Ticker

6/recent/ticker-posts

Bufet Ramadan 2023 - Sajian Tradisi Ramadan Iftar Buffet @ Renaissance Johor Bahru

Bufet Ramadan 2023 - Sajian Tradisi Ramadan Iftar Buffet @ Renaissance Johor Bahru | Bufet Ramadan yang sentiasa dinanti-nanti saban tahun, kali ni diorang bawakan pelbagai menu warisan dan tradisi dari tiga etnik utama Malaysia: Melayu, Cina dan India. Setiap menu yang dihidangkan menggunakan herba tradisi dan ramuan tempatan untuk mengekalkan keasliannya. Korang pasti akan terimbau nostalgia berbuka puasa bersama keluarga di kampung halaman pada setiap kunyahan pertama. Haaaa gituhhh!

Buffet Ramadhan 2023 di Renaissance Johor Bahru Hotel

Tahun ni lain sikit setup bufet Ramadan kat Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel. Lebih banyak menu tempatan diketengahkan, masakan kawah di bahagian luar restoran menjadi antara hidangan tarikan utama. Korang kena cuba Dendeng Daging, Asam Pedas Berempah Ekor Sapi, Kambing Masak Kismis, Udang Masak Lemak Nenas dan Sotong Sambal Petai dekat bahagian hidangan kawah ni. Paling ciksun suka kat sini adalah Kambing Masak Kismis tu, rasa macam pergi makan nasi kenduri kahwin 😁

Buffet Ramadhan 2023 di Renaissance Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadhan 2023 di Renaissance Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadhan 2023 di Renaissance Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadhan 2023 di Renaissance Johor Bahru Hotel

Juga di bahagian luar restoran tu adalah barisan live action cooking stalls, ada Satay Ayam dan Daging, Nasi Beriani, Kambing Golek, 40kg Kaki Lembu Bakar, Roti Canai, Dim Sum, Chinese Carrot Cake, Sup Tulang Gearbox, Sup Ekor Daging Merah, Bubur Lambuk, Durian Roll, Pisang Goreng, Cempedak Goreng dan banyak lagi. Ciksun suka Sup Tulang Gearbox yang lembut dan rempahnya meresap ke bahagian daging yang bersisa pada tulang tu. Kambing Golek pun sedap, ada satu hidangan bahagian mana ciksun pun lupa nak tanya, tapi dia ada lapisan lemak sekali. Sedap gilaa yang tu! Ciksun sertakan gambarnya kat bawah, kalau korang tahu bahagian apa, boleh komen ya!

Buffet Ramadhan 2023 di Renaissance Johor Bahru Hotel

Kat bahagian dalam restoran pun ada juga beberapa chef manned stations seperti bahagian Mee Jawa, Laksa Johor, Mee Goreng Mamak, dan Sotong Bakar. Ikan Bakar Portugis, Ikan Sambal Berlado Hijau, Seafood on Ice, aneka Kerabu, Jeruk, Ulam-ulaman dan Sambal, Pasembor, Gado-gado, Rojak Buah, Keropok serta Kerepek turut dihidangkan, memang rambang mata nak memilih sebab banyak sangat menunya. Jangan lupa tutup aktiviti berbuka puasa korang dengan hidangan Kuih-muih, Buah-buahan potong, aneka Kek, Serawa Durian dan Bubur juga.

Ciksun kongsikan beberapa keping lagi gambar untuk tatapan korang ya!

Buffet Ramadhan 2023 di Renaissance Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadhan 2023 di Renaissance Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadhan 2023 di Renaissance Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadhan 2023 di Renaissance Johor Bahru Hotel

Gambar selebihnya, boleh belek FB page Blog Sunah Sakura. Sepanjang korang berbuka puasa nanti, akan ada persembahan live band dengan lagu-lagu tradisional. Nak tunaikan solat, boleh ke tingkat 3, suraunya dekat kawasan parking kereta. Berapa harga bufet ni?

Bufet Ramadan 2023 - Sajian Tradisi Ramadan Iftar Buffet
📍Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel

📆 23 Mac - 21 April 2023
🕡 6.30pm - 10.00pm

 RM188 nett per Dewasa
 RM94 nett per Kekanak (6 - 12 tahun)
PERCUMA untuk Kekanak bawah 6 tahun

🕊️ Early Bird (pembelian voucher sehingga 21 Mac 2023)
Beli 10 PERCUMA 3 (Dinner dari 23 Mac - 28 Mac 2023)
Beli 10 PERCUMA 1 (Dinner dari 23 Mac - 21 April 2023)

𝐎𝐑
15% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
𝐎𝐑
10% discount for Maybank & Standard Chartered Malaysia card holder 
𝐎𝐑
10% discount for Marriott Bonvoy member

Untuk tempahan berkumpulan:
2 pilihan set banquet berbuka puasa
RM108 nett seorang (Minimum 30 orang)
Email: rosliza.lazim@renaissancehotels.com/evelyn.soh@renaissancehotels.com

Untuk berbuka puasa di Wan Li Chinese Restaurant:
2 pilihan set menu (Blessed Set Menu @ Prosperity Set Menu)
Bermula dari RM1188 nett untuk 6 orang
Email: henry.lee@renaissancehotels.com

Post a Comment

4 Comments

  1. sedapnya lemanggggg adehhhh.. meleleh air liur

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye kak, saya terus ambil lemang jagung tu sebab terliur nengok...

      Delete
  2. buffet ramadhan nang sik pernah sik meriah hehe.

    ReplyDelete
  3. Kalau macam kenduri kawin, kena salam garuk... hehehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com