Masak-masak Cuti Krismas

Masak-masak Cuti Krismas

Masak-masak Cuti Krismas | Cuti tiga hari, penuh dah jadual masak-masak yang dirancang oleh dak Nada. Housemates yang lain balik kampung memasing, tinggal ciksun, Mira dengan Nada kat rumah hujung minggu lepas. Itu pun petang hari Ahad, Mira gerak balik Simpang Renggam. Membebel-belel juga ciksun kat dia, patutnya balik la dari hari Sabtu lagi. Ni petang Ahad baru nak balik kampung, Isnin dah kena balik sini sebab hari Selasa kerja. Katanya sama aje kalo balik dengan tak balik kampung. Erkkk. Untungnya boleh balik kampung, kita ni jauh nak balik, kos pun takde kalo nak balik. Jeles dengan orang yang boleh balik kampung bebila masa aje.

Dari hari Sabtu, Nada dah start buat aktiviti masak-masak. Jumaat tengahari kitorang makan dekat Qing Palace, Pulai Springs Resort. Malamnya tak makan sebab dedua sibuk siapkan kerja memasing. Ayen dengan Kak Di datang tumpang duduk rumah sekejap, ciksun pun berhenti buat kerja kejap, layan diorang berborak sementara tunggu kawan Ayen datang ambil dia. Nada siap bawak laptop, duduk sebelah kitorang, buat kerja. Dia cakap nak duduk dengar, tapi tak join berborak. Haha! Tapi ada jugak dia join mencelah beberapa kali. Masa berborak ni la Allah hadirkan seorang penolong untuk bantu ciksun buat thesis correction. Allahu, terima kasih Ayen tunjukkan jalan untuk ciksun buat bahagian kritikal dalam thesis yang terbantut beberapa bulan sebab ciksun kebuntuan. Hadirnya Ayen dan Kak Di menumpang sekejap malam tu membawa sinar harapan.

Buat Graf Dengan Matlab

Diorang balik je, ciksun terus bertungkus-lumus buat correction. Sampai pukul 4 pagi, ciksun dah tepu dan dah tak boleh berfikir. Ada beberapa parts je lagi yang ciksun kena siapkan. Anak bulus pun dah tendang-tendang laptop suruh tido. Hahaha! Orang mengandung, baby tendang-tendang perut ek? Ciksun ada anak bulus jeeee 🤣 Itu pun, pukul 6 pagi baru ciksun boleh tido, otak asyik berfikir sampai kena paksa untuk tido. Mujur juga ciksun tengah uzur, jadi ciksun tido selama mana yang boleh. Tak lama pun tido nya, pukul 8 pagi dah bangun keluar siram pokok kat depan. Haha!

Then sambung buat thesis correction, tengahari nak dekat Zohor, alhamdulillah ciksun berjaya submit draft correction dekat supervisor. Bersyukur sangat-sangat dah lepas fasa rumit. Lepas ni tunggu supervisor ciksun semak correction pulak. Then nanti mungkin ada yang kena edit sikit-sikit lagi sampai supervisor puas hati. Moga Allah permudahkan semua urusan ciksun nanti, mohon doa semua ya!

Eh, mana dia cerita masak-masak? Haha! Adaaa! Tengahari tu Mira masak Mee Bandung. Tapi ciksun masuk bilik berusaha nak tido. Hampehhh, pukul 2.30 petang keluar bilik, makan Mee Bandung Mira. Lepas makan, teman Nada pergi bengkel, dua jam juga duduk bengkel sambil layan Netflix. Sesambil Nada bagitahu rancangan masak-masak dia. Balik rumah nanti nak beli bahan-bahan masakan katanya. Dia hantar ciksun balik dulu untuk berehat, sebab malam nya nak layan Netflix sama-sama sambil makan muffin strawberry. Kemainnn! Hahaha! Tapi gambar muffin tak ambik pulak, tak berapa jadi muffin nya kata dia, nanti nak buat lagi.

Masak-masak Cuti Krismas

Masak-masak Cuti Krismas

Masak-masak Cuti Krismas

Masak-masak Cuti Krismas

Esoknya hari Krismas, tengahari dia buat Seafood Aglio e Olio, petang ciksun buat pulak Durian Goreng, then dia buat Shepherd's Pie. Bersemangat betul Nada ni. Tapi dia memang camni, kalo dia tekad nak masak something, memang dia gigih buat. Syok betul bila dapat hasil yang diinginkan. Memang sedapppp menu kitorang pada hari kejadian. Alhamdulillah. Sampai ke malam, duduk kat hall, meniarap, menelentang, mengiring tengok TV. Lepas cite habis, TV tu pulak tengok kitorang layan tepon memasing. Hahaha!

Dah, jom masuk tido! Dedua bangun kemas apa yang patut, then masuk tido.

Gitu lah kisah cuti Krismas kami 😂

Post a Comment

9 Comments

  1. Seronok tu masak-memasak, makan -makan & tidur hehe...

    ReplyDelete
  2. Cuti kadang-kadang nak santai gitu je kan. Rehatkan otak. Tu dia cik Sun tido kul 6, bangun kul 8. Kalau saya pening dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah petang tu memang da pening dah..tapi tetap tak dapat tido..akhirnya malam tu baru tido

      Delete
  3. Fuhhh panjang betul ayat atas tu, sampai takde perenggan hahahaha

    ReplyDelete
  4. Sampai pukul 6 pagi baru tido
    pengorbanan betul

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com