Dating Hujung Minggu Bersama Si Dia di Desaru

Dating Hujung Minggu Bersama Si Dia di Desaru

Dating Hujung Minggu Bersama Si Dia di Desaru | Hujung minggu yang baru saja berlalu, suami datang dari KL ke Johor. Dedua ada event kat Desaru pada petang Ahad, hari Sabtu pepagi suami dah gerak dari KL, sampai Skudai betul-betul waktu Zuhur ambil ciksun dulu dekat rumah. Bergegas lah ke hotel Four Points by Sheraton, Desaru untuk check in. Sebelum-sebelum ni ciksun dah pernah stay sini, korang boleh belek entri lama ciksun.

Baca juga:

Dating Hujung Minggu Bersama Si Dia di Desaru

Kali ni stay dengan suami, so duduk bilik Deluxe King, dengan satu katil king. Bilik sama selesa macam sebelum-sebelum ni. Sempat suami ciksun solat jamak Zuhur dengan Asar sebelum kitorang turun ke The Mesh Restaurant untuk hi-tea sebentar. Suami cakap lapar sangat sebab tak sempat nak breakfast pagi tadi. Alahai kesian betul, mesti da masuk angin perut dia sebab lambat benar dah waktu tu nak lunch. Mujur juga kat hotel ni masih on-going dia punya Ong-riental Afternoon High Tea set yang rega RM99 untuk 2 orang tu.

Dating Hujung Minggu Bersama Si Dia di Desaru

Dating Hujung Minggu Bersama Si Dia di Desaru

Ciksun pilihkan air teh BOH Hibiscus Zest, nak bagi suami rasa kesedapan air ni sebab dah pernah cuba masa Malaysiaku Afternoon High Tea sebelum ni. Yess, suami suka! Hihi. Dalam menu Ong-riental Afternoon High Tea ni, yang paling ciksun suka adalah Prawn Honey Dew Salad dengan Deep Fried Chicken Dumplings tu! Sedapp sangatt pulak, padahal dua benda ni sukar untuk menarik perhatian ciksun dekat mana-mana tempat makan ๐Ÿ˜‚ Mouth Bite Chili Mayo Fish Burger dia pun sedap! Homemade Scones pulak memang ciksun sukaaa sejak kali pertama rasa dulu ๐Ÿ˜˜

Dating Hujung Minggu Bersama Si Dia di Desaru

Lepas alas perut dengan hi-tea, kitorang gerak ke Senibong Cove sebab ada event kat sana, makan-makan lagi dengan geng JDT Blogger, lepas Isyak baru gerak balik Desaru semula. Haaa, bayangkan lerr gigih suami ciksun drive dari Desaru ke Senibong Cove sejam, then sejam lagi balik ke Desaru semula. Hahaha! Kesian pun ada jugak sebab dia silau kalau drive memalam. Tapi bila ciksun offer nak ganti drive, dia tak bagi ๐Ÿ˜’

Malam tu balik terus solat jamak and rehat, esok pagi nya semangat memasing nak turun gi breakfast lepas solat Subuh. Masa tu belum pukul 7 pagi lagi, jadi restoran The Mesh tu masih lengang. Syok la ciksun ambik gambar makanan sarapan pagi kat sini. Haha! Jemput la tengok! ๐Ÿ˜†

Dating Hujung Minggu Bersama Si Dia di Desaru

Dating Hujung Minggu Bersama Si Dia di Desaru

Ikutkan, kalo staycation mana-mana, ciksun akan gi gym dulu baru sarapan. Tapi bila stay dengan suami ni, haaa dia pulak orang kuat pergi gym, dia ajak sarapan dulu baru bersukan ๐Ÿ˜‚ Terkedu ciksun, tapi ye lah sebenarnya seharusnya memang begitu, baru ada kalori untuk dibakar, tapi takde la lepas breakfast beberat tu terus berlari. Bagi la gap masa sikit untuk makanan turun kejap, baru naik treadmill ye! Macam suami ciksun, dia breakfast reringan aje, roti canai dengan bubur je dia ambik. Memang jaga makan bethol lerr laki ku ni. Insofff ciksun. Haha!

Dating Hujung Minggu Bersama Si Dia di Desaru

Lepas sarapan tu, masuk gym kejap, tapi ciksun tak exercise sangat pun sebab lupa bawak kasut sport. Pakai boot je ciksun masa tu. So boleh cycling aje lah. Suami ciksun gigih lari atas treadmill, cycling, main dumbell, pumping, dan banyak lagi lerr. Jangan tak tahu, petang nya pun dia pergi gym lagi sebab pagi tu dia tak puas workout, perut meragam pulak katanya. Syokkk la dia workout kat Four Points by Sheraton Desaru ni sebab gym kat sini 24 jam!

Dalam pukul 10 gitu, lepas bersihkan diri, kitorang turun ke lobi nak naik shuttle bus ke Desaru public beach. Kalau stay dekat hotel ni, dioranga da provie free shuttle bus ke certain places around Desaru Coast ni. Kitorang berdua je penumpang pada hari kejadian, driver bus bawak terus ke pantai awam Desaru, then dia pesang pukul 12.30 nanti dia datang semula ambil dekat tempat dia turunkan tu. Okehhh!

Belanja sikit gambar kat tepi pantai.

Dating Hujung Minggu Bersama Si Dia di Desaru

Dating Hujung Minggu Bersama Si Dia di Desaru

Dating Hujung Minggu Bersama Si Dia di Desaru

Angin kuat gilerrr lahhh hari tu. Tengok ombak laut pun menyeramkan, tapi still ada yang mandi laut ha. Tepi pantai pun ramai yang berkelah dengan family and kawan-kawan. Meriah betul. Ada beberapa gerai jualan jugak kat sini, gerai makanan, minuman, pakaian dan mainan tepi pantai, juga layang-layang. Angin kuat tu best lerr memasing main layang-layang haaa!

Dua jam kat sana, naik bas balik ke hotel. Tengahari tu rehat aje sebab sebelah petangnya kitorang ada event kat The Mesh tu pulakkk. Yang tu nanti ciksun cerita kat next entri tau!

Alhamdulillah, thanks suami datang sini walaupun sibuk kat KL.

I miss you already ๐Ÿ˜ฃ


P/S: Alhamdulillah, suami jadi insan pertama yang dengar ciksun baca surat senat ๐Ÿ’–

Post a Comment

5 Comments

  1. Best diam Four Points by Sheraton Desaru tok. Bilit nang besar, ada free shuttle pegi pantai. Harga pun not bad.

    ReplyDelete
  2. Salam Cik Sun. Maaflah lama menyepi. Saya baru terima bungkusan hadiah dari awak. Terima kasih banyak-banyak. Really appreciate it. Maaf saya tak perasan komen minta alamat tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, sampai pun...takpe, kita ada saluran lain...hahahah

      Delete
  3. Four points nih di mana2 negara memang baguus lah. Saya pun suka hotel nih. Bbrp kali stay di four points Jakarta, dan tak pernah kecewa. Saya juga suka dengan menu buffet sarapan mereka ๐Ÿ‘

    Sedikit beda kita kak. Saya pun selalu cari gym kalo staycation Krn memang terbiasa utk workout. Tapi saya prefer tak makan dulu kalo tujuannya cardio. Kalo tujuannya angkat beban, barulah sarapan dikiit je ๐Ÿ˜…. Ntah kenapa kalo nak cardio makan dulu, langsung tak enak badan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com