Ticker

6/recent/ticker-posts

Tersampuk Minat Crystal Beads Pulak

Tersampuk Minat Crystal Beads Pulak | Eh, sejak bila pulak si ciksun ni minat kristal? Boleh pulak tersampuk minat dengan yang satu ni. Sebenarnya, kisah nya bermula dari beli gelang kristal dulu tu lah. Tapi masa tu takde terfikir pun nak buat sendiri gelang kristal ni. Bila ternampak satu live tiktok jual crystal beads, baru lah ciksun start menanam minat buat gelang sendiri.

Tersampuk Minat Crystal Beads Pulak

Dua tiga hari juga ciksun sekadar jadi pemerhati live tiktok seller tu, tengok dulu segala komen dalam chat. Kagum juga ramai orang Barat yang membeli produk manik kristal dari seller yang seorang ni. Viewers dia pun kalo live je mesti akan lebih 1k. Kadang tu kalau dia buat jualan istimewa VIP beads yang melibatkan manik high gred AAA, viewers boleh capai lebih 5k!

One day, ciksun tried to place an order. Guna website je waktu tu dan currency adalah dalam USD. Start dari hari tu, hampir hari-hari ciksun order manik kristal dia, walopun order yang pertama tak sampai-sampai lagi kat ciksun. Hahaha! Diorang guna SF Express International untuk penghantaran, ambil masa dua minggu juga nak sampai dekat ciksun.

Tersampuk Minat Crystal Beads Pulak

Ni la manik pertama yang ciksun beli dari dia. Green Dots Jasper dengan Green Aventurine. Bila pegang tu kita boleh tahu tu memang kristal semulajadi, 100% dari segi rasa, bunyi dan berat dia. Buat test dengan ais, boleh nampak lekukan pada permukaan ais dengan segera bila letak manik kristal tu. Tanda kristal sebenar yang sifatnya meleburkan ais. 

Ciksun terus buat gelang guna manik kristal tu, bagi dekat adik ciksun kat Shah Alam. Then order-order manik kristal yang lain sampai almost setiap hari atau selang dua tiga hari. Seronok betul bila check tracking, parcel da sampai KL. Lepas pemeriksaan kastam, dalam sehari dua mesti akan sampai kat rumah. Satu terapi juga buat diri sendiri bila kena asingkan kristal yang bercampur dalam satu plastik. Sebab ciksun biasa beli 1 bowl je, campur dua tiga jenis dalam 1 bowl.

Kalau beli banyak-banyak bowl, setiap bowl berbeza kristal, baru la seller tu akan asingkan. Tapi ciksun belum mampu nak beli lebih dari dua bowls, agaknya kena hold membeli dulu buat masa ni supaya boleh kumpul order untuk lebih banyak bowl macam customer yang lain dalam live tu. Banyak betul duit diorang, kadang ada yang beli sampai 20 bowls. Seller pun terkejut tengok 😂 

Tersampuk Minat Crystal Beads Pulak

Tersampuk Minat Crystal Beads Pulak

Bila siap gelang kristal, ciksun up dekat IG stories. Masya Allah ada jugak kawan-kawan yang berminat bila tengok. Alamak, kena buat business ni nampaknya. Haha. Ye, ciksun dah setup Shopee juga untuk kawan-kawan yang berminat nak beli gelang kristal semulajadi. Ciksun ni buat gelang tu untuk isi masa lapang aje, sebab suka benda-benda gini. Takde rasa nak menjual sangat pun, kalau ada yang nak tolong jual pun ciksun ok je 😂

Tersampuk Minat Crystal Beads Pulak

Tersampuk Minat Crystal Beads Pulak

Ikutkan, kristal ni ada energy dia masing-masing. Tapi ciksun tak mahir pun bab tu, lebih kepada pakai kristal untuk fesyen aje. Ada orang pakai kristal untuk berubat, yang tu kena timba ilmu lain. Ciksun tahu sikit-sikit aje. Setiap kejadian alam ni ada hikmah yang Allah dah tetapkan, tak terkecuali batu-batan dari gunung-ganang. Namun sebagai hambaNya, kebergantungan kita hendaklah hanya kepada Allah sahaja. Sama lah macam ubat-ubat yang kita makan, sesungguhnya ubat-ubat tu tak menyembuhkan kita, hanya Allah yang Maha Menyembuhkan. Ubat-ubatan tu hanya saluran aje. Wallahu'alam.

Ada yang nak beli gelang kristal ciksun? Boleh pakai sendiri atau bagi hadiah kepada orang lain. Jemput belek shopee ciksun tau! Insya'Allah ciksun akan update dari masa ke semasa. Dalam plan, ada nak buat keychain juga.

SunahSakura's Craft

Post a Comment

3 Comments

  1. Alaaa belum ukur laaa, ko buat je laa ukuran aku sembilan belas.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. wah...cantiks...nanti i gi jengah

    ReplyDelete
  3. Wah.. Ni ke projek terbaru Cik Sun? All the best. Semoga mendapat sambutan

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com