Ticker

6/recent/ticker-posts

Jual Combo Keladi Murah-murah Aje

Jual Combo Keladi Murah-murah Aje | Semalam ciksun amek gambar keladi-keladi kat laman ciksun. Sebab ade kawan housemate nak beli keladi nya. Sebelum ni dia da pernah beli dah, then dia nak topup lagi keladi kat rumah nya. Ciksun memang suka la sebab memang nak clearkan sebenarnya geng-geng Caladium kat laman ciksun ni. Dah nak balik kampung dua minggu nanti, risau juga takde sape boleh tolong tengokkan. Terbiar tak bersiram pulak nanti. Housemates semua sibuk bekerja, takut terlepas pandang. Jadi, elok juga kalo ciksun lepaskan keladi-keladi renek ni.

Jual Combo Keladi Murah-murah Aje

Jual Combo Keladi Murah-murah Aje

Ciksun jual murah-murah je sebab memang niat nak clearkan. Maka mana yang baru berjinak-jinak nak bela keladi memang sesuai sangat la ambil. Kalo ada yang nak hias rumah dengan keladi untuk raya nanti, memang sesuai jugak la tu memborong dari sekarang. Sampai waktu raya nanti da cantik keladi nya. Tapi ciksun tak buat pengeposan lah. Jual kat kawan-kawan sekitar Skudai aje. Nak pos kang satu keja pulak ciksun nak membungkus-bungkus. Tak dapat la nak bagi rega 4 pasu RM15 - RM20 macam tu. Yeee, rega runtuh kebabom tu. Haha! Sape kenal keladi dalam gambar-gambar ni, tahu la rega dia berapa kalo beli kat kedai ๐Ÿ˜‚

Jual Combo Keladi Murah-murah Aje

Jual Combo Keladi Murah-murah Aje

Alhamdulillah, semua tu da sold out, ada kawan blogger juga yang borong tiga kombo sekaligus. Kawan housemate yang datang ambil kat rumah pun ciksun bagi extra juga mana pokok yang dia belum ada. Maka berkurang la sikit pokok keladi renek ni. Tinggal yang ciksun betul-betul sayang and ada yang kawan-kawan keladi bagi hadiah je yang ciksun masih simpan. Dengan pokok keladi tinggi lampai keluarga Colocasia yang ciksun masih berminat nak jaga. And, ada antaranya yang ciksun nak bawak balik kampung bagi mamak ciksun. Dia dah meratib mintak keladi sebab pokok keladi dia banyak da meninggul.

Terima kasih semua yang beli, moga dimurahkan lagi rezeki korang. Nanti kalo ada lagi nak let go, ciksun iklankan lagi kat IG stories and FB stories!

Post a Comment

3 Comments

  1. wahh jualan keladi hiasan rejeki jgn ditolak tu., hehe

    ReplyDelete
  2. cantiknya keladi ni, mostly pattern yg akak punya ni saya xde lagi kalau dekat boleh borong..hehe

    ReplyDelete
  3. cantiks.....minat jugak keladi2 ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com