Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedap Betul Snow Skin Mooncakes di Renaissance Johor Bahru Hotel

Sedap Betul Snow Skin Mooncakes di Renaissance Johor Bahru Hotel | Tiap tahun, wajib sungguh la cari kuih bulan dekat Renaissance Johor Bahru Hotel ni. Tak boleh missed tau. Sebab kat sini lah ciksun jatuh cinta dengan Snow Skin Mooncakes, makan sejuk-sejuk sedap sungguh, rasa macam makan aiskrim. Haaa, sama je ayat trademark ciksun tiap tahun. Haha!

Sedap Betul Snow Skin Mooncakes di Renaissance Johor Bahru Hotel

Hujung minggu yang lepas, ciksun pergi Renaissance Johor Bahru Hotel untuk bawak balik kuih bulan kegemaran ciksun ni. Diorang ada buat special booth sepanjang musim Mid Autumn Festival untuk jualan kuih bulan. Korang boleh walk in untuk test kuih bulan yang ada, atau nak tempah awal before datang pun boleh. Ye lah, kalau memang dah pelanggan setia tiap tahun, mesti dah tau ape pilihan hati korang kan? So, kat lobi ni lah tempatnya untuk pickup kuih bulan korang tu.

Sedap Betul Snow Skin Mooncakes di Renaissance Johor Bahru Hotel

Sedap Betul Snow Skin Mooncakes di Renaissance Johor Bahru Hotel

Sedap Betul Snow Skin Mooncakes di Renaissance Johor Bahru Hotel

Kalau korang nak tahu, semua kuih bulan kat sini adalah daripada Wan Li Chinese Restaurant kat Renaissance Johor Bahru Hotel tu. Bahan-bahan yang digunakan adalah halal dan semuanya handmade by team Chef De Partie, Lim Pei Shi. Untuk Snow Skin Mooncakes ni, ada 9 perisa yang dibawakan tahun ni, iaitu: 

  1. Blueberry Truffle
  2. Orange Truffle
  3. Strawberry Truffle
  4. Taro Paste Truffle
  5. Peppermint Chocolate Truffle
  6. Chocolate Crunchy Pearl
  7. Matcha Truffle
  8. Golden Peach Truffle
  9. Durian Truffle

Tapi Durian Truffle ditawarkan dalam bekas berasingan dengan lapan perisa yang lain tu supaya tak menjejaskan rasa. Jadi, kalau korang nak rasa Durian Truffle, korang boleh beli satu set terus. Confirm tak menyesal sebab sedap gilerrrr. Sebiji memang tak cukup, kena la beli 8 biji. Hahaha!

Sedap Betul Snow Skin Mooncakes di Renaissance Johor Bahru Hotel

Sedap Betul Snow Skin Mooncakes di Renaissance Johor Bahru Hotel

Ciksun hari tu amek yang 1 set tanpa Durian Truffle. Kongsi makan dengan housemate, semua cakap sedap. Memula sombong tak nak makan, diorang ingatkan kuih bulan bakar tu. Yang tu diorang tak berapa gemar sebab rasa dia yang terlalu rich dan berat. Kalau Snow Skin mooncakes ni, haaa diorang boleh telan.

Kuih Bulan Tradisional di Renaissance Johor Bahru Hotel

Selain daripada Snow Skin Mooncakes, diorang tetap kekalkan juga traditional baked mooncakes. Wajib ooo. Sama macam tahun lepas, perisa untuk kuih bulan bakar ni terdiri daripada:

  1. Pure Lotus Paste
  2. Lotus Paste with Single Yolk
  3. Lotus Paste with Double Yolk
  4. Green Tea Paste with Single Yolk
  5. Jade Custard
  6. Assorted Fruits & Nuts
  7. Red Beans

Paling ciksun suka, Red Beans, Jade Custard, Pure Lotus Paste dengan Assorted Fruits & Nuts. Eh, sejenis ciksun memang tak gemar yolk ke ape? Hahaha! 😝 Kalau korang suka yolk dalam kuih bulan, boleh aje try yang lelain tu. Kawan ciksun si Sis Lin tu suka bebenor haaa!

Berapa harga kuih bulan dekat Renaissance Johor Bahru Hotel ni? Nah ciksun share details dia untuk korang terus buat tempahan.

Set Traditional Baked Mooncakes: Bermula dari RM128 nett (4 biji per set)
Set Snow Skin Mooncakes: RM128 nett (8 biji per set)
Set Durian Truffle Mooncakes: RM148 nett (8 biji per set)

Enjoy the discounts for the purchase of the mooncake on a single receipt;

🥮 15% discount for purchase above 25 boxes
🥮 25% discount for purchase above 100 boxes
🥮 15% discount for Club Renaissance Johor Bahru
🥮 Up to 20% discount for Marriott Bonvoy Member

☎️ For any pre-order and more information, please call +6073813333 from 11am to 8pm.
🚚 𝙁𝙍𝙀𝙀 𝘿𝙀𝙇𝙄𝙑𝙀𝙍𝙔 within 𝙎𝙀𝙑𝙀𝙉 business days for all states except Sabah and Sarawak if order via WhatsApp Business at https://wa.me/c/60127719056

💻 Renaissance Johor Bahru Hotel’s handcrafted mooncakes also available on Shopee, Lazada, Oddle till 10 September 2022.

🌐 Visit www.wanlichineserestaurant.com and sign up for exclusive updates and special deals to stay in the know.

Post a Comment

0 Comments