Ticker

6/recent/ticker-posts

Servis Kereta di Bismillah Auto Repair, Johor Bahru

Servis Kereta di Bismillah Auto Repair, Johor Bahru | Balik dari Sarawak bulan puasa yang lepas, ciksun hantar kereta ke bengkel. Sebabnya sebelum balik kampung tu, housemate ciksun cakap kereta ciksun berasap sikit dekat enjin. Bau hangit pun kuat gila katanya. Allahu, mujur juga dak Ibah dah sampai rumah masa tu. Risau betul kalau jadi apa-apa dekat dia on the way balik lepas hantar ciksun ke bustop.

Servis Kereta di Bismillah Auto Repair, Johor Bahru

Servis Kereta di Bismillah Auto Repair, Johor Bahru

So, balik dari kampung, ciksun tengok la keadaan kereta. Bukak bonet depan, terkejut tengok separuh belah dalam bonet tu dah ada warna oren-oren macam warna karat. Seolah-olah air dah memercik keluar dari dalam enjin. Risau ciksun dibuatnya, tak yakin nak bawak jauh. Terus whatsapp kawan ciksun yang ada bengkel kereta. Tanya pendapat dia macam mana, kot dia tahu apa-apa punca yang boleh menyebabkan keadaan tu berlaku. Kawan tu cakap, hantar je dulu ke bengkel dia, nanti dia tengok apa yang patut.

Bengkel dia pulak dekat Plentong nun, jauh juga kalo ciksun nak drive ke sana. Alhamdulillah ada cover takaful untuk towing bawah 50km. Ciksun terus call untuk book towing. Tengahari tu jugak towing truck tu datang ambik kereta. Ciksun update aje kawan ciksun tu yang kereta dah dihantar ke bengkel dia. Apa-apa nanti dia akan tengok dulu kondisi kereta ciksun.

Servis Kereta di Bismillah Auto Repair, Johor Bahru

Esoknya, dia whatsapp bagitau ciksun, kereta memang dah teruk sangat. Air kering, radiator tersumbat, banyak benda kena repair. Allahu. Ciksun minta dia bagi quotation, dia cakap nanti dia tengok apa yang kritikal dulu. Dia pun faham bila kita cakap tak berapa nak ada duit sangat, so mana yang teruk sangat, dia akan suggest baiki dulu. Mana yang masih boleh pakai lagi, nanti-nanti pun boleh repair.

Dalam RM800+ jugak lah kos nak baiki segala kerosakan kat kereta ciksun tu, sebab tu ciksun gigih buka order kek lapis untuk raya tahun ni. Kalau tak, memang takde duit pun nak baiki kereta. Alhamdulillah atas rezeki dari Allah. Dalam empat hari gitu je operate kereta, kawan ciksun dah whatsapp cakap kereta dah siap repair. Syukurrr. Ciksun minta tolong Farahain dengan abang dia, Zaki, untuk carpool ke bengkel. Naik grab dari rumah ke BBU, then naik kereta dari rumah Ain ke Plentong.

Servis Kereta di Bismillah Auto Repair, Johor Bahru

Bengkel kawan ni nama nya Bismillah Auto Repair (BAR), kalau korang waze, memang akan terus sampai depan bengkel. Tersergam comel warna kuning dan hitam. Korang akan lalu banyak bengkel-bengkel kereta yang lain sebelum sampai sini, tapi yang ni je satu-satunya bengkel Melayu. Kawan ciksun baru sangat lagi bukak bengkel ni dalam beberapa bulan yang lepas. Mekanik pun ada dua orang je setakat ni. Mostly diorang fokus untuk baiki kereta-kereta import, tapi kereta local pun diorang accept jugak.

Servis Kereta di Bismillah Auto Repair, Johor Bahru

Servis Kereta di Bismillah Auto Repair, Johor Bahru

Ciksun suka betul dengan environment bengkel ni, nampak kemas dan bersih aje bila masuk bay area. Sedap mata memandang. Then, siap ada Healing Room lagi untuk customer yang datang. Macam bilik menunggu la, lengkap dengan free flow beverages and TV ber-Netflix untuk korang hiburkan diri sementara tunggu kereta korang siap baiki. Tapi kalo kereta korang nak kena tahan wad lama, jangan la pergi tido pulak kat Healing Room tu, balik le rumah. Hahaha! Ciksun pulak datang bulan puasa hari tu, so tak dapat la nak minum-minum 😂

Servis Kereta di Bismillah Auto Repair, Johor Bahru

Servis Kereta di Bismillah Auto Repair, Johor Bahru

Yang syoknya kalo repair kereta kat sini, diorang akan buat Service Quality Check kat kereta korang. Semua benda yang korang tak tahu rosak ke tak, diorang akan tengok keadaannya. Ada sheet yang rekodkan semua kondisi main parts kereta. So, korang boleh tengok mana parts yang perlu diperbaharui or dibaiki pada servis seterusnya. Ni la servis paling best bagi ciksun dekat BAR ni. Kita akan rasa diorang sangat telus dalam kerja diorang.

Kawan ciksun cakap, kalo ciksun bawak lebih awal, mungkin kos repair tak akan sampai RM500 pun. Sebab dah teruk sangat, baru hantar tu yang jadi mahal. Sepatutnya, dari first ciksun hidu bau hangit, terus bawak kereta pergi bengkel check apa yang patut. Yes, ciksun belajar dari kejadian ni. Lepas ni apa-apa je perubahan pelik pada kereta, boleh terus bawa ke bengkel. Jangan biar lama-lama. Selain repair kereta, diorang ada jugak buat servis cat kereta jugak. So, kalo korang ada nak tukar warna kereta atau nak polish bagi nampak baru, boleh lah datang sini je.

Servis Kereta di Bismillah Auto Repair, Johor Bahru

Servis Kereta di Bismillah Auto Repair, Johor Bahru

Alhamdulillah, terima kasih Syahmi banyak bantu ciksun bab kereta ni. Boleh bawak balik Kedah keretanya hari raya hari tu. Tapi tu lah, takdir Allah, tak lama pakai, accident kali kedua pulak. Dah kena masuk bengkel semula kat KL nun. Ciksun ada jugak whatsapp Syahmi hari lepas accident tu. Bagitahu dia keadaan kereta semua. Dia cakap nanti dah setel repair, bawak gi bengkel dia. Diorang boleh tengok apa yang pihak bengkel sana dah buat. Betul jugak tu, sebab kondisi last kereta adalah dekat bengkel BAR, jadi kita boleh tengok apa yang lain lepas accident.

Ok lah, kalau korang yang area JB nak servis kereta terbaik, boleh lah pergi Bismillah Auto Repair ni. Nah ciksun share maklumat bengkel untuk panduan korang.

Bismillah Auto Repair
17, Jalan Sri Wangi 1/1 Taman Perindustrian Plentong, Masai 81750 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Waktu operasi:
Isnin - Sabtu
9 pagi - 6 petang
Ahad TUTUP

No. Telefon:
017-200 2665

Buat appointment online:

Post a Comment

0 Comments