Ticker

6/recent/ticker-posts

Bufet Ramadan 2023 - Citarasa Warisan Kampung @ Thistle Johor Bahru

Bufet Ramadan 2023 - Citarasa Warisan Kampung @ Thistle Johor Bahru | Tahun ni, macam tahun-tahun lepas, bufet Ramadan dekat Thistle Johor Bahru di'emcee'kan sepenuhnya oleh DJ Embun JB. Kalau korang kenal DJ Embun, mesti korang tahu betapa riuh dan happeningnya mana-mana majlis yang dia jadi pengacara. Jadi meriah suasana berbuka puasa kalau dia ada. Bukan tu aje, sepanjang Ramadan kat sini nanti akan ada persembahan oleh penyanyi Kudien dan juga Aqmal Daniel, pemain biola stylo kat JB ni.

Buffet Ramadhan 2023 di Thistle Johor Bahru

Lagi istimewa, pada tarikh-tarikh tertentu bulan April nanti, akan ada penampilan istimewa Ayai Illusi, Diva Azwan Ali dan Siti Nordiana! Haaa, mana dia peminat mereka-mereka ni? Cepat-cepat la korang beli voucher tarikh diorang datang tu, takut habis pulak sebab diorang datang satu hari je dalam bulan April nanti. Korang boleh terusss scroll ke bawah kalau nak tengok tarikhnya ya!

Buffet Ramadhan 2023 di Thistle Johor Bahru

Untuk yang tengok makanan, sambung baca! Jemput datang bawak family and kawan-kawan iftar dengan menu Citarasa Warisan Kampung Ramadan Buffet kat sini pada bulan Ramadan nanti, ada Kibas Panggang 30 Hari, Nasi Briyani Arab dengan Ayam Lebanon, Ikan Siakap 3 Rasa, Sambal Paru & Limpa, Nangka Masak Lemak, Siput Sedut Belitung Masak Lemak, Pajeri Nenas, Butter Prawn, Asam Pedas Ikan Pari, Ayam Opor Maharaja, Gulai Daging Salai & Pisang Muda, Kari Kambing Dhalca, Sup Gearbox, Nasi Ayam Hainan, Mee Goreng, Mee Bandung Muar, Roti John, Satay Ayam & Daging, aneka Cucur, Kerabu, Ulam-ulaman, Fresh Durian, juga pelbagai jenis pencuci mulut.

Buffet Ramadhan 2023 di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 di Thistle Johor Bahru

Paling ciksun suka dalam menu bufet ni adalah Nasi Briyani Arab dengan Ayam Lebanon tu! Sedap sungguh nasi nya, first time juga merasa masakan ala Lebanon, boleh masuk tekak ciksun. Kibas Panggang tu pun sedap juga, beza dengan kambing biasa, kibas ni dari kategori biri-biri. Kalo kat kampung suami ciksun, pernah jugak kitorang sembelih kambing biri-biri untuk buat makan-makan. Memang sedap rasanya, lebih kurang aje dengan rasa kambing biasa.

Buffet Ramadhan 2023 di Thistle Johor Bahru

Yang suka makan durian fresh, mesti syok sebab kat sini ada Durian Kampung Stall juga. Boleh lerr korang makan durian sampai puas kat sini, Ni first time juga Thistle Johor Bahru buat preview dalam Grand Ballroom diorang, so first time jugak la ciksun merasa suasana berbuka puasa kat sini. Meriah juga dan agak crowded bila ramai orang. So, kalo korang nak datang iftar kat sini nanti, make sure korang plan waktu bebetul bila nak ambik makanan dan nak tunaikan solat Maghrib sekali ya! Surau ada disediakan di tingkat 2. Lagi banyak gambar, korang boleh belek kat page FB Blog Sunah Sakura ya!

Buffet Ramadhan 2023 di Thistle Johor Bahru

Ada orang tanya ciksun, takde harga Early Bird ke? Takde wakk, untuk bufet ni hanya ada harga biasa dan harga special hari Sabtu yang artis-artis tu datang je. Tapi bagi korang yang mencari room package sempena bulan puasa, haaa diorang ada offer ni dari 23 Mac hingga 20 April 2023:

Ramadan Stay & Dine - RM499 nett (Blackout date pada 8 & 15 April 2023)
Penginapan 1 malam di Deluxe City View room + Sahur + Ramadan buffet untuk 2 orang

Ramadan Stay & Dine with the Stars - RM599 nett (8 & 15 April 2023)
Penginapan 1 malam di Deluxe City View room + Sahur + Ramadan buffet untuk 2 orang

Citarasa Warisan Kampung Ramadan Buffet

📍 Grand Ballroom, Thistle Johor Bahru
🗓️ 23 Mac - 20 April 2023
🕡 6.30pm - 10.00pm

🕊️ Harga Biasa (kecuali 8 & 15 April 2023)
RM148 nett per Dewasa
RM85 nett per Kekanak (6-12 tahun)

💸 Harga Istimewa Hari Sabtu (8 & 15 April 2023)
RM198 nett per Dewasa
RM119 nett per Kekanak (6-12 tahun)

✨ Penampilan khas:
8 April 2023 - Ayai Illusi & Diva Azwan Ali
15 April 2023 - Siti Nordiana

*Tempahan hendaklah dibuat 3 hari sebelum

Untuk tempahan dan pertanyaan:
📞 07-267 8999
📱 012-789 2092
📧 fnbcoordinator.jb@thistle.com.my | salesthistle.johorbahru@thistle.com.my

Post a Comment

2 Comments

  1. Harganya tak terlalu mahal lah, Krn sudah include sahur dan ramadhan buffet pula 👍. Saya rindu sangat ngerasain puasa di Malaysia sebenarnya. Suka dengan momen saat nak berbuka dan mencari makanan bukaan.

    Duriannya tempting sangaaat kak 😍👍.

    ReplyDelete
  2. ok la harga ya. Di KL tok mok 800-1k+ pakej bilit+sungkey+sahur.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com