala untuk Kanak-kanak adalah RM6. Untuk Warga Emas, harga tiket pergi balik Normal Lane dengan Fast Lane adalah sama, iaitu RM6. Semua ni untuk pemegang MyKad/ MyKid/ MM2H/ i-Kad tau. Kalau bukan pemegang kad-kad ni, kena bayar ikut harga standard dalam 2 - 10 kali ganda juga. Tapi untuk OKU, percumaaaa! Dan harga ni jugak adalah untuk waktu selepas sunrise. Kalau naik waktu sunrise (6.30 am - 8.00 am), lagi murah woii, RM3 ajeeeee per semua kategori. And korang jugak boleh pilih nak beli tiket sehala saja, in case nak naik atau turun nanti naik jeep or menapak hiking trails pulak.

Perjalanan naik Bukit Bendera a.k.a Penang Hill tu dalam 5 minit aje sepanjang 2 km funicular railway. Sekejap je nak naik or turunnya, tapi menunggu tu kemain lama gila. Hahaha. Satu kali perjalanan boleh memuatkan sehingga 100 orang aje. Mana yang tak sempat duduk, kena la berdiri. Ala, kejap je punnn. Then dah sampai atas, ada apa je? Nah ciksun share gambar-gambar yang sempat kitorang snap.

Penang Trip 2022 - Naik Penang Hill Funicular Train

Penang Trip 2022 - Naik Penang Hill Funicular Train

Penang Trip 2022 - Naik Penang Hill Funicular Train

Penang Trip 2022 - Naik Penang Hill Funicular Train

Penang Trip 2022 - Naik Penang Hill Funicular Train

Penang Trip 2022 - Naik Penang Hill Funicular Train

Banyak benda menarik kat atas tu, ada yang free admission, ada yang kena bayar untuk buat apa-apa aktiviti kat satu-satu tempat. The Habitat tu ada kat atas ni lah, tapi kitorang tak masuk sebab takde sediakan bajet untuk tu. Kalo korang ada bajet lebih, boleh lah pergi dan nikmati keindahan Penang Hill. And, kalo nak explore semua better pergi dari awal pagi lagi. Train terawal bergerak dari pukul 6.30 pagi dan turun last pada pukul 10.00 malam. Kat atas tu ada kedai makan dan surau juga, so jangan risau kalau kelaparan atau nak tunaikan kewajipan.

Penang Trip 2022 - Naik Penang Hill Funicular Train
Masa ni dah start berbaris nak turun, tapi masuk train dah gelap ye

Oh, ya! Ada penginapan jugak kat atas tu untuk korang yang nak stay kat atas. Semua maklumat ni boleh belek kat website diorang aje ye. Plan la bebetul kalo nak naik, kalo terkena waktu cuti sekolah or cuti umum, bawak banyak-banyak bersabar. Haha!


P/S: Mana gambar train? Kahhh, dah lupa nak amek sebab masa tu da tepu kepala otak menunggu lebih 3 jam. Ade amek video masa naik atas tapi malas nak upload ๐Ÿ˜‘

Post a Comment

9 Comments

  1. Aku anak dah besar ni kalau travel bercuti, memasing semua malas dah nak pergi tempat-tempat gini Sun huhuhu.. memasing lebih suka, stay and relax, ermmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun tak berapa gemar tempat sesak gini, tapi kita meraikan yang tak pernah jejak dan naik..hihihi

      Delete
  2. nasib baik la time kita jejak sana dulu x seramai mcm ni haha.. klu x harus cancel nak naik bukit bendera... mcm xde pape dah bg kita.. sayang tak macam dulu2 punya excited nak naik atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee, dulu pernah datang sekali, mandom ajee..terkejut kita datang hari tu sesak bebenor..hahaha

      Delete
  3. Wajib pergi BB kalau ke Penang, tapi sekali naik, cukuplah merasa.

    ReplyDelete
  4. sekarang ni stress klo nak jalan..merata rata jem..tak paham sungguh..ramai nau tourist

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tuu! maybe sebab masuk endemik ni semua lepas gian travel..

      Delete
  5. mak aih lain bebeor rupanya banding masa pergi zaman belajar dulu. rasanya tahun 2018 ada pergi tapi ramai sangat so patah balik. kiter tak setabah ciksun

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com