Ticker

6/recent/ticker-posts

Bufet Ramadan 2023 - Nostalgia Di Bazaar @ TROVE Johor Bahru

Bufet Ramadan 2023 - Nostalgia Di Bazaar @ TROVE Johor Bahru | Okay sambung balik cerita bufet Ramadan selepas beberapa hari break sekejap. Kali ni ciksun nak ajak korang berbuka puasa dekat TROVE Johor Bahru pada bulan Ramadan yang akan datang tak lama lagi. Tahun ni diorang bawak tema Nostalgia Di Bazaar, siap ada setup ala bazaar sepanjang lorong depan restoran Lada & Clove tu! Nampak lebih meriah dengan pelbagai juadah kat setiap stall dengan hiasan lampu lip-lap Selamat Hari Raya, ehhh 😆

Buffet Ramadan 2023 di TROVE Johor Bahru

Kat sini korang boleh cuba lebih 200 menu air tangan Executive Chef Mohd Firdaus Bin Mat Yusof dan team kulinari beliau, antara menu yang korang kena cuba nanti adalah Sup Tulang Merah, Laksa Johor, Ikan Goreng Tepung ICT, Udang Goreng Tepung ICT, Kambing Bakar, Kepak Ayam Bakar Madu, Gulai Kawah Kambing, Daging Salai Masak Lemak Cili Api dengan Rebung, Satay Ayam & Daging, aneka Makanan Laut Bakar, aneka juadah warisan Melayu, masakan Cina, Murtabak & Roti John, dan banyak lagi!

Hari tu, masa ciksun pergi preview bufet dia, ciksun naik keluar aje dari lif, nampak lah staff diorang tengah sorong keluar periuk besar. Ciksun jenguk dalam periuk, terus boleh agak tu Sup Tulang Merah. Bila tanya staff, memang betul tu Sup Tulang Merah. Perghhh! Teringat Sup Tulang Merah diorang tahun lepas, memang sedap betul. Tahun ni orang lain pula yang masak, pun tak kurang sedapnya. Lagi-lagi bila diorang hidangkan dalam mangkuk besar. Korang gitau aje nak berapa ketul untuk meja korang. Dengan straw sekali diorang bagi untuk sedut sumsum. Haha!

Buffet Ramadan 2023 di TROVE Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 di TROVE Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 di TROVE Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 di TROVE Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 di TROVE Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 di TROVE Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 di TROVE Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 di TROVE Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 di TROVE Johor Bahru

Macam tahun lepas, diorang masih lagi hidangkan Nasi Kerabu, tapi Nasi Kandar dah takde. Digantikan dengan stesyen Ikan Goreng Tepung ICT, Udang Goreng Tepung ICT, Ketam Goreng Tepung ICT, Sotong Goreng Tepung ICT, dan macam-macam lagi la yang boleh dicelup tepung kat situ. Takyah pergi jauh-jauh ke Sedili or Teluk Penyabung ye nak makan ICT. Kih kih! Tapi paling ciksun suka dalam bufet kali ni adalah Gulai Kawah Kambing, Kepak Ayam Madu, dan Laksa Johor tu! Sedap sangat kambingnya, lembut aje bila gigit, kuah gulai pun meresap ke daging kambing. Fullamakkk! Kepak Ayam Madu pun nice, kat tempat lain takde menu ni! And yeee, Laksa Johor kat sini sedap!

Untuk pengetahuan korang, diorang ada tiga menu Main Course yang akan dirotate setiap hari, so kalo korang datang beberapa kali, boleh la try menu berbeza sebab ada jugak Pulut Kuning dan Nasi Dagang selain daripada Nasi Kerabu tu. Barisan pencuci mulut pun meriah kat sini, jangan tak cuba Talam Cendol, Kuih Lapis, Talam Keladi, Kuih Sri Muka, Pulut Panggang, Kuih Keria, Karipap, Samosa, Mousse Cake, Pandan Layer Cake, Panna Cotta, Sago Gula Melaka, Durian Goreng pun ada! Ishh banyak lerrr pilihannya, korang tengok kat FB page Blog Sunah Sakura 😆

Nostalgia Di Bazaar

📍 Lada & Clove Restaurant, Level 8, Trove Hotel Johor Bahru
🗓️  25 Mac - 18 April 2023
🕖  7.00 pm - 10.00 pm

💸 Harga Biasa
RM160 nett per Dewasa
RM108 nett per Kekanak (6-12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas)

Beli 10 PERCUMA 1

Staycation Package
RM436 nett untuk 2 orang
Stay + Sahur + Nostalgia Di Bazaar Buffet Dinner

Untuk tempahan dan pertanyaan:
📱 +6017 881 8413 (Janet) | +6017 818 8404 (Linda) | +6012 881 8439 (Shafiqah) | +6012 881 8413 (Amri)

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com