Bufet Ramadan 2023 - True Arabian Ramadan Buffet by Zaituna Restaurant @ Persada Johor

Bufet Ramadan 2023 - True Arabian Ramadan Buffet by Zaituna Restaurant @ Persada Johor

Bufet Ramadan 2023 - True Arabian Ramadan Buffet by Zaituna Restaurant @ Persada Johor | Ok korang, lagi bufet Ramadan bawah RM100! Kali ni by Zaituna Restaurant pulak, tapi diorang tak buat dekat restoran tu tau! Macam tahun lepas, tahun ni pun diorang buat bufet Ramadan dekat Persada Johor International Convention Center. Jadi, jangan tersalah pergi ke restoran pulak ya! Ada kang menangis nak buat u-turn ke JB pada waktu sesak. Haha!

Buffet Ramadan 2023 by Zaituna Restaurant

Jemput nanti berbuka puasa dengan menu True Arabian Ramadan Buffet terbesar di Malaysia, dibawakan oleh Zaituna Restaurant untuk korang pada bulan Ramadan yang akan datang tak lama lagi. Mana yang pernah makan kat Zaituna tu mesti terbayang-bayang dah kan kesedapan Nasi Arab dia dengan segala manisan Arab yang ada! Ciksun sendiri dah pernah pergi makan Nasi Arab kat restoran Zaituna sekali dulu, memang sedap betul, dan memang rasa Arab tulen ye menu-menu dia!

Nak makan kat Restoran Zaituna, kalau tak call awal buat booking, boleh menangis juga tengok barisan depan restoran tu bila waktu puncak. Tiap kali lalu restoran tu dari JB ke Skudai, mesti nampak orang berbaris depan restoran. Kadang sampai pukul 9 malam masih nampak orang berbaris. Dahsyat kesukaan warga JB terhadap menu-menu Arab. Lepas tu, kalo pertama kali datang, termenung jugak belek buku menu sebab tak reti nak order apa. Haha! Sebab tu lah, korang kena datang berbuka puasa dengan menu True Arabian Ramadan Buffet diorang kat Persada Johor nanti, tak payah berbaris panjang tunggu turn masuk restoran dan tak payah nak belek-belek buku menu dah!

Yeee, serius ni! Nanti korang boleh iftar dengan lebih daripada 55 menu, termasuklah Nasi Arab, hidangan lazat Ayam, Kambing, Seafood, Arabic BBQ, Pizza, Pembuka Selera, Buah-buahan, segala Manisan Arab khas oleh restoran Zaituna ni kat sana nanti! Kalau tengok gambar yang para pengunjung share dari tahun lepas, memang meriah suasana iftar kat sini. Macam full house je memanjang. Dengan menu Nasi Arab dia pun dah berjenis-jenis, aneka hidangan lauk-pauk masakan stail Arab, belum masuk Kunafa dan Baklava lagi. Apa lagi ko nak? Sini ko berbaris pegang pinggan ceduk makanan je, dah cukup ๐Ÿ˜†

Buffet Ramadan 2023 by Zaituna Restaurant

Buffet Ramadan 2023 by Zaituna Restaurant

Buffet Ramadan 2023 by Zaituna Restaurant

Buffet Ramadan 2023 by Zaituna Restaurant

Buffet Ramadan 2023 by Zaituna Restaurant

Buffet Ramadan 2023 by Zaituna Restaurant

Buffet Ramadan 2023 by Zaituna Restaurant

Dengarnya, hall untuk buka puasa diorang ni boleh muat 1000+ pax dalam satu masa. Haa, sebab tu la dia jadi The Biggest True Arabian Ramadan Buffet di Malaysia! So, korang jangan risau kalau baru nak book tu, insya'Allah ada la rezeki korang bila-bila aje dalam bulan Ramadan nanti. Yang penting, book awal, tak kalut! Kalo masih lagi berkira-kira, korang tengok la gambar-gambar lain dekat page FB Blog Sunah Sakura nun. Ada la beberapa keping gambar untuk menggoda anak tekak korang ๐Ÿ˜†

Tahun lepas khabarnya pengunjung yang beli voucher bufet ni boleh datang bawak tupperware. In case tak habis makanan, boleh tapau bawak balik. Tahun ni tak sure diorang buat lagi ke tak macam tu. Kalau ada, alhamdulillah. Ciksun suka sangat-sangat dan support usaha murni gini, jauhi pembaziran, membazir tu amalan syaitonnnirajiim!

Ok lah, tak nak cakap banyak, ciksun share aje details ya!

True Arabian Ramadan Buffet by Zaituna Restaurant

๐Ÿ“  Persada Johor International Convention Centre 
๐Ÿ—“  25 Mac – 21 April 2023
⏰  6.00 pm – 9.00 pm

๐Ÿ•Š️ Harga bufet:
RM79 per Dewasa
RM39 per Kekanak (6 - 12 tahun)

Kekanak 5 tahun ke bawah makan PERCUMA

⭐️ SPECIAL DISCOUNTS FOR GROUPS and CORPORATE BOOKINGS ⭐️ 

**Ruang solat disediakan
**Hall boleh muat sehingga 1000+ orang

Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi:
☎️ 07-213 3577

Tengok kemeriahan suasana berbuka tahun lepas kat sini:

Post a Comment

2 Comments

  1. alamak,.. bestnya buka puasa menu arab. tak buka puasa pun dah sedap, kalau buka puasa... berganda jadi sedap

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com