Ticker

6/recent/ticker-posts

Makan Sushi King, Redeem Complimentary Birthday Dessert

Makan Sushi King, Redeem Complimentary Birthday Dessert | Semalam, ciksun ajak dak Ibah berbuka puasa dekat Sushi King. Ciksun nak redeem birthday dessert yang Sushi King bagi dekat member pada bulan kelahiran. Memula pergi AEON Taman Universiti, tapi rupa-rupanya Sushi King tu temporary closed, tengah ada renovation, tengok dari luar. Tak pasti la tu, sebab nampak dari parking aje. Then ajak la Ibah pergi Paradigm Mall, JB. Masa tu da lebih pukul 7 malam. Redah aje lah jammed.

Sampai Sushi King Paradigm Mall JB, sekali staff dia kata cash payment je diterima. Cashless payment tengah problem. Lorrr, dah masuk Maghrib time tu, kena turun bawah cari ATM machine. Perut dah lapar sangat. Jauh jugak mencari sebab tak ingat ATM machine kat mana, yang pasti sebelah escalator dan dekat dengan Uniqlo. Tapi tak ingat Uniqlo kat mana, google sekejap, baru jumpa ATM machine dekat ground floor, G-53. Then naik atas balik, pergi ke Sushi King semula. Mujur banyak meja kosong.

Terus duduk dan order air. Macam biasa lah, ciksun akan order iced green tea. Ibah pun sama. Then pilih Mix & Match meal, Yakiniku Don dengan Tempura Udon. Ibah order bento. Ciksun tambah jugak Inari Boat sebab sushi dekat belt tu tak berapa menarik dan tak ada yang ciksun suka. Edamame je yang ciksun amek dari kaiten. Dessert pulak staff dia bagi bila dia nampak kitorang da habis makan. Dapat Brownie & Vanilla Ice Cream. Sedappp!

Makan Sushi King, Redeem Complimentary Birthday Dessert

Makan Sushi King, Redeem Complimentary Birthday Dessert

Makan Sushi King, Redeem Complimentary Birthday Dessert

Makan Sushi King, Redeem Complimentary Birthday Dessert

Alhamdulillah, kenyang perut suka hati. Memang rasa penuh sampai tegang perut. Gi surau, solat Maghrib, lepas tu boleh pulak pergi FamilyMart beli aiskrim coklat. Haha! Memula ingat nak gi Starbucks redeem birthday rewards jugak, tapi fikir-fikir perut penuh, malas pulak nak pergi beli dan bajet pun tak seberapa. Tak pe lah, ku abaikan aje Starbucks tu, next month je redeem reward lain yang diorang bagi sebab isi survey hari tu.

Lepas tu, Ibah ajak pergi Guardian dengan Watson, dia nak beli ape tah. Ciksun tak dapat fokus dah sebab perut memulas. Boleh pulak pergi toilet sementara Ibah membeli-belah. Hahahaha! Maaf lerr, terlampau penuh muatan, kena lepaskan serba sedikit ๐Ÿ˜‚

Hari ni kat rumah aje siang, petang kang pergi Legoland teman kak Ajan.

Korang buat ape je hari ni?

Post a Comment

3 Comments

  1. Jenuh ya cari mesin ATM.
    Selamat bergembira hari ini.

    ReplyDelete
  2. mata saya tertumpu pada aiskrim alamak mana nak cari aiskrim time2 macamni haha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com