Ticker

6/recent/ticker-posts

Bufet Ramadan 2023 - Anyaman Rasa Timur di Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Bufet Ramadan 2023 - Anyaman Rasa Timur di Holiday Inn JBCC | Teringat-ingat ciksun Nasi Kabsah yang ciksun makan masa Ramadan preview dekat sini. Dah la memang teringin Nasi Arab berapa hari ni, bila nampak aje ada terhidang dekat bufet Ramadan Anyaman Rasa Timur di Holiday Inn Johor Bahru City Centre, memang terus berniat nak ceduk sikit masuk pinggan buat berbuka puasa ganti hari tu. Alhamdulillah, sedap sungguh lerr Nasi Kabsah kat sini, makan pulak dengan Kambing Golek Panggang, memang sesuai sangat!

Buffet Ramadhan 2023 di Holiday Inn JBCC

Eh, bukan Nasi Kabsah je ada tau! Diorang ada tiga pilihan Nasi Arab kat sini, lagi dua adalah Nasi Mandy dan Nasi Bukhari. Semua nampak sama kan, tapi rasanya ada sedikit berbeza. Ikut la nak cuba yang mana satu atau nak rasa semua sekali pun boleh! Kat bahagian hidangan Timur Tengah ni jugak ada dihidangkan Chicken Shawarma, aneka roti Naan dan Ayam Tandoori. Semua ni ciksun cuba, bersama pencicah khas berupa Hummus, Tzatziki, sos Blackpepper, sos BBQ, dan lain-lain. Roti Naan tu diorang buat fresh on the spot. Siap ada tempayan pembakar roti Naan kat tepi tu. Boleh la nampak chef mencanai roti depan mata dan melambung-lambung roti ke udara.

Buffet Ramadhan 2023 di Holiday Inn JBCC

Buffet Ramadhan 2023 di Holiday Inn JBCC

Buffet Ramadhan 2023 di Holiday Inn JBCC

Selain dari menu ala Arab ni, korang boleh cuba pelbagai menu tempatan yang popular seperti Asam Pedas Ekor Air Tangan Chef, Gulai Ayam, Gulai Kambing, Paru Goreng Belado, Ketam Bakar Periuk, Sotong Sambal Petai, Telur Itik Masak Lemak, Udang Cornflakes, aneka Ikan Bakar, Sotong Bakar, Ayam Bakar, Kambing Bakar, Sup Tanjung dan banyak lagi lerrr. Jangan lupa cuba juga Satay Ayam, Satay Daging, Satay Kambing, pelbagai jenis Kerabu, Ulam-ulaman dan Sambal Belacan. Bubur Lambuk Ayam, Bubur Lambuk Daging, Pasembor, hidangan Syawal macam ketupat dan serunding pun adooo!

Buffet Ramadhan 2023 di Holiday Inn JBCC

Buffet Ramadhan 2023 di Holiday Inn JBCC

Buffet Ramadhan 2023 di Holiday Inn JBCC

Buffet Ramadhan 2023 di Holiday Inn JBCC

Buffet Ramadhan 2023 di Holiday Inn JBCC

Cakap pasal hidangan Syawal, psstt korang kene cuba Lemang Kampung Asli kat sini ye! Ciksun sukaaaaa sangat Lemang dia, lembutttt and sedap gilerrr cukup rasa! Tak makan dengan apa-apa serunding or rendang pun dah sedap uikkk! Istimewanya, Lemang Kampung Asli ni diorang akan hidangkan siap-siap ke setiap meja makan. Wehuuu! Very recommended! Eh banyak nau ciksun cakap kali ni, korang tengok je lerr gambar-gambar menu yang lain kat Facebook Page Blog Sunah Sakura ek!

Buffet Ramadhan 2023 di Holiday Inn JBCC

Roti Jala dengan Kuih Ketayap dibuat khas depan pintu masuk restoran. Saja menggoda pengunjung dari awal, boleh terus ambil seketul dua letak dalam pinggan. Pelbagai jenis pencuci mulut turut disediakan, tinggal korang pilih mana yang korang nak aje. Buah-buahan potong pun sepondokkk disediakan haaa, meriahhh macam stall! Oh, air Kathira jangan dilupa! Minuman wajib bulan Ramadan kalo kat Johor ni. Hihi. Ok, berapa harga voucher bufet ni?

Bufet Ramadan 2023 - Anyaman Rasa Timur
📍Restoran Dine@EIGHT, Holiday Inn Johor Bahru City Centre
Lebih 200 hidangan tempatan dan Timur Tengah

📆 24 Mac - 21 April 2023
🕡 6.30pm - 10.00pm

👨👩RM178 nett - Dewasa
👴👵RM158 nett - Warga Emas (60 tahun ke atas)
👦👧RM98 nett - Kekanak (6-12 tahun)

Harga Early Bird
Pembelian dari 22 Februari - 22 Mac 2023
ATAU
2500 voucher pertama sahaja
RM158 nett
Nikmati promosi Beli 10 PERCUMA 1 untuk tempahan Early Bird dan harga normal Dewasa.

20% diskaun untuk ahli IHG One Rewards

Dan kalau korang berniat nak buat sedekah kebajikan untuk bulan Ramadan nanti, korang boleh book pakej Cahaya Sinar Rahmah kat sini pada harga RM50 nett sahaja, dengan minimum pembelian 30 voucher.

Buffet Ramadhan 2023 - Anyaman Rasa Timur @ Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh terus hubungi diorang ya!
📞 +607 207 8686

Post a Comment

2 Comments

  1. tak sabarnya nak tunggu ramadhan.

    ReplyDelete
  2. Kaaak, saya langsung lapaaar liatnya 🤣🤣👍. Nampak sedap semua. Trutama lemang tuh, so moist lah keliatannya 🤤😍😍

    Dan melihat kuliner begini, jadi tak sabar ingin cepat ramadhan. Saya rindu merasakan puasa di Malaysia. Dulu sempat study 4 tahun di Penang, dan selalu sukaaa suasana Ramadhan di sana ❤️

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com