Makan Mee Rebus Gearbox Kambing di Sup Tulang ZZ

Makan Mee Rebus Gearbox Kambing di Sup Tulang ZZ

Makan Mee Rebus Gearbox Kambing di Sup Tulang ZZ | Hari Jumaat lepas, hari pertama cuti hujung minggu yang panjang, Nada ajak makan dekat Sup Tulang ZZ. Plan asal, ciksun nak buat Baked Cheese Macaroni untuk lunch, tapi bila Nada da ajak makan kat luar, kita postpone aje buat benda tu ke menu dinner.

Makan Mee Rebus Gearbox Kambing di Sup Tulang ZZ

Ni kali pertama ciksun ke restoran Sup Tulang ZZ Kampung Bahru yang terletak di sebelah JKR Johor Bahru. Sebelum ni ciksun pernah lalu aje sini. Kalau makan, sekali aje pernah dekat cawangan Taman Damansara Aliff dengan dak Shieda VJ dulu. Entah la, mungkin sebab bukan peminat Sup Tulang sangat, jadi takde la teringin sangat nak pergi walaupun banyak aje menu lain disediakan selain daripada Sup Tulang.

Makan Mee Rebus Gearbox Kambing di Sup Tulang ZZ

Masa kitorang sampai, lepas Zohor gitu. Tak berapa ramai orang time tu maybe sebab lepas waktu solat Jumaat. Masuk aje, terus pergi ke meja yang kita nak duduk. Order guna QR code atas meja. Lama jugak kitorang memilih menu, sampai terkeluar balik dari link QR code tu, waiter yang tengah lap meja sebelah pun tanya dah order ke belum, lama benar membelek. Last-last, dia yang tolong orderkan guna telefon dia. Hahaha!

Makan Mee Rebus Gearbox Kambing di Sup Tulang ZZ

Makan Mee Rebus Gearbox Kambing di Sup Tulang ZZ

Ni la menu yang kitorang order. Ciksun dengan Ibah makan Mee Rebus Gearbox Kambing + Daging, Nada pulak order Sup Tulang + Daging dengan Nasi Putih dan Telur Dadar. Alhamdulillah sedap juga Mee Rebus nya, tulang gearbox dua ketul diorang letak, siap dengan straw untuk kita sedut sumsum tulang tu. Harga Mee Rebus Gearbox Kambing + Daging ni RM20 kalau tak silap ciksun, lupa pulak nak snap gambar menu dari QR code tu.

Terima kasih Nada belanja!

Post a Comment

8 Comments

  1. Not bad harganya ..PH belum pernah makan sup gearbox, ingatkan kayangan harganya. Lepas ni bolehlah kot try :)

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap la Cik Sun. Kedai pun nampak selesa je

    ReplyDelete
  3. Nasib baik ada dua je Z tu... kalau banyak jadi Zzzzzzz..... (maaf berseloroh)

    ReplyDelete
  4. pernah mkn masa tu husband ke johor ada kenduri...lps tu dia tapaukan bw blk kl sbb wifenya tkdpt pi johor ms tu

    ReplyDelete
  5. belum pernah sampai lagi...nantilah bila bila kita arahkan bala tentera ke mari

    ReplyDelete
  6. Ya Rabbi, nyaman tok. Terliur bila teringat last sekali pegi JB singgah makan mee rebus gearbox kat sup tulang ZZ tok.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com