Penang Trip 2022 - Menginap di Bilik Hello Kitty, Elephant Boutique House Hotel, Georgetown

Penang Trip 2022 - Menginap di Bilik Hello Kitty, Elephant Boutique House Hotel, Georgetown

Penang Trip 2022 - Menginap di Bilik Hello Kitty, Elephant Boutique House Hotel, Georgetown | Hahaha, tak pernah terfikir seumur hidup ni nak stay hotel bertema macam ni. Tapi rezeki kan, dapat pulak housemates yang tak berkira. Asalkan harganya berpatutan dan review ok, maka proceed aje. Ciksun booked hotel ni dalam kurang lebih seminggu aje sebelum ke Penang. Booked guna Traveloka kali ni sebab kat Booking.com macam tak banyak pilihan dah.

Alhamdulillah dapat locked Super Family Suite pada harga tak sampai RM400 pun untuk dua malam. Ikutkan, asalnya kitorang pilih bilik Mickey Mouse, tapi bila sampai sana, dak Nada dengan dak Ibah checked in, biliknya macam tak berapa kemas lagi. Tak tahu la kan, kalau-kalau diorang bagi orang masuk ke hape sebab diorang checked in lambat, dah malam. So, Nada mintak tukar bilik. Dapat la bilik Hello Kitty yang serba pink seperti di bawah.

Penang Trip 2022 - Menginap di Bilik Hello Kitty, Elephant Boutique House Hotel, Georgetown

Penang Trip 2022 - Menginap di Bilik Hello Kitty, Elephant Boutique House Hotel, Georgetown

Penang Trip 2022 - Menginap di Bilik Hello Kitty, Elephant Boutique House Hotel, Georgetown

Penang Trip 2022 - Menginap di Bilik Hello Kitty, Elephant Boutique House Hotel, Georgetown

Penang Trip 2022 - Menginap di Bilik Hello Kitty, Elephant Boutique House Hotel, Georgetown

Penang Trip 2022 - Menginap di Bilik Hello Kitty, Elephant Boutique House Hotel, Georgetown

Peminat warna merah jambu mesti suka. Pink Kitty Super Family Suite ni boleh muat untuk 4 dewasa. Kalau ada anak-anak kecik pun boleh muat lagi sebab katilnya besar dan biliknya luas. Semua barang serba pink dengan tema Hello Kitty. Termasuk lah hiasan dalam toilet ye. Hahaha! Dalam bilik ada TV, penyangkut baju yang simple tanpa almari, kerusi dan yess Hello Kitty soft toys! Comel betul! Tapi iron takde dalam bilik ya, diorang da provide setiap floor ada iron kat luar. So, kongsi je reramai guna iron tu.

Hall dia pun comel dan selesa kalau nak lepak ramai-ramai. Tapi takde breakfast disediakan kat sini. Korang pergi je la breakfast kat luar, alang-alang dah duduk tetengah bandar Georgetown tu. Banyak gilaaa kedai makan bersepah ye. Apo lagi! Syurga nasi kandaq katakannn 😂

Ok nanti sambung lagi cerita Penang!

Post a Comment

7 Comments

  1. Cute sangat-sangat. Geram pulak rasa.

    ReplyDelete
  2. Serius comel! Kalau lelaki yang duduk bilik ni mau pening

    ReplyDelete
  3. so cute! Tak nak keluar bilik kalau gini! HAHAHAH! Banyak OOTD la ko ek kak...Untung kalau roomate tak kisah harganya..Memang nampak luasss!

    ReplyDelete
  4. bahagia lah peminat hello kitty bila tidur dekat hotel macamni

    ReplyDelete
  5. Comelnya decoration hello kitty. Walaupun suka warna pink tapi kurang minat hello kitty. hehehe..

    ReplyDelete
  6. Eeeee comelnya kak sunah bilik hello kitty tu . Bercahaya mata tgok sbb pink, hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com