Cara Untuk Kekal Hidrat Pada Bulan Ramadan

Cara Untuk Kekal Hidrat Pada Bulan Ramadan

Cara Untuk Kekal Hidrat Pada Bulan Ramadan | Bulan puasa ni biasa lah, mesti ada yang tekak kering di siang hari. Selalunya sebab kurang minum air pada sebelah malam. Ada jugak yang tersilap cara, minum air terlalu banyak pada waktu sahur sampai bloating. Kesannya, badan akan flush keluar air dengan lebih cepat dan gagal simpan air dalam tubuh dengan lebih lama. Bila kurang minum air, cepat pula datang batuk-batuk dan sakit tekak. Sebab tu, kena pastikan cukup 8 gelas sehari minima sepanjang bulan Ramadan ni.

Macam mana nak kekal hidrat pada bulan Ramadan? Nah ciksun kongsikan tips untuk minum air kosong 8 gelas sehari pada bulan puasa yang dikongsikan oleh adik ciksun kat group whatsapp family. Tips ni tiap tahun orang akan share, tapi nanti mesti lupa bila tiba Ramadan seterusnya. So, jom kita refresh balik dan jadikan panduan untuk kekalkan kesegaran tubuh badan.

Cara Untuk Kekal Hidrat Pada Bulan Ramadan

đŸ’¡Cadangan waktu minum air kosong untuk capai 8 gelas sehari 

  1. Bangun sahur
  2. Semasa sahur
  3. Semasa azan maghrib
  4. Selepas solat maghrib
  5. Semasa berbuka
  6. Selepas solat isyak
  7. Selepas solat tarawih
  8. Sebelum tidur

Tips ni dikongsikan oleh Dr. Samhan di laman telegram beliau, http://t.me/drsamhan. Boleh la korang cuba amalkan untuk pastikan badan tak dehydrated pada bulan Ramadan ni.

Jom sama-sama sihat!

Post a Comment

2 Comments

  1. Selalu baca tips tok tp selalu x terkira pun bila minum... xtauk cukup x 8 gelas sehari ya.. hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com