Ticker

6/recent/ticker-posts

Weekend Escape: 2D1N Stay @ Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

Weekend Escape: 2D1N Stay @ Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor | Hujung minggu lepas, ciksun rehat sebentar dari kesibukan kerja harian, ajak kawan gi staycation dekat Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor. Kalau korang friends dengan ciksun kat Facebook, korang mesti nampak ciksun share gambar-gambar kat hotel tu. Tapi kalau tak friends pun takpe, ciksun nak kongsikan juga kat sini kisah percutian 2H1M dekat Amerald Resort Hotel tu.

2D1N Stay @ Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

Hari Sabtu, sebelum Zohor, ciksun dah pergi ambil kawan ciksun, Suhanis, dekat Taman Pulai Utama. Ikut highway Senai-Desaru, tol RM13.50, ambil masa sejam setengah nak sampai ke resort ni. Dari tol Penawar tu, dalam 30km juga ya nak sampai. Korang boleh lalu jalan lama yang lintas Batu Layar semua tu atau jalan baru yang sepi dari segalanya. Haha! Tak lahh, nanti dah nak sampai Kampung Punggai tu korang akan lalu Sebana Cove jugak, nampak la perumahan cantik kat lereng Bukit Pelali.

Korang akan tahu yang korang betul-betul dah nak sampai bila nampak satu bangunan kaler cream tegak berdiri seketul dia aje dari jauh. Haa tu lah Amerald Resort Hotel, tiba-tiba je dia ada kat tengah-tengah Kampung Punggai tu ha. Memang akan lalu rumah-rumah kampung kat situ sebelum sampai perkarangan hotel. Hotel ni terletak betul-betul tepi pantai, memang syok sangat kalau bercuti kat sini dengan family or kawan-kawan. Boleh lepak-lepak picnic tepi pantai sambil bina istana pasir. Or, main bola tampar pantai keee, ada je dia punya net tu.

2D1N Stay @ Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

2D1N Stay @ Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

Masa ciksun sampai tu hujan, terus cari parking yang disediakan. Masa ni ciksun ingatkan parking dia tingkat atas yang takde bumbung tu aje. Pasrah la parking cari ruang terdekat, kena hujan sekejap dalam perjalanan nak ke lobi. Rupanya bila ciksun tengok dari tingkat atas hotel, ada je tingkat bawah parking dia. Tak perasan sungguh laaa, adeii. Kalau korang datang sini haa boleh la ke tingkat bawah sebab ada lif dari bawah tu terus ke lobi.

Checked-in pukul 3 petang, bilik kitorang kat tingkat 6. Deluxe Room dengan balkoni menghadap seaview. Hilang terus penat perjalanan bila tengok keindahan panorama depan mata. Subhanallah, alhamdulillah! Masa tu hujan lagi sikit-sikit. Kalau langit cerah biru berawan, mesti cantik sangat pemandangan kat sini. Nampak la ada juga satu keluarga tengah lepak-lepak kat bawah tu dengan anak-anak kecik. Nah, belanja gambar bilik sikit.

2D1N Stay @ Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

2D1N Stay @ Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

2D1N Stay @ Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

Angin agak kuat sebab tengah musim pertukaran monsun. Petang tu ciksun nampak ada buaian, tapi esok paginya dah tak ada buaian tu. Konon nak ambil gambar kat buai la pagi esok tu, rupanya dah tercabut buaiannya sebab angin kuat malam tadi. Dahsyat betul yeee. Pagi tu jugak dah nampak ada bendera merah diorang pacakkan tepi pantai, tandanya tak digalakkan pengunjung buat aktiviti berhampiran laut. Siap ada security guard yang pantau para pengunjung. Bagus betul!

Sarapan pagi kitorang dekat Ruby Coffee House, alhamdulillah sedang elok pilihan makanan yang dihidangkan. Ada Nasi Lemak, Rendang Ayam, Bihun Goreng Singapore, Chicken/Meat Loaf, Baked Beans, Omelet, Bubur Nasi, Croissant, Muffin, Buah-buahan, Kopi, Teh dan aneka Jus Buah-buahan. Croissant dia sedap gilaaaa woiiii, sampai tiga kali ciksun dengan Suhanis ulang ambik sebab lembuttt gilaa yeee! Muffin pun lembut dan moist ajee, adoi teringat-ingat ciksun!

2D1N Stay @ Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

2D1N Stay @ Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

2D1N Stay @ Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

2D1N Stay @ Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

Lepas sarapan tu lah kitorang pergi pantai jalan-jalan kejap, then naik semula ke hotel singgah gym dia. Hotel ni ada swimming pool jugak tau, korang boleh bawak anak-anak mandi kolam kat sini. Kitorang siap naik ke rooftop jugak nak tengok view dari atas. Kat rooftop tu ada event hall jugak, rasanya kalo korang nak buat acara apa-apa, boleh juga kat atas tu. Memang lawa betul bila ciksun bayangkan wedding kat rooftop ni bila cuaca cerah. Fullamak!

2D1N Stay @ Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

2D1N Stay @ Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

Overall, alhamdulillah untuk weekend escape ciksun sebelum Ramadan. Rasanya ni last la sebelum puasa kan. Kalau korang nak gi cuti-cuti jugak tepi pantai sebelum puasa, boleh lah datang sini. Rega bilik dia boleh terus tengok kat website, macam bilik ciksun tu start dari RM269 semalam. Bilik luas, katil best, aircond sejuk, wifi ok-ok je, iron takde dalam bilik tapi boleh request, TV ok ada banyak saluran, yang penting seaview! Korang boleh tengok lagi banyak gambar dekat FB ciksun ya!

Ok bye!

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com