Self Healing with 2D1N Staycation @ DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Self Healing with 2D1N Staycation @ DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Self Healing with 2D1N Staycation @ DoubleTree by Hilton, Johor Bahru | Yahhh, sebegitu yaaa self healing kita. Terus staycation 2 hari 2 malam dekat DoubleTree by Hilton, Johor Bahru. Ciksun tenangkan fikiran sekejap dari segala kekusutan kepala, ajak kawan ciksun dak Ayen temankan. Hari Selasa minggu lepas, ciksun tunggu Ayen pickup kat rumah. Ayen ni pensyarah UTM, hari Selasa tu dia free sebelah petangnya. Itu pun kitorang memula plan kul 2.30 da gerak dari rumah, tapi sebab ada beberapa orang datang jumpa Ayen kat office dia tanpa appointment, dia terpaksa drag masa dan setelkan hal dia dulu. Ciksun ok aje, sebab waktu check in pukul 3 petang ke atas.

Self Healing with 2D1N Staycation @ DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Dalam pukul 4.30 jugak baru kitorang sampai hotel untuk check in. Receptionist mintak IC untuk sahkan booking, then dapat la dua keping warm Hilton cookies as welcome treats masa check in. Stay Deluxe Room tingkat 19 menghadap pool. Bilik ni start dari RM400+ untuk satu malam. Kalau jadi member Hilton Honors, boleh jimat lebih banyak bila book secara direct. Ciksun suka pergi weekdays gini, tak ramai sangat orang. Bila kita nak pergi swimming pool or gym pun tenang aje, tak terlalu pack dengan manusia. Nak tengok tak bilik ciksun camne?

Nah, jemput la tengokkk!

Self Healing with 2D1N Staycation @ DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Self Healing with 2D1N Staycation @ DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Self Healing with 2D1N Staycation @ DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Self Healing with 2D1N Staycation @ DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Bilik katil King, lengkap dengan wardrobe berisi sepasang bathrobe, clothes hangers, iron dan iron board, safety box, slippers, dan juga laundry bag. Ada mini pantry dengan pilihan kopi dan teh, juga drinking water dalam botol. Bagus letak dalam botol kaca camtu untuk save environment sebab boleh diguna semula lepas disteril, kan?

And korangggg, ciksun berbunga-bunga dalam hati tengok welcome treats diorang. Ada satu piring coklat dan satu piring buah-buahan atas meja tepi tingkap. Ciksun ingatkan yang serupa batu karang tu hiasan semata-mata, bila ciksun try patahkan, ehhh patah pulak diaaaa! Tengok-tengok, batu karang tu pun diperbuat daripada coklat rupanya! Sedap lak tu!

Overall bilik dia memang selesa, aircond sejuk, toiletries semua cukup. Ciksun suka shower gel, shampoo dan conditioner dia, wangiiiii sangat! Wifi pun laju je, merata ceruk pergi dalam hotel tu tetap ada coverage. Petang hari check in tu kitorang dinner dekat Makan Kitchen, makan malam dengan menu Roast & Grill Galore buffet kat situ. Meriah juga sebelah malam bila dah lepas Maghrib. Sis Lin pun datang dengan family dia.

Lepas makan malam, kitorang naik bilik and lepak aje. Memasing kepenatan, konon nak swimming and jenguk gym lepas Isyak, memang tak lerr jawabnya. Rehat aje kat bilik malam tu. Esok pagi baru la kitorang pergi swimming pool and fitness centre kat tingkat 13. Tapi sebelum ke tingkat 13, kitorang ke Makan Kitchen dulu untuk sarapan pagi, yee!

Self Healing with 2D1N Staycation @ DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Self Healing with 2D1N Staycation @ DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Paling kick la Teh Tarik dan Kopi Tarik dia, sampai 3 cawan ciksun minum! Hahahahahha! Staff diorang nampak kita masih duduk borak, dia datang la offer nak refill. Kita ingatkan dia gurau je, rupanya bebetul dia pergi refill. Terpaksa la sambung borak lagi sampai nak dekat pukul 10 pagi. Memang memanfaatkan betul waktu sarapan hotel. Ahahaha! ๐Ÿ˜‚

Self Healing with 2D1N Staycation @ DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Dah sudah sarapan, kitorang naik ke tingkat 13, duduk kejap kat tepi pool sebelum masuk gym, cuba treadmill dia lari-lari anak 1km je. Haha! Then, Ayen masuk dalam pool, ciksun tunggu kat tepi aje. Tak rasa nak swim pulak, ciksun edit video sarapan je nak masuk dalam TikTok time tu. Ayen syok la berendam sebab dia sorang aje dalam pool tu, takde guest lain yang datang swimming time ni. Sampai nak dekat pukul 11 gak la, baru kitorang ke Steam Room.

Self Healing with 2D1N Staycation @ DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Self Healing with 2D1N Staycation @ DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Self Healing with 2D1N Staycation @ DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Teruja weii nampak ada jacuzzi dalam Steam Room! Hanya untuk kitorang berdua pulak tu! Sebab guest lain kan takdeee. Apo lagi, berendam dan bersauna la memasing haaa. Sampai kul 11.30 pagi ciksun bagi had masa, dah kena siap mandi tukar baju ๐Ÿ˜‚ Kang lupa diri pulak nak kena check out pukul 12 tengahari, kannnn.

Ye, setepat 12 tengahari, kitorang pun check out. Alhamdulillah, ciksun rasa best sangat healing kat sini. Rasa tenang sebab mungkin lah guest tak ramai pagi tu. Hari bekerja kannn. Syok bila swimming pool dengan steam room tu kita yang conquer. So, kalo korang rasa nak healing jugak, memang sekarang la waktu yang sesuai, bukan peak season. Nanti da start cuti sekolah, mesti kembali riuh!

Untuk check rate bilik yang lain, korang boleh terus ke website Hilton Honors tau! Book awal, boleh dapat diskaun lebih banyak dengan Hilton Honors membership! Nak tengok gambar lain? Boleh terus ke FB Blog Sunah Sakura ๐Ÿ’ฎ

Post a Comment

2 Comments

  1. Bestnya sekali sekala healing staycation.

    ReplyDelete
  2. Dah lama x buat perangai self healing..dulu sblom PKP memang rajin lepak hotel bila stress...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com