Banyaknya Makan Kambing di Samballana Bistro, Kota Tinggi

Banyaknya Makan Kambing di Samballana Bistro, Kota Tinggi

Banyaknya Makan Kambing di Samballana Bistro, Kota Tinggi | Korang pernah dengar atau baca tak tentang kisah viral kat TikTok, anak murid yang kahwin dengan cikgu beza umur 25 tahun tu? Pernah? Haaa...ni lah restorang diorang! Ciksun pergi makan petang dekat Samballana Bistro, Kota Tinggi ni dalam seminggu yang lepas. Saja-saja jenjalan area sini, da sampai waktu perut kelaparan, kita cari la restoran yang best kat Kota Tinggi ni. Terjumpa la pasal restoran ni haaa.

Makan Petang di Samballana Bistro, Kota Tinggi

Restoran ni dah lama buka rupanya, dah bertahun-tahun. Tapi ciksun yang beberapa kali ke Kota Tinggi pun tak aware dengan kewujudannya. Ye lah, mostly lalu je bandar Kota tu, tak berhenti makan pun. Ade sekali je memang duduk 3 hari 2 malam, tapi nape tah tak jumpa restoran ni. Yang benernya tak tahu nak tanya sape, kat mana makan best kat Kota Tinggi, haha! So, lepas ni dah tahu la kat mana nak makan or bawak kawan-kawan kalau datang area sini.

Makan Petang di Samballana Bistro, Kota Tinggi

Makan Petang di Samballana Bistro, Kota Tinggi
Ni la owner Samballana Bistro, Encik Akmal dan Cikgu Suhana

Restoran Samballana Bistro ni terletak di No 31, Jalan Kolam Air, Taman Medan Indah. Tak jauh pun dari KIPMall Kota Tinggi tu haa. Tapi diorang bukak start dari pukul 4 petang kalau hari biasa, dan dari pukul 3 petang kalau hujung minggu. Sampaiii ke 12 malam. Maybe sebab tu ciksun tak jumpa kalo cari waktu tengahari. Sebab kedainya belum buka pun. Haha!

Ape menu yang ada kat Samballana Bistro ni?

Nah ciksun share beberapa keping gambar menu yang ciksun try hari tu ekkk!

Makan Petang di Samballana Bistro, Kota Tinggi

Makan Petang di Samballana Bistro, Kota Tinggi

Makan Petang di Samballana Bistro, Kota Tinggi

Makan Petang di Samballana Bistro, Kota Tinggi

Makan Petang di Samballana Bistro, Kota Tinggi

Haa, nampak kan tema menu dia? Ada banyak gilerrr pilihan menu sampai rambang mata kita dibuatnya. Menu local ade, menu barat pun ade. Menu fusion ala Korea pun ada tau! Yang ada ikan siakap goreng disalut dengan sambal khas Samballana tu nama dia Black Coral Set. Satu dulang tu bole makan 3 - 4 orang, paling ciksun suka dalam tu adalah Meatball dan Kambing Bakar dia, sedap gilaaaaa 🤤

Korang kena try juga Nasi Goreng Kambing Bakar, Ramen Lamb dan Carbonara Seoul Bites diorang..eh apesal banyak pilihan kambing, nampak sangat ciksun ni suka makan kambing ekkk 🤣 Nak buat macam mana, susah nak buang kegemaran yang satu ni, padahal memang dah kena kurangkan dah. Hahaha! Selain menu-menu ni, diorang ada jugak menu Shell Out, aneka Pasta dan pilihan Nasi Goreng, juga Kudap-kudapan.

Makan Petang di Samballana Bistro, Kota Tinggi

Pssst, depan Samballana Bistro ni ade gerai Popichang jugakk, Popia Pisang diorang sedappppp makan panas-panas! Crispy popia tu lawan dengan pisang yang cair dalam mulut kat dalam. Lepas tu ada pulak drizzle Coklat, Biscoff, Nutella, Nestum, Cornflakes dengan Oreo. Perghhhh! Bukak sampai 9 malam pulak tu, so kalo malam-malam tiberr nak makan popichang, haaa boleh lahhh datang sini.

Makan Petang di Samballana Bistro, Kota Tinggi

Makan Petang di Samballana Bistro, Kota Tinggi

And in case korang perlukan event space untuk celebrate birthday, buat meeting, or majlis kecil-kecilan, diorang ada provide jugak kat tingkat atas restoran ni. Save info ni tau, next time senang korang nak survey tempat kalau ada nak buat majlis nanti!

Kalau korang nak tengok harga menu yang ada, boleh belek kat Facebook Page Blog Sunah Sakura ya! Ciksun ada masukkan kat sana 💖



Samballana Bistro
📍 No 31, Jalan Kolam Air, Taman Medan Indah, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu operasi:
✅  Isnin - Khamis 
4.00 ptg - 12.00 Malam 

✅ Jumaat - Ahad 
3.00 ptg - 12.00 Malam

No. Tel: 012-7048504

Post a Comment

3 Comments

  1. terliur nengoknya cik Sun. alamak tak tau pulak diorang viral. kalau saya yang pergi tobat tak tau tu suami isteri

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com