Ticker

6/recent/ticker-posts

Bufet Ramadan 2023 - Selera Warisan Meldrum @ GBW Hotel Johor Bahru

Bufet Ramadan 2023 - Selera Warisan Meldrum @ GBW Hotel Johor Bahru | 16 Ramadan yang lepas, ciksun berkesempatan untuk berbuka puasa dengan dak Ibah dekat GBW Hotel Johor Bahru. Tiap tahun, memang kalo boleh tak nak miss langsung iftar dekat sini. Bukan apa, memang diyakini sedap menu-menu bufet kat sini, citarasa tempatan gituh. Harga bufet pun berpatutan, bawah RM100 je satu kepala.

Tahun ni, diorang bawakan jugak Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah dekat stall bahagian luar hotel. Ayamnya digoreng live, so korang berbuka pun panas-panas lagi ha. Kat bahagian luar jugak ada Kambing Golek 2 Hari 1 Malam, aneka Satay, Sup, Mee, Nasi Briyani, Yong Tau Foo, Roti Jala, Murtabak, dan aneka Goreng-gorengan. Ada Durian Goreng tau! Oh, tapi yang paling penting sekali, depan main entrance tu bersusun Air Balang, memang menggoda anak tekak kalau masuk ikut pintu depan. Haha!

Buffet Ramadan 2023 - Selera Warisan Meldrum @ GBW Hotel Johor Bahru

Lauk-pauk yang dihidangkan dekat bahagian lobi dan dalam restoran pun sedap-sedap semuanya. Very local dengan Ayam Panggang Perchik, Kambing Masak Hitam Berkentang, Asam Pedas Ikan, Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi, Udang Goreng Masam Manis, Sotong Paprik, Daging Gulai Kawah, Kupang Masak Merah Berserai, Sayur Lemak Pucuk Paku & Keledek, Aneka Kerabu, Bubur Lambuk, Serawa Durian, dan juga pelbagai jenis pencuci mulut.

Alhamdulillah, puas hati berbuka puasa dekat sini. Walaupun harga bawah RM100, tapi menu-menu semua mantap dan cukup untuk semua yang datang. Ciksun makan Nasi Briyani dia hari tu, pun dah kenyang dah. Ibah lak makan nasi berlauk yang bahagian dalam. Terlampau kenyang rasanya hari tu, first time makan sampai rasa tak mampu nak habiskan menu yang diambik. Haha!

Korang tengok je gambar-gambar lain dekat page FB Blog Sunah Sakura ya! Ok lah, korang boleh buat tempahan terus dengan diorang, ciksun share details kat bawah!

Selera Warisan Meldrum
📍 GBW Hotel Johor Bahru
🗓️ 24 Mac - 20 April 2023
🕡 6.30 pm - 9.30 pm

💸 Harga Bufet:
RM98 nett per Dewasa (Beli 9 PERCUMA 1)
RM48 nett per Kekanak & Warga Emas

*Tertakluk kepada terma & syarat.

Untuk tempahan, hubungi:
🌐 https://linktr.ee/gbwhotel
📞 Mr. Syahmi : +6016 710 0048
📞 Ms. Aiza : +6016 723 3558
📞 Ms. Urfa : +6016 710 0073

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com