Ticker

6/recent/ticker-posts

Tahun 2022 Yang Sukar, Pentingnya Bijak Menjana Kewangan

Tahun 2022 Yang Sukar, Pentingnya Bijak Menjana Kewangan Untuk Simpanan Waktu Kecemasan | Jujur ciksun katakan, tahun 2022 ni adalah tahun yang sangat sukar untuk ciksun dan suami. Banyak dugaan kerjaya yang menimpa bertubi-tubi di pertengahan tahun. Asbab hasad dengki manusia, kita yang menjadi mangsa. Kena bertatih dari bawah semula perlahan-lahan, kena lebih bekerja keras mencari rezeki halal, kena lebih banyak berjimat-cermat dalam berbelanja. 

Tahun 2022 Yang Sukar, Pentingnya Bijak Menjana Kewangan

Kalau dulu, sebelum COVID-19, ramai yang sedia untuk buat simpanan wang dalam unit amanah. Masa tu saham memang mencanak-canak naik. Kadang simpan tak sampai setahun pun dah boleh dapat pulangan yang lumayan. Masuk aje musim pandemik, pasaran saham menjunam turun, ramai yang rugi. Bayangkanlah yang menyimpan hingga jutaan ringgit, berapa banyak lah kerugian yang dihadapi. Now dah dua tahun selepas COVID-19, pasaran saham masih perlahan biarpun dah bertukar kerajaan.

Belum nampak lagi pulangan macam zaman sebelum pandemik dulu. Entah lah, salah letak simpanan ke? Tersilap percaturan ke? Susah nak jangka bila simpan duit dalam unit amanah ni, tak sama macam kita simpan dalam bank gitu aje. Bergantung kepada pasaran global juga. Apa-apa hal yang berlaku kat dunia, mesti akan bagi impak dekat pasaran saham. Bezanya dengan simpan dalam bank, simpanan bank tak akan menurun, cuma simpanan bank susah nak berkembang kalau tak ada interest. Interest pun kadang berapa puluh sen aje.

Tapi kedua-dua jenis simpanan ni sangat-sangat membantu pada waktu kecemasan. Waktu yang kita sangat-sangat terdesak perlukan duit. Sebab tu, dari kecik lagi kita dididik untuk rajin-rajinkan diri menabung. Kalau masa kecik-kecik dulu, kita belajar simpan duit untuk beli barang-barang kegemaran. Bila dah dewasa ni, kita dah kena menyimpan untuk kegunaan waktu sukar. Ciksun sendiri dah start ada Tabung Kecemasan guna aplikasi MAE. Kalau korang pengguna Maybank, mesti korang tahu pasal MAE. Tapi tak ramai tahu aplikasi MAE juga ada pilihan untuk kita buat tabung peribadi.

Tahun 2022 Yang Sukar, Pentingnya Bijak Menjana Kewangan

Dengan tabun MAE ni, ciksun boleh set sasaran simpanan yang ciksun nak dan untuk berapa tahun. Then, boleh juga pilih bila bank akan potong duit dari akaun kita untuk dimasukkan secara automatik ke dalam tabung ni. Pernah ciksun tak sedar pun duit dipotong beberapa bulan, tiba-tiba teringat tabung MAE ni waktu ciksun sangat terdesak nak pakai duit. Allahu, dah banyak dah dalam tu dan dah boleh pakai untuk cover belanja harian ciksun. Terpaksa ciksun keluarkan duit dari dalam tabung tu untuk kegunaan kecemasan.

Tapi kena ingat, bila kita keluarkan duit dari tabung, tempoh simpanan untuk capai target akan bertambah. Disebabkan ciksun memang simpan untuk kecemasan, ciksun tak kisah sangat. Cuma fikir, nanti kalau meninggal dunia, ada la duit dalam tabung MAE tu sikit untuk keluarga ciksun pakai buat uruskan pengembumian dan bayar hutang-hutang ciksun. Sama la konsep macam hibah, tapi bila simpan dalam tabung MAE ni takde la dapat banyak dividennya.

Tahun 2022 Yang Sukar, Pentingnya Bijak Menjana Kewangan

Kalau takde MAE pun takpe. Korang still boleh simpan macam biasa dalam bank yang korang tak akan usik sesuka hati. Kena berdisiplin la sikit, jangan keluarkan bila tak penting sangat. Set kan akaun tu hanya untuk waktu penting aje. Selain daripada simpanan kecemasan, korang boleh juga buat tabung untuk pergi travel, untuk kahwin, untuk pengajian anak-anak ke or untuk beli rumah. Kalau tak tahu nak start macam mana, boleh guna kalkulator simpanan untuk rancang kewangan korang dengan bijak. Nanti boleh dapat bayangan sikit berapa banyak nak simpan setiap bulan dan berapa lama nak dapat target korang tu. 

Zaman ni memang kena pandai jana kewangan sendiri. Tak boleh nak bergantung sangat pada gaji bulanan aje, dan jangan pulak terus habiskan bila dapat gaji. Ciksun percaya ramai aje yang masih belum bersedia nak menyimpan duit dalam unit amanah, ramai jugak yang masih simpan duit dalam bank aje. Itu semua pilihan masing-masing. Cuma akan nampak bezanya bila bandingkan hasil simpanan masing-masing dalam satu tempoh tertentu nanti.

Moga dimurahkan rezeki semua dan dipermudahkan segala urusan dalam tahun 2022 ni yang bersisa beberapa hari aje lagi.

Post a Comment

8 Comments

  1. Betul ya... ada juak org madah beli emas fizikal mcm PG... ada juak org madah simpan jak cash sbb takut kelak di bank pun xda duit... xmok nk menstresskan diri... simpan jaklah macam ne sekalipun at least ada di saat memerlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpan emas pun bagus juak, ada juak pengalaman kamek nyimpan emas dan pajak untuk waktu sesak..

      Delete
  2. Masih ramai yang tak dapat menyimpan/menabung
    Yang nak diguna pun tak cukup

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini betul wak...betul sangat-sangat..kadang kita da rancang, tapi susah nak ikut perancangan tu..

      Delete
  3. zaman sekarng susah juga nak menabung.... duit keluar macam air je... dgn barang naik harga. sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul sangat! nak menyimpan, tapi hutang pun keliling pinggang

      Delete
  4. Terima kasih berkongsi Cik Sun. Moga kita makin bijak dalam merancang kewangan

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com