Ticker

6/recent/ticker-posts

Beli Telekung Tarawih Kualiti Premium, Harga Berbaloi Jenama Sistergojes Empire

Beli Telekung Tarawih Kualiti Premium, Harga Berbaloi Jenama Sistergojes Empire | Hari Khamis minggu lepas, alang-alang nak ke Pasir Gudang jumpa Sis Lin, ciksun ajak kak Ajan pergi cari telekung baru. Tu je la masa yang paling lapang dalam minggu tu. Ingat nak beli telekung untuk tarawih bulan puasa nanti. Walaupun macam masih awal lagi, tapi ciksun risau nanti da mula sibuk dengan event dan Ramadan buffet preview, dah takde masa dah nak pergi cari telekung. Lagi pulak seminggu sebelum puasa tu ciksun balik kampung. So, kena beli awal and manfaatkan waktu terluang mana yang ada.

Ciksun cari telekung dekat AEON Mall Bandar Dato' Onn (BDO), Johor Bahru. Kenapa cari kat AEON? Sebab nampak kawan ciksun share kat AEON pun ada jual telekung premium pada harga berpatutan. Cantik-cantik pulak tu telekung dalam gambar yang dia tunjuk. Sangat membantu ciksun nak membuat pilihan. Sampai AEON Mall BDO, ciksun terus naik escalator ke 1st Floor, menapak ke bahagian pakaian wanita dalam AEON tu. Tak lama pun cari, akhirnya jumpa bahagian telekung yang dimaksudkan, Telekung dari Sistergojes Empire.

Beli Telekung Tarawih Kualiti Premium, Harga Berbaloi Jenama Sistergojes Empire

Beli Telekung Tarawih Kualiti Premium, Harga Berbaloi Jenama Sistergojes Empire

Beli Telekung Tarawih Kualiti Premium, Harga Berbaloi Jenama Sistergojes Empire

Beli Telekung Tarawih Kualiti Premium, Harga Berbaloi Jenama Sistergojes Empire

Beli Telekung Tarawih Kualiti Premium, Harga Berbaloi Jenama Sistergojes Empire

Ade banyak pilihan design dan warna yang disediakan untuk telekung kat sini. Telekung pun ada kategori dewasa dengan kanak-kanak, tapi yang kids tu tak banyak sangat la pilihannya. Mungkin kan AEON Mall lain lebih banyak. Bila ciksun study pasal Sistergojes Empire ni, rupa-rupanya syarikat ni da lama bertapak sejak dari bulan Disember tahun 2014 lagi dan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Telekung-telekung diorang ni diambil dari Vietnam dan Indonesia. Kain yang digunakan untuk membuat telekung sangat berkualiti tinggi, harganya pun mampu milik dan selesa pulak dipakai. Sistergojes Empire menyertai AEON untuk menaikkan branding diorang dalam industri jualan telekung setanding dengan jenama yang terkenal. Harga telekung diorang mengikut jenis kain dan design, bermula dari RM55 sahaja. Selain daripada telekung, diorang ada jugak jual inner tudung dan sarung lengan (handsocks). Dengarnya, ada perancangan untuk buat produk jubah dan tudung pulak pada masa akan datang.

Beli Telekung Tarawih Kualiti Premium, Harga Berbaloi Jenama Sistergojes Empire

Rambang mata ciksun nak memilih hari tu sebab memang banyak yang ciksun berkenan terutamanya warna-warna yang ciksun belum pernah ada. Tapi ciksun tak boleh tengok warna semata-mata, kena make sure telekung tu betul-betul selesa dipakai sebab nanti nak pakai lama untuk solat tarawih kan. Yang penting bahagian muka kena selesa dan menutup cukup-cukup aurat yang patut ditutup. Kain pun cari yang rasa sejuk bila pegang. Mostly kain yang digunakan adalah kain cotton 100%, jadi memang sejuk je kain telekung Sistergojes Empire ni.

Beli Telekung Tarawih Kualiti Premium, Harga Berbaloi Jenama Sistergojes Empire

Hujung-hujung ciksun pilih kaler Navy Blue ni. Hihi. Yang ni harganya RM80, takde kotak. Ada jugak yang harga RM129 siap dapat kotak yang cantik. Sesuai sangat kalau nak buat hadiah untuk keluarga atau kawan-kawan. Tapi kalau beli yang takde kotak, korang beli aje la kotak or paperbag sendiri kat luar, pun bolehhhh apeee! Asalkan telekungnya selesa! Kalau korang nak cari telekung macam ciksun share gambar-gambarnya tu, korang boleh terus pergi cawangan AEON dalam senarai kat bawah ni:

AEON Tebrau
AEON Permas 
AEON Bandar Dato' Onn
AEON Taman Universiti
AEON Taiping
AEON Nilai
AEON Shah Alam 
AEON Wangsa Maju 
AEON Taman Maluri
AEON Kuching Sentral
AEON Cheras Selatan

Beli Telekung Tarawih Kualiti Premium, Harga Berbaloi Jenama Sistergojes Empire

Beli Telekung Tarawih Kualiti Premium, Harga Berbaloi Jenama Sistergojes Empire

Beli Telekung Tarawih Kualiti Premium, Harga Berbaloi Jenama Sistergojes Empire

Jangan lupa join contest diorang jugak, belanja sikit tapi menang besar dengan Gojes Premium Bonnanza Lagi Onzzz 💪
  • Belanja untuk produk premium SISTERGOJES dengan menggunakan kad debit atau kredit dan perhatikan Approval Code pada resit.
  • 2 digit atu 3 digit nombor yang sama melayakkan korang memenangi reward tunai! (contoh: APcode R72111 bersamaan RM111)
  • Sah di semua premis pempamer SISTERGOJES di AEON Kuala Lumpur, Nilai, Ipoh, Shah Alam, Johor Bahru dan Kuching.
  • Menangi sehingga RM9999 dalam bentuk wang tunai. GOJES BONNANZA sah sehingga 31 Mac 2023.
  • Hanya 'Like & Follow' page dan sertakan resit pembelian.

Semoga ada rezeki korang! Kalo tak dapat nak beli kat AEON, korang boleh juga beli kat Shopee.

Selamat membeli telekung baru, korang!

Sistergojes Empire

Post a Comment

7 Comments

  1. selamat menyambut bulan ramadan ciksun ittewww., ;p

    ReplyDelete
  2. Rupanya AEON ada jual telekung.

    ReplyDelete
  3. kacak juak warna dipilih kitak ya. mesti lebih bersemangat pegi terawih pakai telekung baru tahun tok.

    ReplyDelete
  4. wow...lawanya... penuh sulam sulam gitu RM80 jur?

    ReplyDelete
  5. Saya pun kalo beli telekung pasti yg bahannya nyaman dan sejuk. Kadang kala banyak telekung dijual penuh sulaman, brokat, dan manik2. Tapi pas dipakai tak nyaman sungguh 🤣. Berat dan panas. Tak suka yg begitu. Malah tak bisa khusyuk solatnya.

    Cantik telekung2 di atas kak 👍. Saya hitung2 malah lebih murah daripada telekung premium di Jakarta. Di sini kalo cotton 100% dan ada sulam, bisa RM200 ke atas..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com