Amalan-amalan Sunat Bulan Rejab

Amalan-amalan Sunat Bulan Rejab

Amalan-amalan Sunat Bulan Rejab | Dah beberapa hari kita masuk ke dalam bulan Rejab, bulan ketujuh dalam tahun Hijrah. Antara bulan yang dimuliakan selain dari bulan Ramadan, kerana dalam bulan ni lah berlakunya peristiwa Israk Mikraj. Disunatkan untuk kita memperbanyak amalan ibadah dalam bulan ni sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan.


Amalan-amalan Sunat Bulan Rejab

Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Selain tu, bulan ni mendapat namanya kerana masyarakat Arab mengagungkan bulan ni ketika zaman Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan. Perkataan jama’ bagi Rejab adalah Arjab (أرجاب) dan jika digabungkan Rejab dan Sya’ban dinamakan sebagai Rajaban (رجبان). [Mukhtar as-Shihah]

Bulan Rejab juga dikenali sebagai bulan haram dalam Islam selain daripada bulan Zulkaedah, Zulhijah, dan bulan Muharam di mana dalam bulan ni lah adanya larangan perang.

Abu Bakrah berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda: “Zaman (masa) terus berjalan dari sejak awal penciptaan langit dan bumi. Satu tahun ada dua belas bulan antaranya ada empat bulan haram (suci), tiga bulan berurutan, iaitu Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam serta Rejab yang berada antara Jamadilakhir dan Syaaban.” [HR: al-Bukhari]


(1) Peristiwa Israk Mikraj

Peristiwa agung 27 Rejab iaitu Baginda Rasulullah SAW telah diperjalankan oleh Allah SWT dari Makkah ke Baitul Maqdis pada waktu malam dan ketika tu jugak dada Baginda Rasul SAW dibelah sekali lagi. Kemudian Baginda Rasul diangkat ke langit bertemu Allah SWT, dan Allah SWT telah memerintahkan kewajipan ibadah solat 5 waktu kepada umat Baginda Rasul.

(2) Penghijrahan pertama ke Habsyah

Akibat ditekan oleh Musyrikin Makkah, para Sahabat mengadu kepada Baginda Rasulullah SAW, lalu Baginda Rasul menyarankan umat Islam berhijrah buat kali pertama ke Wilayah Habsyah walaupun Raja Habsyah waktu tu bukanlah seorang Muslim, namun Raja Habsyah seorang yang baik dan menjamin keselamatan orang Islam.

(3) Peperangan Tabuk

Berlaku pada tahun 9 Hijrah, dan tiada pertempuran apabila tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan serta kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi sebarang kesukaran, menempuh musim panas, terik, serta lokasi Tabuk yang sangat jauh (di antara Hijjaz dan Syam).

(4) Imam Syafie meninggal dunia

Beliau merupakan salah seorang dari empat imam mazhab besar dalam dunia feqah dan pengasas kepada Mazhab Syafie. Beliau berasal dari Gaza dan dilahirkan juga pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan tahun pemergian Imam Abu Hanifah.

(5) Pembebasan kedua Baitul Maqdis

Tentera Islam yang dipimpin oleh Solahuddin Al-Ayubi telah Berjaya menawan kembali Baitul Maqdis kali kedua (583 Hijrah) menewaskan tentera Salib yang menjajah kawasan tersebut selepas pembukaan pertama oleh Saidina Umar Al-Khattab RA.

Amalan Sunat Bulan Rejab

Umumnya, takde kelebihan khusus pun dalam melakukan amal ibadat sepanjang bulan Rejab ni kalau kita tengok hadith-hadith sahih. Namun, kita digalakkan untuk menghidupkan bulan ni dengan amalan:
  • Qiamullail
  • Membaca al-Quran
  • Berzikir
  • Beristighfar
  • Berselawat ke atas Nabi SAW
  • Memperbanyakkan doa
  • Berpuasa sunat
  • Bersedekah

Niat Puasa Bulan Rejab

Niat Puasa Bulan Rejab

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Nawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunnatan lillahi ta’ala

Ertinya: “Sahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan Rejab kerana Allah ta’ala.”

Mari sama-sama kita hidupkan bulan Rejab dengan pelbagai amalan yang disukai Allah SWT dengan niat untuk mendapatkan keredhaan-Nya semata-mata.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

1 Comments

  1. Allahu. Kejap je dah masuk bulan Rejab. Jom kita banyakkan amalan di bulan mulia ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com