Ticker

6/recent/ticker-posts

Makan Kitchen Weekdays Roast & Grill Galore @ DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Makan Kitchen Weekdays Roast & Grill Galore @ DoubleTree by Hilton, Johor Bahru | Selamat hari Isnin korang! Monday Blues ke tuuu? Ciksun pun hari ni masuk office, rasa macam ketat je dada ni. Rasa sesak sikit nak bernafas, sampai office terus buat air panas. Ni baru rasa ok sikit walaupun masih batuk-batuk kecil. Moga korang semua yang tak sihat cepat sembuh juga. Cuaca panas ni mengundang macam-macam penyakit, banyakkan minum air dan pastikan badan sentiasa terhidrat untuk mengelakkan strok haba.

Minggu lepas, ciksun berkesempatan untuk makan malam dengan kawan ciksun dekat DoubleTree by Hilton, Johor Bahru. Alang-alang kitorang stay kat sana 2 hari 1 malam, kitorang try diorang punya promo baru untuk dinner dekat Makan Kitchen tu sekali. Setiap hari Ahad hingga Khamis, sampai 30 Jun 2023 nanti, diorang ada buat bufet Weekdays Roast & Grill Galore. Tengok pada namanya pun dah tahu kan tema dia?

Korang suka tak makanan bakar, panggang, dan grill? Ciksun suka! Pilihan yang lebih sihat juga kalau kena dengan ramuannya. Ciksun nak rekemen buat korang yang ada citarasa sama dengan ciksun untuk pergi makan malam dengan menu-menu Roast & Grill Galore ni nanti.

Pelbagai menu bertemakan bakar, panggang, dan grill disediakan termasuklah Beef Tenderloin, Dry Rubbed Barbecue Australian Beef Rib, Ayam Percik Madu, Roasted Chicken and BBQ Chicken Char Siew, Grilled Chicken, Roasted Duck, Ikan Bakar, Satay Ayam dan Daging, Otak-otak dan Pepes, Shawarma Rotisserie dan banyak lagi!

Makan Kitchen Weekdays Roast & Grill Galore @ Doubletree by Hilton, Johor Bahru

Paling ciksun suka dalam menu yang ciksun cuba hari tu adalah Beef Tenderloin dan Roasted Duck dia. Sedap gilaaa weii, juicy dan berasa daging tu. Sebagai karnivor peminat daging, memang puas hati makan daging tenderloin tu! Dia punya Roasted Vegetable dan Baked Potatoes pun ciksun suka, rasa macam terjamin sihat sangat makan malam tu. Haha! Shawarma pun sodappp, siap diorang grill lagi sekali dekat pemanggang tu lepas da gulung.

Makan Kitchen Weekdays Roast & Grill Galore @ Doubletree by Hilton, Johor Bahru

Makan Kitchen Weekdays Roast & Grill Galore @ Doubletree by Hilton, Johor Bahru

Selain daripada menu bakar-bakar, ada jugak Assorted Cold Cuts,  Hawker Style Fried Oyster Omelette, Seafood Bouillabaisse, Lamb Stew, Nasi Ayam, Dim Sum, Cereal Prawns, Roti Naan, Laksa Johor, Asam Pedas, aneka Pencuci Mulut, dan macam-macam lagi lerr. Sedap-sedap semuanya, Smoked Duck Salad tu paling menambat hati ciksun ❤️

Untuk tengok gambar-gambar menu yang lain, korang boleh belek kat page FB Blog Sunah Sakura tau! Lebih banyak makanan selain daripada Roast & Grill pun ada!

Makan Kitchen Weekdays Roast & Grill Buffet Dinner

🗓️ 24 April - 30 Jun 2023 | Ahad - Khamis
🕡 6.30pm - 10.00pm

🦋 Online Promotion
Beli 3 PERCUMA 1

👪 Family Bonanza - Beli 2 Dewasa, PERCUMA 1 Kekanak

Book online terus:

Post a Comment

2 Comments

  1. Boleh pergi hari biasa juga. Suka yang bakar, panggang. Menupun pelbagai.

    ReplyDelete
  2. meriah menu kat double tree ni ek..berbaloi bayo

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com