Makan Nasi Arab di Restoran Zaituna, Johor Bahru

Makan Nasi Arab di Restoran Zaituna, Johor Bahru

Makan Nasi Arab di Restoran Zaituna, Johor Bahru | Hari Sabtu lepas, ciksun dengan housemates pergi jogging dekat Hutan Bandar, Taman Mutiara Rini. Lepas jogging, kitorang sarapan pagi dekat Ikhwan Cafe tak jauh dari situ. Kali kedua makan kat situ, boleh tahan juga makanannya dan banyak pilihan kalau pergi awal pagi. Kalau lambat sikit, banyak menu da habis. Masa sarapan ni lah kitorang plan nak gi hantar baju-baju yang dah tak pakai ke tong MAKNA dekat Sireh Park tengahari nanti. Alang-alang tu, boleh terus pergi makan tengahari.

Makan Nasi Arab di Restoran Zaituna, Johor Bahru

On the way nak ke Sireh Park, Nada suggest makan nasi arab dekat Restoran Zaituna. Wowww, bukan kaleng-kaleng cadangan dia! Ciksun ingatkan kalo nasi arab, nak pergi Belad Al-Rafedain je kat Taman Universiti, sekali dia sebut Zaituna. Hahaha! Melopong sekejap sebab tahu harganya mesti atas-atas ๐Ÿ˜‚ Tapi sebab tak pernah pergi ke sana, nak juga mencuba bila kawan-kawan blogger ramai yang pergi review dan cakap sedap.

Dalam setengah jam sebelum ke sana dari Sireh Park, Nada call restoran tu untuk buat reservation. Ye lah, risau kalau kena berbaris panjang pulak tunggu meja. Tiap kali lalu restoran tu dari JB, mesti nampak orang berbaris depan restoran. Kadang sampai pukul 9 malam masih nampak orang berbaris depan restoran. Dahsyattt betul ek penangan viral restoran ni! Alhamdulillah, diorang ok je bila kita book 30 minit sebelum datang.

Bila dah sampai sana, tetap juga kena berbaris rupanya. Haha! Tapi sebab da ada booking, senang lah. Diorang akan utamakan kita dulu bila ada meja yang kosong. Tak lama pun tunggu, tak sampai 5 minit. Dapat tempat duduk depan cashier. Restorannya besar, ambil ruang 2 lot kedai. Memang full house sentiasa. Ada je orang tunggu turn nak masuk depan restoran. Bila da duduk, waiter datang bagi menu, so kita belek-belek kejap.

Makan Nasi Arab di Restoran Zaituna, Johor Bahru

Tekun sekali dak Ibah baca menu sebab dia kan pernah belajar dekat Jordan dulu. Kitorang serahkan semuanya kepada Ibah untuk pilih menu sebab dia je tahu rasa sebenar makanan tu. Haha! Tapi dak Nada da pilih sesiap gak set Nasi Arab untuk 2 pax, diorang akan bagi 1 Kambing dan 1 Ayam. Tapi bila dah sampai, ada 2 ketul Kambing dan 1 ketul Ayam. Maybe sebab waiter nampak kita ni bertiga.

Makan Nasi Arab di Restoran Zaituna, Johor Bahru

Makan Nasi Arab di Restoran Zaituna, Johor Bahru

Nasi dalam 1 pinggan tu ada tiga jenis, Nasi Mandi, Nasi Kabsa dan Nasi Makloubah. Seriously, ketiga-tiga nasi tu sedap! Empuk aje nasi dia dan tak terlampau kuat rempahnya. Just nice aje. Kambing dengan Ayam tu pun sodapppp! Sup kosong dia bila curah atas nasi tu, wahhh rasa smoky-smoky jadi nasinya. Sedap gilerrrr! Jangan abaikan tau sup yang datang sekali bersama nasi ni! Set nasi ni dihidang bersama Salsa @ Salatah Harrah. Ada juga option untuk 4 pax kalau korang datang berempat.

Makan Nasi Arab di Restoran Zaituna, Johor Bahru

Ibah order jugak appetizer, iaitu Falafel - sejenis ladu goreng yang diperbuat daripada kacang kuda dan kacang lebar dengan sedikit herba. Yang ni ciksun pernah makan dekat DoubleTree by Hilton JB. Tapi time tu makan sesuka hati aje, tak de sape ajar cara betul untuk makan dia. Rupanya Falafel tu kena balut dalam roti yang didatangkan bersama set Falafel ni, letak sayur-sayuran dan hirisan tomato juga timun, sapu sikit sos Tahineh sebelum makan. Sedappp! 

Makan Nasi Arab di Restoran Zaituna, Johor Bahru

Chicken Shawarma pun Ibah order nkooo! Adoii, ciksun peratii aje dia mengorder banyak-banyak tu, confirm tak habis ni. Hahaha! Memang punnn, siap bawak balik rumah shawarma tu sebab dah terlampau kenyang masing-masing. Tapi boleh tahan sedap juga shawarma kat Zaituna ni, walau dah lepas sehari dalam peti ais. Kitorang panaskan balik guna air fryer, still sedap.

Makan Nasi Arab di Restoran Zaituna, Johor Bahru

Makan Nasi Arab di Restoran Zaituna, Johor Bahru

Makan Nasi Arab di Restoran Zaituna, Johor Bahru

Tapi kan kan kan, paling menarik perhatian kat sini adalah manisan Baklava diorang yang tersusun elok sebelah cashier counter. Masuk dalam restoran memang akan nampak benda ni dulu. Yang ni korang boleh ambik aje mana-mana korang nak, nanti diorang kira ikut kuantiti yang korang ambik. Kalo nak bawak balik pun boleh, ade bekas plastik disediakan. Kunafa diorang pun kitorang try, sedappppp sangat! Tak terlalu manis! Very recommended!

Makan Nasi Arab di Restoran Zaituna, Johor Bahru

Makan Nasi Arab di Restoran Zaituna, Johor Bahru

Ciksun tried jugak Kopi Turki kat sini. Kopi nya datang dengan teko khas dan cawan kecik. Korang boleh tuang sendiri dalam cawan tu dan campur gula putih yang disediakan bersama. Sedap kopi dia, sama aje macam kopi-kopi kampung yang mak-mak kita selalu hidang kat tetamu dan sedara-mara. Hihi.

Oh, masa kitorang tengah makan tu, siap ada orang celebrate birthday. Ada dalam 3-4 kali gak diorang nyanyi lagu birthday dalam bahasa Arab dan main alat muzik. Menarik betul, cuma tak sempat nak ambik gambar sebab yang celebrate nya tu lot sebelah sana.

Makan Nasi Arab di Restoran Zaituna, Johor Bahru

Total kitorang makan bertiga hari tu dalam RM100+ aje. Sorang dalam RM33+ gitu. Alhamdulillah, ok je kan dengan bilangan menu yang kitorang makan tu. Kalo Nasi Arab semata, untuk 2 pax tu RM45 aje, ni pun makan bertiga.

Kalo korang nak datang makan kat sini, jangan lupa buat tempahan dulu ya!

Zaituna Restaurant
27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor

Waktu perniagaan:
Sabtu - Khamis | 11 pagi - 11 malam
Jumaat | 2 petang - 11 malam

Whatsapp: 013-735 6645
Call: 07-213 3577


Post a Comment

5 Comments

  1. terliurnya...terutama baklava tu yumss

    ReplyDelete
  2. Aku suka betul makan sini, kalau walk-in beli baklava entah dah berapa kali dah hahahaha.. hari Rabu haritu pun singgah beli juga..

    ReplyDelete
  3. Bestnya depa siap sedia bekas nak tapau lagi. Nak baklava tu terliur betul kakak oiii. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
  4. Apeni semua cakap sedap. Datang ni tak tahu nak order apa. Okay jugak kan nasi ada berjenis jenis dalam satu pinggan. Falafel tu pernah dengar kat blog Kak Amie. Teringin juga nak rasa kunafa yang viral tu.

    ReplyDelete
  5. Saya suka set nasi Arab kat sini!!!! Memang lembhottt gilak daging tuh! Hehe! Baklava pun suka tapi ada yang kena dengan tekak, ada yang tak.. Kalau yang saiz kecik kecik Baklavanya, saya suka...Hoho... Aduh, terliur!!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com