Tasneem Marketplace - Gabungan 5 Jenama Bantu Jana Pendapatan Suri Rumah

Tasneem Marketplace - Gabungan 5 Jenama Bantu Jana Pendapatan Suri Rumah

Kolaborasi Tasneem Naturel dan beberapa jenama besar Malaysia melalui platform Tasneem Marketplace bantu ramai golongan suri rumah menjada pendapatan dengan mudah | Zaman lepas pandemik ni sangat mencabar bagi semua. Tak boleh tak, mostly golongan suri rumah ada yang buat kerja lain juga dari rumah. Ada yang buat business online, ada yang buat upah kerja-kerja ringan. Semuanya dengan tujuan untuk mencukupkan keperluan perbelanjaan harian keluarga.

Suami bukan tak bekerja, tapi hakikatnya nilai taraf hidup semakin meningkat setiap hari. Harga barang pun bukan-bukan dah sekarang ni lagi-lagi harga barang dapur. Kadang-kadang tu makan kat luar, terkejut juga bila harga menu naik se-dua-tiga kali ganda dari biasa. Sebab tu, jangan lah hairan bila ada suri rumah yang buat perniagaan sendiri. Situasi setiap orang berbeza, kasut yang kita pakai tak selalunya sama dengan kasut orang lain.

Dalam musim online shopping ni jugak, kita tengok banyak business baru naik. Boleh nampak lah peniaga-peniaga tempatan da upgrade business diorang ikut peredaran semasa. Zaman beli-belah di hujung jari, semua benda jadi mudah. Baik pada peniaga, baik juga pada pembeli. Peniaga jugak boleh kembangkan lagi business diorang dengan menambah cawangan ke negeri-negeri yang lain melalui agen, dropship atau reseller atas talian.

Tasneem Marketplace - Gabungan 5 Jenama Bantu Jana Pendapatan Suri Rumah

Baru-baru ni, ciksun dapat tahu ada satu platform baru juga yang menggabungkan lima jenama hebat Malaysia sebagai usahasama untuk membantu rakyat Malaysia dalam bidang keusahawanan. Tasneem Business Legacy sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi telah mengumumkan usahasama baharu dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo melalui penyatuan di dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace.

Tasneem Marketplace - Gabungan 5 Jenama Bantu Jana Pendapatan Suri Rumah

Tasneem Marketplace - Gabungan 5 Jenama Bantu Jana Pendapatan Suri Rumah

Usahasama ni dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik. Uishh, mana nak dapat peluang macam ni kan???

Selaras dengan objektif untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Marketplace mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma. Pihak TMP meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022.

Tasneem Marketplace - Gabungan 5 Jenama Bantu Jana Pendapatan Suri Rumah

Tasneem Marketplace - Gabungan 5 Jenama Bantu Jana Pendapatan Suri Rumah

Apa kelebihan bila mendaftar dengan TMP sebagai reseller?
  1. Daftar percuma.
  2. Modal tidak perlu dikeluarkan.
  3. HQ uruskan semua postage.
  4. Pelan pemasaran yang membantu untuk mendapatkan pendapatan dengan mudah.
  5. Produk berkualiti dan sudah ada pasaran tersendiri.
  6. Reward yang menarik.
  7. Bonus dibayar awal, pada 7hb bulan seterusnya.
  8. Ada penyata pendapatan.

Dan sebagai pelanggan di platform TMP, korang jugak akan dapat:
  1. Daftar percuma
  2. Minimum 3% cashback
  3. Komisen
  4. Kumpul point
  5. Postage direct HQ

Wowww, best best! Bagus kan usaha diorang ni? Ciksun harap lebih ramai yang akan berjaya menjadi usahawan bila join pasukan TMP nanti. Korang berminat tak untuk join? Atau kenal sesiapa yang perlukan platform macam TMP ni? Kalau ya, korang boleh ke sesi preview kat telegram pada malam hari Isnin, 22 Ogos 2022 nanti!

Klik sini untuk join:

Atau terus ke group telegram:

Facebook:

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com