MaQan Food Fest 2022 Di Angsana Johor Bahru Mall 29 - 31 Julai Ini!

MaQan Food Fest 2022 Di Angsana Johor Bahru Mall 29 - 31 Julai Ini!

MaQan Food Fest 2022 Di Angsana Johor Bahru Mall 29 - 31 Julai Ini! | Yess, apa yang korang baca, itu lah kebenarannnn! Tanggal 29 hingga 31 Julai 2022 ni, MaQan bergabung sekali lagi dengan Visit Johor untuk mengadakan festival makanan terbesar di Johor, MaQan Food Fest 2022. Tengok kepada sejarah MaQan Food Fest sebelum-sebelum ni, memang meletoppp kebabomm ye sambutannya sebelum COVID-19 melanda. Bila dah bertahun tak ada sebab pandemik ni, warga JB sure sangat menunggu-nunggu festival macam ni, kannnn?

MaQan Food Fest 2022 Di Angsana Johor Bahru Mall 29 - 31 Julai Ini!

Dengar ura-ura dari #BestieMaQan, dalam 154 vendor makanan dan minuman bakal berkumpul kat Padang B, Angsana Johor Bahru Mall selama tiga hari nanti. Konsepnya, aneka makanan, hiburan dan pelbagai jenis aktiviti direka khas untuk semua pengunjung dari pelbagai peringkat umur, tak kira lah golongan kanak-kanak, belia, mahupun yang datang bersama keluarga.

MaQan Food Fest diadakan secara terbuka (outdoor gathering) dan menampilkan pelbagai aktiviti menarik serta persembahan pentas, pertandingan untuk pengunjung dan juga cabutan bertuah. Katanya ada tempat duduk makan sama ada di dalam mahupun di luar, yang ni kita kena datang pada 29 hingga 31 Julai nanti, nak tengok macam mana sebenarnya yang dimaksudkan tu.

And, pssst! Ni nak bagitahu, ada baucar diskaun tau yang akan diedarkan kepada pengunjung yang datang ke festival MaQan ni nanti sebagai penghargaan sebab korang menyokong usahawan tempatan. Best kannn? Antara vendor yang akan memeriahkan majlis nanti adalah:

MaQan Food Fest 2022 Di Angsana Johor Bahru Mall 29 - 31 Julai Ini!

MaQan Food Fest 2022 Di Angsana Johor Bahru Mall 29 - 31 Julai Ini!

MaQan Food Fest 2022 Di Angsana Johor Bahru Mall 29 - 31 Julai Ini!

MaQan Food Fest 2022 Di Angsana Johor Bahru Mall 29 - 31 Julai Ini!

MaQan Food Fest 2022 Di Angsana Johor Bahru Mall 29 - 31 Julai Ini!

MaQan Food Fest 2022 Di Angsana Johor Bahru Mall 29 - 31 Julai Ini!

MaQan Food Fest 2022 Di Angsana Johor Bahru Mall 29 - 31 Julai Ini!

MaQan Food Fest 2022 Di Angsana Johor Bahru Mall 29 - 31 Julai Ini!

MaQan Food Fest 2022 Di Angsana Johor Bahru Mall 29 - 31 Julai Ini!

Yahooo, tak sabar ciksun nak pergi MaQan Food Fest ni nanti! Kalau korang nak tengok lagi vendor-vendor yang akan bukak booth diorang kat sana, jemput belek kat page Facebook Sunah Sakura. Ciksun dah upload lagi banyak kat sana!



Tahun ni, MaQan Food Fest 2022 menjangkakan antara 150,000 hingga 250,000 pengunjung, dengan 30,000 hingga 50,000 orang dari Johor, Selangor, Melaka, dan Singapura. Peminat jenama vendor tertentu, pempengaruh penggemar makanan, pencipta kandungan, media dan penulis, serta para pengikut MaQan dan Visit Johor yang komited, semua diharapkan hadir dan menyokong acara ni. Jangan tak datang support tau, ada ramai artis tempatan dan aktiviti menarik menanti korang nanti!

Kalau korang nak join event ni atau ada sebarang pertanyaan, boleh terus email ke www.maqan.my/register atau hubungi diorang kat talian 013 405 2008 (Atikah).

๐Ÿ“† 29 Julai - 31 Julai 2022 (Jumaat - Ahad)
๐Ÿ“Padang B, Angsana Johor Bahru Mall
⏰ 11.00 Pagi - 11.00 Malam (Setiap Hari) 
☎️ 013 405 2008 (Whatsapp)


#MaQanFoodFest2022 #MaQanFoodFest #MaQanxVisitJohor #AngsanaJohorBahruMall #JohorEventJuly #BestieMaQan

Post a Comment

2 Comments

  1. Belum lagi mula, dah terasa kemeriahannya!.
    Macam-macam makanan ada. Bestnya!

    ReplyDelete
  2. Jumpa anda di sana sana sanaaaaaaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com