Ticker

6/recent/ticker-posts

Mala Hotpot, Kenikmatan Hotpot Halal Hidangan Asli Sichuan

Mala Hotpot, Kenikmatan Hotpot Halal Hidangan Asli Sichuan | XLK Group menerusi cabang Mala Mini Hotpot (MMHP) melancarkan Rangkaian Premium Pertamanya di Malaysia, menawarkan pengalaman menikmati hidangan tradisi asli berperisa lada mala Sichuan dengan bahan-bahan yang diiktiraf Halal | Mala Mini Hotpot (MMHP) anak syarikat milik XLK Group (www.xlkgroup.com.my) melancarkan Rangkaian Premium Mala Mini Hotpot pertamanya di IOI City Mall, rangkaian makanan terbaharu yang menyajikan hidangan halal lada mala Sichuan kepada rakyat Malaysia. Majlis perasmian pembukaannya disempurnakan Y.A.M. Tengku Sulaiman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Y.A.M. Tengku Laksamana Selangor, yang juga Pengerusi Kumpulan MMHP. Turut hadir, Y.B Tuan Khairul Firdaus Bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya, Zamriwalikram Bin Abd Ghani, Pengarah Urusan MMPH; dan Datuk Wira Dr Calvin Khiu, Presiden Persatuan We-Media Malaysia. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan niaga, media dan sahabat.

Mala Hotpot, Kenikmatan Hotpot Halal Hidangan Asli Sichuan

Rangkaian Premium Mala Mini Hotpot memperkenalkan setiap bahan unik yang digunakan dalam hidangan premium adalah diiktiraf halal dan diterbangkan khas dari China supaya pelanggan dapat menikmati pengalaman sebenar hidangan asli budaya Sichuan. Pengunjung dijanjikan dengan kelazatan dan kepedasan perasa mala sehingga mengebaskan lidah untuk dinikmati bersama pelbagai pilihan bahan rebusan periuk panas (hotpot). Antaranya, pelbagai pilihan daging, makanan laut, sayuran dan mi, memberi kebebasan kepada pelanggan mencuba sendiri pelbagai pilihan celupan dan menyesuaikannya mengikut cita rasa masing-masing. Hasilnya, pelanggan dapat menikmati pengalaman unik setiap kali menjamu selera di Rangkaian Premium Mala Mini Hotpot. Resepi kuah hotpot diadun khas menggunakan rempah asli yang diimport terus dari China seperti lada Sichuan memberikan kenikmatan rasa baharu kepada rakyat Malaysia.

Mala Hotpot, Kenikmatan Hotpot Halal Hidangan Asli Sichuan

Mala Hotpot, Kenikmatan Hotpot Halal Hidangan Asli Sichuan

Mala Hotpot, Kenikmatan Hotpot Halal Hidangan Asli Sichuan

Bahkan, keunikan rekaan dalaman dan suasana menjamu selera di rangkaian ini persis seperti berada di restoran mala hotpot Sichuan, China. Perkhidmatan berkualiti disediakan pihak restoran turut menjanjikan pengalaman menarik kepada pelanggan untuk kembali menikmati keenakan hidangan di Rangkaian Premium Mala Mini Hotpot!

Pelancaran itu mengukuhkan lagi kedudukan MMHP milik XLK Group sebagai peserta utama bagi rangkaian hidangan mala di Malaysia, selepas kejayaannya mengasaskan rangkaian popular Mala Mini Hotpot Express. Menggunakan konsep menjamu selera ala ‘no-frills’, rangkaian mudah alih Mala Hotpot itu mendapat tempat dikalangan peminat hidangan pedas tempatan kerana menawarkan rempah cita rasa asli dan bahan berproses halal. Sejak rangkaian pertama diperkenalkan di Pavilion Kuala Lumpur pada Julai 2022, Mala Mini Hotpot Express mendapat sambutan menggalakkan bukan hanya daripada pelanggan Muslim tetapi juga meliputi semua lapisan masyarakat. Ketika ini, terdapat lima Mala Mini Hotpot Express dibuka di medan selera pusat membeli belah terkemuka di seluruh Lembah Klang iaitu Aeon Shah Alam, One Utama, Alamanda, i-City Shopping Mall dan Pavilion Bukit Bintang. Kumpulan turut memiliki kemudahan ‘central kitchen’, pusat logistik moden bertempat di ibu pejabat Equine Park Trade Centre, Selangor.

Mala Hotpot, Kenikmatan Hotpot Halal Hidangan Asli Sichuan

“Walaupun kini banyak restoran hotpot mala dibuka di Malaysia, kebanyakannya tidak-halal menyebabkan pelanggan Muslim tiada pilihan menikmati hidangan unik Sichuan ini. Memang ada permintaan daripada pelanggan Muslim. Inilah faktor memotivasikan kami membawa masuk rempah dan bahan cita rasa asli mala yang dibuat segar menggunakan bahan premium halal supaya dapat dinikmati semua rakyat,” kata Y.A.M. Tengku Sulaiman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Y.A.M. Tengku Laksamana Selangor.
“Sejak kami memperkenalkan rangkaian halal Mala Mini Hotpot Express ini, kami menerima sambutan, sokongan dan permintaan luar biasa daripada pelanggan. Kini, dengan pelancaran Rangkaian Premium Mala Mini Hotpot, kami dapat menawarkan pengalaman menjamu selera yang lebih unik bukan hanya hidangan mala tetapi juga hidangan hotpot sebenar untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga. Hidangan berkonsepkan hotpot ini mungkin popular bagi budaya lain di Malaysia, namun kurang dikenali oleh sebilangan besar Muslim. Bagaimanapun dalam bab makanan, rakyat Malaysia gemar mencuba sesuatu yang baharu terutama yang memiliki perasa baharu dan pengalaman unik. Maka kami mahu meluaskannya supaya pelanggan dapat berkongsi pengalaman menikmati hidangan hotpot unik ini bersama insan tersayang. Bukan hanya soal makan semata-mata, tetapi masa dan kenangan bersama keluarga itulah yang akan lebih dihargai. Pelanggan Muslim kami – serta pelanggan daripada pelbagai bangsa dan agama – kini boleh menikmati sesuatu yang baharu bersama-sama tanpa perlu bimbang perasa asli dan bahan yang digunakan di kedua-dua restoran kami Rangkaian Premium Mala Mini Hotpot dan Mala Mini Hotpot Express.”
Mala Hotpot, Kenikmatan Hotpot Halal Hidangan Asli Sichuan

Sebagai komitmen kepada usaha menyediakan cita rasa asli mala untuk rakyat Malaysia, Mala Mini Hotpot milik XLK Group ini diperakui Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) dan The Malaysia Book of Records. Mala Mini Hotpot menawarkan perlesenan model perniagaan berkonsepkan Asset Light Business Model. Ia memberikan nilai yang kukuh dan menarik kepada usahawan yang mahu meneroka industri hotpot menggunakan modal rendah dan relevan, pulangan pelaburan segera, keuntungan tinggi, dan peluang pengembangan perniagaan yang luas. Bahkan, kumpulan itu turut mengumumkan pembukaan Rangkaian Premium Mala Mini Hotpot kedua di Mid Valley Megamall baru-baru ini dan merancang untuk meneruskan pengembangan agresif rangkaian restoran premium dan ekspresnya ke luar Lembah Klang dalam masa terdekat.

Mala Hotpot, Kenikmatan Hotpot Halal Hidangan Asli Sichuan

Puaskan keinginan cita rasa mala anda di Rangkaian Premium Mala Mini Hotpot:
IOI City Mall
LG-63, Aras Bawah, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya 
03-8958 6767 / 012-972 0850

Mid Valley Megamall 
Tingkat Tiga (3F) @ Mid Valley Megamall, Centre Court, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur 
012-284 3419

Sila layari www.malaminihotpot.com untuk maklumat lanjut menu cita rasa asli mala.

Post a Comment

0 Comments