Sandwich Telur Alfalfa

Sandwich Telur Alfalfa

Sandwich Telur Alfalfa | Ni menu lunch ciksun semalam kat rumah. Berapa hari lepas ciksun semai biji benih microgreens alfalfa dalam balang kaca. Tiap hari bilas dalam 2 - 3 kali sehari. Dalam hari keempat gitu ciksun dah "tuai". Masuk dalam peti ais. Semalam, sebab tahu nak buat sandwich untuk makan tengahari, ciksun keluarkan alfalfa tu dan dedahkan kepada cahaya matahari untuk bagi klorofil masuk dalam daun. Bila klorofil dah berjaya diserap oleh alfalfa, daunnya yang kuning pucat akan bertukar jadi hijau.

Sandwich Telur Alfalfa

Alhamdulillah, boleh buat alas perut sambil study. Penyediaan pun mudah aje sandwich gini. Tak ambil masa ciksun lama sangat. Guna roti wholemeal Gardenia, goreng telur, susun atas salad, letak hirisan tomato dengan alfalfa, then siappp. Tapi ciksun renjis-renjis jugak sos cili Life atas telur tu sebelum letak tomato sebenarnya. Hahaha!

Macam mana rasa alfalfa? Dia bau macam tauge aje, rasa pun macam tauge tapi lebih light bau dan rasanya. Alfalfa yang ciksun makan ni dari kategori microgreens, daun muda atau daun baby lah. Kalau pokok alfalfa sebenar, lain rupanya. Alfalfa mengandungi sejumlah besar zat besi, jadi penggunaannya dianjurkan untuk orang yang kekurangan mineral ni dalam tubuh. Juga dalam komposisi terdapat banyak magnesium dan kalsium, terdapat banyak vitamin - K, A, E, asid askorbik. Microgreens Alfalfa sesuai dimakan dengan ikan, telur, dan digunakan dalam penyediaan pelbagai salad dan makanan ringan.

Ok bye!


P/S: Tengahari ni ciksun mock viva, doakan ciksun ya semua.

Post a Comment

9 Comments

  1. All the best Cik Sun.. lepas habis kita joli sakan hahahaha

    ReplyDelete
  2. Nyaman jak menu simple kedak tok ehhh.. All the best Cik Sun for your mock vivaa.

    ReplyDelete
  3. good luck untuk mock viva. uish, tak pernah makan alfalfa. unik ni

    ReplyDelete
  4. good luck on mock viva ciksun.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi akak makan alfafa yang segar gini kalau air dia pernahla dulu-dulukan ada orang jual air alfafa. Good luck untuk mock viva cikSun ya

    ReplyDelete
  6. Pernah tengok tapi tak pernah rasa alfalfa ni.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com