Ticker

6/recent/ticker-posts

Berpeluang Jumpa Pelakon Air Force The Movie, Tak Boleh Move On Lagi

Berpeluang Jumpa Pelakon Air Force The Movie, Tak Boleh Move On Lagi | Allahu, memang susah nak move on. Sampai hari ni masih lagi mengikuti IG stories diorang, lepas tu jeles sorang-sorang. Hahaha! Padahal dah jumpa dah, lagi special sebab ada Dato' Adi Putra. Tempat lain Dato' mostly tak join sebab ada urusan lain. Kecewa para peminat Dato'.

Berpeluang Jumpa Pelakon Air Force The Movie, Tak Boleh Move On Lagi

Tapi ciksun bukan la minat sangat kat Dato', ciksun datang sebab nak jumpa Nas-T a.k.a Kapten Adib. Hihihi. Ciksun suka sangat watak Kapten Adib dalam cerita ni. Seorang yang menghormati ketua, patuh pada arahan, tak mudah mengalah, dan ada semangat juang yang sangat tinggi. Sebenarnya hampir semua pun ada semangat juang yang sama, but Kapten Adib shines the most berkilau-kilau gitu. Ko ingat ni movie Mat Kilau ke? Haha!

Hari tu masa diorang buat Meet & Greet dengan para pelakon Air Force The Movie kat GSC Mid Valley Southkey, ciksun terus beli tiket special dengan kawan. Si Norfy la yang share kat whatsapp, ajak pergi. Terusss ciksun onzzz walaupun da tengok sebelum ni. Maka nya, ni kali kedua la ciksun tengok movie ni kat panggung. Kali pertama pun ciksun tengok kat GSC, pada 31 Ogos Hari Merdeka hari tu. Tiket sangat murah waktu tu, RM12 aje!

Untuk tiket special ni, kena bayar RM40, dapat sehelai t-shirt dan dapat jumpa para pelakon Air Force The Movie. Tengok kali kedua, ciksun tetap tak dapat tahan air mata ye. Kali ni lebih teruk menangisnya berbanding kali pertama tengok sebab kita dah tahu takdir setiap seorang PASKAU dalam tu macam mana. Memang paling teruk ciksun nangis time scene Lejen sebut "DANGER CLOSE" tu. Sebelum orang lain nangis, ciksun da nangis dulu sorang-sorang tersedut-sedut hingus sebelah Norfy. Mesti Norfy pelik dah kenapa ciksun ni nangis. Hahaha!

But ya, sesiapa pun akan tersentuh hati dengan pengorbanan Lejen tu, seorang ketua yang sanggup berkorban untuk anak-anak buahnya. Dalam waktu yang sama, kita terus menyalahkan director, kannn sempat aje lariiii! Sedangkan kalau dalam situasi sebenar, mungkin tak sempat la kot sebab Lejen dah cedera parah waktu tu. Dah tak boleh nak gerak dah, terduduk pikul mayat Hujan 😭

Kali pertama tengok, ciksun nangis part hujung juga masa majlis memperingati semua wira yang terkorban tu. Tengok wajah keluarga yang datang, rasa sedih sangat sebab diorang kehilangan orang tersayang, semuanya demi negara tercinta. Allahu, ayat last tu sangat-sangat menjentik jiwa, "kita hidup untuk mati, tapi adakah hidup kita penuh dengan jasa?"

Ciksun tengok movie ni sebelum tengok komen-komen kat TikTok. Ramai juga yang condemn movie ni pasal CGI. Tapi jujurnya, masa tengok movie ni ciksun tak ada masa langsung nak fikir pasal CGI! Serius, tak terfikir pun sebab semua nampak real! Nampak lah dah meningkat maju teknologi filem kat negara kita ni, dah boleh bersaing dengan filem antarabangsa. Semua scene aksi dalam filem ni memang wowwww, cuma kamera aje dalam 15 minit awal tu agak bergegar. Memang pening kepala kalau duduk dekat dengan screen. Maybe sebab scene awal tu ada kejar-mengejar yang panik dan scene dalam pesawat A400, jadi sesuai lah dengan gegaran tu. But lepas 15 minit, dah ok dah.

Berpeluang Jumpa Pelakon Air Force The Movie, Tak Boleh Move On Lagi

Berpeluang Jumpa Pelakon Air Force The Movie, Tak Boleh Move On Lagi

Berpeluang Jumpa Pelakon Air Force The Movie, Tak Boleh Move On Lagi

Habis aje movie, host hari tu Kai Hassan pelawa semua turun bawah duduk depan stage. Para pelakon pun keluar kat depan kitorang. Wehuuu, dapat la jumpa Dato' Adi Putra, Nas-T, Johan Ashari, Pablo Amirul, Luqman Hafidz, Sara Ali, Iman Corinne, dan Anas Ridzuan. Jack Tan dengan Aiman Hakim takde pada hari kejadian.

Sempat jugak diorang buat game sikit untuk bagi cenderahati kepada yang datang. Ada sesi soal jawab kuiz, then ada pertandingan sape sebut Air Force paling panjang dan bertenaga. Hahaha. Ada-ada je la korang ni oiii! Then kitorang amek group photo sebelum keluar ke ruang legar tempat menunggu kat GSC tu untuk berbaris ambil gambar dengan para pelakon. Barisan panjang tapi sangat cepat sebab staff semua membantu proses ambil gambar.

Berpeluang Jumpa Pelakon Air Force The Movie, Tak Boleh Move On Lagi

Berpeluang Jumpa Pelakon Air Force The Movie, Tak Boleh Move On Lagi
Bersusah-payah Norfy nak masukkan Sis Lin dalam gambar tau 😆

Ciksun ambil peluang juga ambil gambar dengan Nas-T hihi. Sempat la berbual sekejap bagitau pasal Nasi Goreng Pattaya wakakaka. Sabor je la Nas-T dengan ciksun ek, siap ambil video lagi untuk dia re-act scene "Orders?" dalam filem tu. Thanks Nas-T! Ciksun rasa kena unfollow Nas-T kat IG sebab jeles tengok orang lain jumpa dia. Hahahahahahhaha!!!!!

Berpeluang Jumpa Pelakon Air Force The Movie, Tak Boleh Move On Lagi

Thank you GSC Cinemas juga bawak diorang datang sini 💖💖💖

P/S: Ramai PM ciksun kat IG request nak gambar dan video Dato' Adi Putra, tapi maaf sebab ciksun datang nak jumpa Nas-T 🤣

Post a Comment

4 Comments

  1. bestnya.saya pun minat Nas-T sejak dia berlakon drama Kami as Abu dulu.

    ReplyDelete
  2. fuiyoooo syoknya cik sun jumpa artis.

    ReplyDelete
  3. teringat lak jaman tua tua dulu... artis datang semua kejar, gerak khas the movie la...kru lawan bola la la..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com