Ticker

6/recent/ticker-posts

Perisa Twisties Baharu - Nasi Goreng Berasap Bakal Mengejutkan Deria Rasa Anda!

Perisa Twisties Baharu - Nasi Goreng Berasap Bakal Mengejutkan Deria Rasa Anda! | Jenama makanan ringan kegemaran ramai ini meraikan kemampuan rakyat Malaysia untuk mencari penyelesaian masalah yang unik dengan kempen #EmbraceYourGoreng | Semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa semestinya menikmati rasa unik Nasi Goreng Berasap Malaysia  yang berasal daripada cara masakan unik yang mengeluarkan rasa berasap kuali berapi! Perisa baharu Twisties yang istimewa ini mengambil inspirasi daripada salah satu sajian dalam menu gerai makanan kegemaran Malaysia yang bercampur dengan kerangupan Twisties yang legenda! Keluaran Nasi Goreng Berasap Twisties di seluruh negara turut digandingkan dengan kempen yang mengajak rakyat Malaysia untuk “Embrace Your Goreng”.

Perisa Twisties Baharu - Nasi Goreng Berasap Bakal Mengejutkan Deria Rasa Anda!

Setiap cip Twisties dipenuhi rasa hangus daripada kuali masakan yang menaikkan selera serta aroma Nasi Goreng Berasap yang padat dengan rasa tambahan karamel karamel dan enak yang mirip perisa telur mata kerbau (atau telur sunny-side-up). Menjamah kudapan dengan snek kegemaran anda tidak pernah semudah ini - hanya koyakkan satu pek Twisties Nasi Goreng Berasap dan nikmati rasanya tanpa perlu bersusah payah - anda juga tidak perlu membuat nasi goreng untuk merasai perisa ini!

Kempen #EmbraceYourGoreng mengambil inspirasi daripada slogan asal Twisties ‘Embrace Your Twists’ (Alami Kelainan Tersendiri) dengan menyeru semua rakyat Malaysia untuk menonjolkan keunikan mereka. Kempen ini meraikan keupayaan unik rakyat Malaysia agar dapat membebaskan diri mereka daripada situasi sukar dengan cara yang lucu, kreatif dan luar biasa!

“Twisties komited dengan matlamat jenama kami untuk memperkenalkan kelainan baharu pada barisan produk kesayangan kami. Dengan pengenalan Twisties perisa Nasi Goreng Berasap, rakyat Malaysia kini boleh menikmati rasa asli dan lazat daripada sajian kegemaran mereka dengan serta-merta dan bahkan boleh dibawa ke mana-mana sahaja! Mesej kempen dalam #EmbraceYourGoreng adalah sinonim dengan mesej jenama kami yang dapat meraikan keunikan dengan cara anda sendiri. Kempen ini mengajak rakyat Malaysia untuk ‘menggoreng’ idea kreatif dan inovatif demi penyelesaian masalah dengan bantuan personaliti unik dan kreativiti setiap individu,” kata Zaid Areff, Pengurus Pemasaran Kanan, Mondelēz International Malaysia & Singapura.

Perisa baharu ini telah mengembangkan rangkaian lazat Twisties sedia ada termasuk Kari BBQ, Keju Cheddar, Ayam dan Tomato Ceri. Dengan sejarah selama lebih 50 tahun di Malaysia sebagai salah satu snek kegemaran negara, Twisties telah menjadi jenama isi rumah yang popular dan dinikmati oleh jutaan rakyat Malaysia. Twisties menjadi salah satu daripada banyak jenama lain di bawah Mondelēz International yang merupakan sebuah syarikat makanan ringan terkemuka. Selain menawarkan makanan ringan terbaik kepada pengguna, pada detik yang sesuai, dibuat dengan cara yang betul oleh Mondelēz International, Twisties ialah jenama yang terkenal dengan usahanya untuk menggalakkan amalan pengambilan makanan ringan yang positif melalui slogan 'Embrace Your Twists'.
 
Twisties berperisa Nasi Goreng Berasap kini boleh didapati di laman rasmi Shopee dan Lazada Mondelez International, serta di gedung peruncit utama, kedai serbaneka dan kedai runcit pada harga RM2.13 di Semenanjung Malaysia dan RM2.34 di Sabah & Sarawak. Nantikan lebih banyak kandungan #EmbraceYourGoreng di media sosial Twisties; Instagram @twisties.malaysia, halaman Facebook Twisties Malaysia dan TikTok @twisties.malaysia untuk menonton video menarik!

Post a Comment

4 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com