Ticker

6/recent/ticker-posts

Alpro Pharmacy Menyediakan Bekalan Ubat 7 Hari Secara Percuma Untuk Mangsa Banjir

Farmasi Alpro Menasihatkan Warga Pantai Timur Supaya Mengambil Maklum Berkenaan Keperluan Ubat dan Penyakit Bawaan Air Akibat Banjir Susulan Risiko Amaran Hujan Berterusan | Jabatan Meteorologi Malaysia telah meramalkan risiko hujan berterusan yang akan terus melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Alpro Pharmacy, rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, menggesa penduduk di kawasan yang terdedah kepada risiko banjir di wilayah Pantai Timur untuk mengambil langkah berjaga-jaga berdasarkan pandangan komuniti ahli farmasi terutamanya dalam mengambil tindakan proaktif bagi mengurangkan kerosakan dan mencegah penyakit bawaan banjir sebelum dan selepas bencana.

Alpro Pharmacy Menyediakan Bekalan Ubat 7 Hari Secara Percuma Untuk Mangsa Banjir

Sebelum banjir:
  • Pantau persekitaran anda dengan teliti untuk mendapatkan maklumat terkini tentang ramalan cuaca dan amaran pihak berkuasa.
  • Sediakan bekalan bencana termasuk ubat-ubatan jangka panjang dan peti pertolongan cemas dalam beg kalis air sekiranya berlaku pemindahan.
  • Pesakit, terutamanya warga tua yang menghidap penyakit kronik, dinasihat untuk melawat farmasi terdekat mereka bersama-sama dengan ubat-ubatan untuk menyimpan rekod dan mendapatkan senarai ubat terkini.

Selepas banjir:
Bencana banjir terdedah kepada bakteria, parasit dan virus yang akan mengalir ke dalam sistem air bersih sehingga mengakibatkan wabak penyakit bawaan air. Mangsa banjir berisiko dijangkiti penyakit bawaan air yang merebak melalui sentuhan terus dengan air yang tercemar. Pihak Alpro ingin menasihatkan bahawa rutin sanitasi dan kebersihan yang tidak baik di kawasan banjir boleh menjadi pemangkin kepada penyakit bawaan banjir seperti Leptospirosis, Taun, dan demam Denggi.

Alpro Pharmacy Menyediakan Bekalan Ubat 7 Hari Secara Percuma Untuk Mangsa Banjir

Masyarakat awam harus berwaspada dengan simptom umum seperti demam, sakit kepala, cirit-birit, sakit otot, dan muntah bagi membantu dalam mengenal pasti kemungkinan jangkitan. Sekiranya terdapat simptom sedemikian, sila layari pusat jagaan kesihatan berhampiran dengan segera.
  • Leptospirosis merebak terutamanya melalui sentuhan dengan air atau tanah yang tercemar oleh air kencing haiwan yang telah dijangkiti. Apabila dijangkiti, tempoh inkubasi boleh mengambil masa 2 hingga 10 hari. Antara gejala biasa di fasa awal yang boleh kita lihat adalah demam, menggigil, sakit kepala, sakit otot, muntah, dan cirit-birit. Di kawasan yang berisiko tinggi, anda boleh mengurangkan risiko dijangkiti leptospirosis dengan memakai but, cermin mata dan sarung tangan semasa melakukan pembersihan selepas banjir.
  • Cholera berjangkit melalui makanan atau air minuman yang telah tercemar dengan bakteria Vibrio Cholerae. Ia boleh menyebabkan cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan juga kematian dalam masa beberapa jam jika tidak dirawat. Untuk mengelakkan jangkitan taun, anda boleh mengambil air dan makanan yang telah dimasak dengan sempurna.
  • Dengue adalah jangkitan virus yang disebabkan oleh virus denggi, biasanya ia boleh menular melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti. Virus denggi boleh mengakibatkan selesema yang teruk serta kadangkala menyebabkan komplikasi yang boleh membawa maut dipanggil ‘Severe Dengue’. Disebabkan peningkatan kolam air di sekitar kawasan banjir, kes denggi mungkin akan meningkat. Walaupun aktiviti ‘fogging’ membantu mencegah jangkitan, ia tidak dapat membunuh telur nyamuk. Oleh itu, masyarakat disarankan untuk membersihkan tempat air bertakung dengan segera.

Pesakit yang kehilangan salinan preskripsi fizikal serta menghadapi kesukaran mendapatkan semula senarai ubat mereka boleh mendapatkannya semula jika sejarah ubat mereka telah disimpan di farmasi komuniti terdekat. Ubat-ubatan kronik, khususnya, memerlukan pematuhan dan konsistensi untuk memberikan hasil yang optimum.

Bagi mereka yang mempunyai ubat kronik yang telah tercemar atau dihanyutkan oleh banjir, Alpro menyediakan bekalan sehingga 7 hari secara percuma. Mereka yang terjejas dengan bencana banjir boleh mengunjungi mana-mana daripada 200 cawangan Alpro Pharmacy di seluruh negara untuk berurusan dengan ahli farmasi serta mendapatkan butiran lanjut. Salinan laporan polis mengenai situasi banjir mereka juga diperlukan untuk tujuan pengesahan.

Ubat-ubatan dan bantuan perubatan percuma adalah inisiatif di bawah Program Penjagaan Ubat-Ubat demi menyelamatkan nyawa – komitmen Alpro dan DOC2US yang telah diwujudkan sekian lama untuk memberikan sokongan penjagaan kesihatan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana alam.

Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai dialu-alukan untuk menyimpan nombor telefon Talian Khidmat Pelanggan kami iaitu 019-612 9006 untuk mendapatkan nasihat dan sokongan. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi ahli farmasi profesional kami melalui talian hotline WhatsApp e-farmasi di 019-702 1923.

Kekal selamat.

Lim En Ni
Chief Pharmacist and Director of Engagement
22 DISEMBER 2022

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com